Saturday, April 30, 2011

BENGKEL PERSONAL COACHING "NLP" MEI 2011



Salam sejahtera buat masyarakat Malaysia sekalian. Saya tertanya-tanya, mahukah anda mengalami dan merasai keluar dari masalah yang membelenggu minda, tubuh & emosi anda menuju kepada IMPIAN ANDA secara MUDAH & PRAKTIKAL ?
Mahukan anda mengikis trauma , fobia dan sebagainya melalui kaedah NLP ?
Mahukah anda dengan secara mudahnya melihat, mendengar dan merasai kekuatan potensi sebenar diri anda seperti Tun Mahathir, Tiger Wood, Adi Putra, Michael Jordan, Sudirman dll melalui KAEDAH MODELLING EXCELLENCE ?

Katakan YA pada soalan diatas dengan melangkahkan kaki anda ke Bengkel Personal Coaching NLP bersama pakar NLP anda.

Anda mesti pelajari selama 2 hari ini berkaitan :-
1- Kekuatan Deria Anda (VAKOG) dalam komunikasi mempengaruhi.
2- Kaedah Anchoring yang digunakan pada komunikator berpengaruh dunia.
3- Corak bahasa & kelakuan diri dan orang lain.
4- Bagaimana mendapatkan maklumat individu melalui PERGERAKKAN MATANYA.
5- Menggunakan PERSONAL TRANCE WORD dalam membuat jualan atau menyelesaikan masalah individu tak sampai 5 minit.
6- Memahami akan KERANGKA MANUSIA BERFIKIR & BERTINDAK menggunakan META PROGRAM DLL.

Pakej Pembelajaran :-
1- Tenaga pengajar bertauliah dalam bidang NLP.
2- Kit Latihan NLP
3- Buku rujukan pembelajaran NLP.
4- Buku "Skrip NLP & Hipnosis serta catatan penulisan berkaitan NLP" hasil karya jurulatih (Eksklusif hanya untuk mereka yang belajar coaching shj)
5- Sijil penyertaan bengkel.
(Makan & Minum atas tanggungan peserta).

Daftarlah sekarang ! Hubungi, En Mustaqiim, 019-2044036.

Thursday, April 28, 2011

TESTIMONI TERKINI PENGGUNA NLP (28/04/2011)


CORETAN PENGALAMAN & TESTIMONI KAUNSELOR SKTPI, JOHOR YANG TELAH MENGGUNAKAN NLP DALAM SESI KAUNSELING

Bismillahirrahmanirrahim

Setinggi kesyukuran ingin saya panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat dan peluang yang diberikan olehNya untuk saya mempelajari ilmu NLP ini.Sebelum ini,saya tidak memahami apa itu NLP dan bagaimana ia berfungsi. Pada saat itu,saya hanya ingin menambah nilai diri agar boleh maju ke hadapan.Malah,beberapa minggu sebelum menghadiri kursus ini,saya telah berhadapan dengan sebuah konflik yang meranapkan cara saya bekerja sebagai kaunselor sekolah rendah.Saya yang sebelumnya sangat positif telah rebah dek akibat satu situasi yang saya anggap sebagai merabakkan hati dan mematikan fikiran waras saya.Malah saya merasakan sudah penat dan letih apabila ada yang mempertikaikan, apa yang dilakukan oleh kaunselor tidak menampakkan hasil yang segera.

Segala 'kenikmatan' ilmu NLP mula saya rasai apabila En. Mustaqiim menggunakan kaedah visual squash di mana saya seolah-olah diformat semula menjadi seorang kaunselor yang baru,dalam dunia yang baru,sangat tenang dan bersemangat sewaktu kursus personal coaching NLP,JB.Saya bertambah yakin,tenang,teruja,seronok dan semangat untuk terus memegang unit kaunseling saya yang dijadikan benchmark negeri Johor. Ilmu Allah yang sangat praktikal ini dengan mudahnya saya aplikasikan dalam semua sesi kaunseling saya di sekolah.Sebelum ini saya hanya mampu menjalankan lebih kurang maksimum 3 atau 4 sesi sehari kerana akan rasa tertekan dan tidak fokus jika lebih dari itu.Bagi saya yang banyak menggunakan kaedah Rogers,ia menyebabkan saya tidak pernah puas dengan hasil sesi.

Setelah menghadiri kursus,saya dengan penuh teruja telah berjaya menjalankan 6 sesi tanpa henti dalam sehari,tanpa rasa terbeban malah dengan mudahnya saya merasa tenang,fokus dan lebih puas dengan respon klien saya.Klien saya juga mudah memenuhi sesi seterusnya tanpa dipanggil. Banyak perkara yang menakjubkan saya hari demi hari.Saya sedang menggunakan NLP bagi merawat seorang murid yang gagap teruk,sering dilabel bodoh,sering menjadi bahan tertawa,sehingga murid ini tiada keyakinan diri lantas kerap gagal dalam peperiksaan.Setelah hari ketiga,gagapnya hampir 90% hilang.Murid ini sendiri dapat merasakan perbezaan dirinya sejak hari pertama terapi dibuat.Kini,murid ini menjelaskan dia berasa lebih gembira,seronok dan yakin.Wajahnya sangat berseri.Subhanallah...sukar juga untuk meyakinkan orang lain tentang ini sehingga kita sendiri yang merasakannya. NLP ini saya praktikkan sepenuhnya untuk diri,suami dan anak saya.Saya dapat rasakan kehidupan keluarga kami lebih gembira,nikmat dan penuh keterujaan. Kalau dulunya saya menghadapi masalah nada suara ketika bertarannum,kini tanpa saya sedari,NLP memudahkan saya mengalunkan tarannum dan nyanyian dengan mudah dan betul.Saya lebih seronok dan gembira melakukannya.

Kawan2 ada yang menegur wajah saya semakin ceria dan berseri.Bagi saya, ia mungkin disebabkan tiada lagi dendam dan resah hati akibat terapi NLP yang saya jalani.
Dari hari ke hari,saya dapat lihat dan rasa betapa mudahnya saya mendekati,menyayangi dan membimbing murid saya.Mereka juga lebih seronok,gembira dan bersemangat.Ilmu ini saya sedang kongsikan dengan rakan guru yang lain.
Saya dengan penuh kepercayaan setelah saya merasakan,melihat dan mendengarkan sendiri kaedah-kaedah NLP ini,ia sepatutnya ditarbiyahkan kepada setiap individu agar dapat menurunkan jumlah gejala sosial,masalah mental, konflik dsbnya.Ia sangat memberi impak yang besar kepada agama,bangsa dan negara.Bagaimanakah gambaran masyarakat kita akan datang sedangkan di dada-dada akhbar,skrin-skrin TV makin hari semakin menonjolkan pelbagai isu dan masalah yang saya kira semakin menjijikan dan memberikan kesan negatif buat generasi akan datang?Apakah kita sebagai segelintir yang berpelajaran ini terus berdiam diri tanpa bertindak?Apa sumbangan kita kepada masyarakat?Pelbagai kaedah dalam NLP yang dianugerahkan oleh Allah ini pastinya dapat menjawab segala persoalan di atas.InsyaAllah..

Sekali lagi saya mengucapkan kesyukuran dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mentor saya En.Mustaqiim yang hingga kini sudi membimbing saya untuk mengukuhkan aplikasi NLP ini dalam kehidupan harian saya walaupun agak berjauhan.Semoga keikhlasan itu,hanya Allah jua yang membalasnya dan semoga harapan En.Mustaqiim untuk menyebarluaskan ilmu ini buat masyarakat Malaysia akan menjadi realiti.Rakyat Malaysia amat dahagakan santapan minda...teruskan perjuangan..

Coretan asli dari Ujie Suziana (facebook) bertarikh 28/04/2011 (Khamis) 019-2279371.

Tuesday, April 19, 2011

"Kelakuan" Pelajar Yang Merimaskan ?



"ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.
Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.(Sedutan akhbar online,20/4/2011)"


Selamat pagi dan salam sejahtera buat pengunjung blog saya. Pagi ini saya mengucap panjang bila melihat serta membaca muka depan akhbar online Malaysia bertajuk "4 Jahanam". Apa yang menyebabkan 4 jahanam ini berkelakuan sedemikian rupa ? Apa yang memungkinkan mereka bertindak sehingga mencabul rakan sekelas mereka ? Apa pentingnya pelajar lelaki ini melakukan perbuatan terkutuk itu pada rakan sekelasnya ? Apa faedah disebalik KELAKUAN mereka pada diri mereka ? Bagaimana pula dengan diri mereka bila diberkas oleh pihak polis dan dihumban masuk ke dalam lokap ? Bagaimana pula perasaan kedua orang tua mereka bila melihat KELAKUAN TAK SENONOH mereka yang dapat mencemarkan nama baik sekolah, diri dan keluarga mereka ? Dapatkah anda bayangkan bagaimana perasaan guru yang mengajar mereka bila melihat anak murid mereka berkelakuan sedemikian rupa ? Adakah PELAJAR 4 JAHANAM ini perlu di HUKUM atas perbuatan mereka atau bagaimana ?

Saya tertanya-tanya, bila seorang pelajar seperti diatas berkelakuan seperti itu tanpa menghiraukan orang sekeliling mereka apakah PELAJAR INI BERSALAH atau BAGAIMANA ? Salah tetap salah. Perilaku sebegini tidak patut dilakukan oleh mereka yang bergelar PELAJAR. Apa yang menyebabkan mereka berkelakuan sedemikian rupa ? Dalam NLP perkara pertama yang perlu diurus adalah KEADAAN DIRI iaitu KEADAAN EMOSI DIRI. Ianya adalah penting bagi menentukan hala tuju kita pada apa yang kita hendak lakukan. Keadaan Diri/Emosi ini dapat mempengaruhi BAYANGAN MINDA seseorang.

Apakah perkara yang mempengaruhi KEADAAN EMOSI seseorang ?

1- Corak pemakanan.
2- Pernafasan.
3- Persekitaran.
4- Bayangan minda.
5- Pengalaman-pengalaman lalu.

Bayangkan bagaimana pelajar dalam kes diatas berkelakuan sedemikian rupa, perlu ditanyakan beberapa persoalan bagaimana mereka bertingkahlaku seperti sedemikian .

Pertama , Adakah pemakanan mereka hari-harian disekolah atau luar sekolah diperolehi secara HALAL atau SEBALIKNYA ?

Kedua, Bagaimana dengan cara mereka bernafas ? Bila bernafas berbau rokok atau bagaimana ?

Ketiga, Bagaimana dengan persekitaran keluarga mereka ? Adik beradik mereka ? Ibu bapa , guru dan rakan mereka ? Adakah persekitaran yang mereka lalui dapat mempengaruhi tingkahlaku mereka ?

Keempat , Apakah bayangan minda mereka bila berkelakuan seperti diatas (mencabul, pegang peha dan buah dada sang pelajar perempuan tu ?) Apakah mereka pernah dan telah menonton video lucah hingga terbawa dalam BAYANGAN MINDA MEREKA ?

Kelima, Apakah ada pengalaman -pengalaman lalu dalam keluarga mereka hingga mereka berkelakuan seperti diatas ? Atau bagaimana ?

Kelima-lima persoalan diatas saya tinggalkan untuk difikirkan bersama oleh anda selaku pengunjung blog ini.

Apa yang penting adalah "KELAKUAN" PELAJAR DIATAS MEMANG "MERIMASKAN" dan MEREKA SEBENARNYA DAPAT MELAKUKAN PERUBAHAN TINGKAHLAKU MEREKA DENGAN BANTU ANDA SEMUA.

Wallahu'alam.

Mufakir 'illahi,
MOHD MUSTAQIIIM ASMUJI
(Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA)

Monday, April 18, 2011

Pening dan Semakin Pening ?



MELAKA: Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan ‘parti pakaian seragam kolej.’

Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.
Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.

“Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik. ”Memang jelas parti dianjurkan itu sengaja mahu menarik pengunjung terutama membabitkan golongan pelajar untuk mereka berhibur.

"Apa yang saya tak puas hati mengapa mereka menggunakan perkataan kolej, seolah-olah sengaja mahu menarik golongan muda berkenaan untuk menyertai parti berkenaan,” katanya, di sini, semalam. (Keratan akhbar online, 19/04/2011)


Salam sukses untuk semua. Pagi ini saya tertanya-tanya "Apa yang terjadi ni ? Parti untuk siswa dan siswi kolej ? Apa yang best sangat pusat hiburan ni buat parti untuk kalangan pelajar kolej ? Parti siswi ? Pening dan semakin memeningkan. Pelajar kolej dipancing melalui hiburan di pusat-pusat hiburan seperti dalam keratan akhbar diatas. Nampak gaya tiada lagi unsur segan dan malu bagi segelintir masyarakat Malaysia diluar sana. Sanggup buat apa saja asalkan dapat duit. Adakah mereka yang melakukan perkara diatas tidak memikirkan masa depan golongan pelajar IPT ? Mahukah pelajar IPT dilihat sebagai golongan yang rendah moralnya dan boleh dijual beli melalui hiburan "SEKS" di pusat hiburan ? Inilah dia senario semasa yang semakin membimbangkan kita sebagai warga Malaysia. Bagaimana pula dengan warga pelajar bergelar SISWA & SISWI ? Adakah kalian sanggup mengadaikan nilai-nilai murni agama dan adat resam kalian hanya sekadar mendapatkan keseronokan hiburan ketika alam pembelajaran ? Bagaimana pula dengan MATLAMAT ANDA selaku PELAJAR IPT ? Bagaimana GAMBARAN WAJAH ANDA bila terlibat dengan DUNIA KESERONOKAN HIBURAN ini dan akhirnya IMPIAN YANG TAK TERCAPAI ? Bagaimana pula perasaan ANDA bila LIHAT IBU & AYAH anda mengetahui akan KEPINCAnGAN DIRI ANDA ketika berada di IPT ? Stop ! Stop ! & Stop !dan katakan YE untuk tidak terlibat dalam dunia keseronokan hiburan di pub club yang akhirnya menjahanamkan diri dan masa depan anda. ANDA PERLU JELASKAN MATLAMAT ANDA UNTUK APA ANDA BELAJAR & BUKAN JELASKAN MATLAMAT ANDA DALAM "BERHIBUR" DI PUSAT-PUSAT HIBURAN seperti diatas. Sekadar coretan yang menimbulkan PERSOALAN yang PERLU DIFIKIR oleh anda selaku WARGA PELAJAR IPT. Sehingga ketemu kembali. Salam kecemerlangan dan selamat beramal dengan amal yang menguntungkan diri anda dunia & akhirat.

Mufakkir'illahi,
MOHD MUSTAQIIM B.ASMUJI,
(Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA)

Sunday, April 17, 2011

Sedutan Kelas Personal Coaching "NLP Untuk Kegunaan Guru Di Sekolah"

BENGKEL "PENGENALAN ASAS NLP UNTUK GURU & PENSYARAH" BULAN 04/2011



* Adakah PELAJAR anda MALAS ke SEKOLAH @ KULIYAH ?
* Adakah PELAJAR anda seringkali TAK DENGAR CAKAP anda ?
* Adakah PELAJAR anda sering TAK FOKUS semasa BELAJAR ?
* Adakah PELAJAR anda sering BIMBANG bila nak hadapi PEPERIKSAAN ?
* Adakah anda selaku GURU dan PENSYARAH risau memikirkan perihal PELAJAR anda di SEKOLAH @ IPT ?
* Tak cemerlang ? Sikap PELAJAR kurang baik ? Tingkahlaku banyak yang tak elok ?
* Adakah anda mahukan PELAJAR anda CEMERLANG dalam PELAJARAN serta SAHSIAH dirinya turut cemerlang ?
* Mahukah anda selaku GURU & PENSYARAH tidak lagi TERBEBAN bila melihat PERUBAHAN diri POSITIF berlaku pada PELAJAR anda ?

Katakan YA pada soalan diatas dengan menyertai BENGKEL PENGENALAN ASAS "NLP UNTUK KEGUNAAN GURU & PENSYARAH" sepertimana dibawah :-

Hari: Sabtu
Tarikh : 30/04/2011
Masa : 09.00 pagi – 05.00 petang
Tempat : Pusat Latihan Smart Excel, No. 2-1A, Jalan TIB1/1, Pusat Niaga Batu Caves, Gombak.
Sasaran : Guru Sekolah Rendah, Menengah & Pensyarah
* Tempat adalah terhad !

Mendaftarlah segera ! Hubungi, En Mustaqiim Asmuji, 019-2044036.

"Trauma & Terus Trauma ?"



"ALOR SETAR: Dua beradik perempuan berumur 13 dan 12 tahun bukan saja melalui detik mencemaskan apabila dilarikan seorang lelaki lebih 17 jam, malah seorang daripada mangsa dipercayai dirogol sebelum diselamatkan bapa mereka keesokan harinya. Sebelum kejadian culik itu, kedua-dua mangsa berjalan untuk pergi ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka di Kampung Perepet, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin apabila didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah Perodua Kancil berwarna perak. Lelaki itu menarik tangan kedua-dua mangsa masuk ke dalam keretanya dan melarikan mereka ke Yan untuk menemui rakan suspek.

Mangsa merayu suspek supaya menghantar mereka pulang, bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya suspek membawa mangsa meronda-ronda sekitar pantai di Kuala Sala dan Pendang.Difahamkan seorang daripada mangsa dirogol suspek ketika mereka berhenti tidur di dalam kereta di Tokai, Pendang." (Sedutan dari metro online,18/04/2011)
"

Salam sejahtera buat semua warga Malaysia. Alhamdulillah, kerana kita masih bertemu dalam ruangan blog saya iaitu www.mus-mindasukses.blogspot.com. Semua coretan dalam blog ini adalah inspirasi penulis kepada warga Malaysia bagi mewujudkan kesedaran dikalangan warga Malaysia khususnya berkaitan isu-isu semasa.

Dapat anda bayangkan bagaimana seorang budak perempuan diculik oleh orang yang hilang akal budinya dan kemudian sanggup merogol budak yang diculik itu ? Bagaimana anda dapat dengar suara anak anda sendiri melaung-laung minta dilepaskan dari "neraka" penculikan dan anda mungkin dapat merasakan keadaan anak anda yang diculik dan dirogol oleh oranng yang tak berakal budi ? Allahu akhbar ! Ini yang berlaku pada kes diatas. Kes sebegini seolah-olah tiada hentinya. Sampai bila ianya akan terus membarah di dalam masyarakat kita di Malaysia ? Saya tertanya-tanya adakah kaedah yang berkesan melalui psikologi terkini bagi memberhentikan tingkahlaku negatif seseorang seperti penculik diatas ?

Dalam artikel kali ini, saya tak nak kupas berkaitan si penculik akan tetapi lebih tertumpu pada budak yang kena culik sekaligus dirogol oleh si penculik ? Dapat saya rasakan beberapa TRAUMA yang berlaku pada budak ini.

1- Trauma kena CULIK.
2- Trauma kena ROGOL.

Bayangkan kita duduk dan berada ditempat budak itu, sudah pasti kita dapat rasakan perasaan yang sama berlaku pada dirinya. Apa yang berlaku pada budak ini akan memberika kesan buruk pada BAYANGAN MINDANYA serta TINGKAHLAKUNYA. Budak ini mungkin akan mengalami fobia bila melihat lelaki disekelilingnya khususnya bila ada orang ajak dia menaiki kereta atau menumpang kereta seseorang. Bayangan mindanya akan tergambar kisah penculikan yang pernah berlaku sekaligus bayangan dirinya kena rogol jua tergambar dalam benak pemikirannya. Jika fobia atau trauma minda yang dialami oleh budak ini tidak diselesaikan melalui kaedah-kaedah terkini dalam psikologi, ianya akan membawa kepada gejala kemurungan, stress, tak suka pada diri sendiri dan berkemungkinan besar akan membawa kepada gejala bunuh diri. Disinilah terletaknya kepentingan ibu bapa dan masyarakat dalam memberikan sokongan jitu pada diri budak ini. Dalam NLP, ada beberapa kaedah yang dapat membantu individu seperti ini bagi menyelesaikan trauma yang dihadapinya iaitu melalui kaedah FAST FOBIA TEKNIK, SWISH PATTERN dll. Kaedah-kaedah ampuh sebegini telah teruji berkesan dan ianya dimodelkan melalui pengalaman pakar-pakar terapi dunia seperti Milton Erikson, Virginia Satir Dan Friz Perls dalam penyembuhan diri pesakit dll.

Maka diharap agar DOUBLE TRAUMA yang sebegini dapat diatasi dengan mudah melalui perjumpaan dengan pakar-pakar pembangunan prestasi diri NLP di Malaysia. Moga kita sebagai rakyat Malaysia sedar dan membuat satu langkah bagaimana untuk menghentikan gejala trauma yang menghantui ramai masyarakat Malaysia tak kira kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Wallahu' alam.

Mufakkir 'illahi,
MOHD MUSTAQIIM ASMUJI
(Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA)