Monday, September 28, 2009

Buku SEFT tak de stok.......


Isnin,28/09/2009 ;Salam sukses dari saya untuk semua pengunjung blog mus-mindasukses. Alhamdulillah, ari ni baru saya sempat nak update blog. almaklumlah cuti raya lama. Kali ini saya berpeluang amik cuti lama coz balik beraya di melaka dan baru sahaja selesai membantu ayah n mak yang baru buat kenduri pertunangan adik nombor 2 saya. Dah selamat dah dia bertunang. Hantaran diberikan oleh adik saya sebanyak 9 dulang dan sebelah lelaki sebanyak 7 dulang. Moga ikatan itu kekal ke jinjang pelamin.

Anyway, saya nak cerita sikit perihal pencarian saya untuk dapatkan buku SEFT. 2 hari sebelum raya, puas gak saya mencari buku SEFT ni di kedai buku termasuklah MPH. Beberapa kedai buku MPH saya dah cari tapi semuanya tak de stok sampailah ke hari ini (28/09/2009) masih tak de stok walaupun saya dah call Al-Hidayah Publisher.

Apa yang saya boleh kongsikan pada rakan-rakan sekalian, adalah buku SEFT ini mendapat permintaan yang luar jangkaan saya. Bayangkan toko-toko buku yang terkenal seperti MPH dan outletnya pun tak de stok. Ini bererti buku ini mendapat tempat dihati peminatnya tersendiri. Rasa tension pun ada bila buku yang kita cari tu tak de stok. Tak pe...ujian buat saya untuk mendapatkan SESUATU YANG LUAR BIASA.

Kalau anda semuanya nak tahu, apa rahsianya sampai saya sendiri beria-ria nak dapatkan buku SEFT ini adalah kerana :-

SEFT merupakan teknik pengembangan diri ampuh yang menggabungkan 14 macam teknik terapi (termasuk kekuatan spiritual) untuk mengatasi berbagai macam masalah fizikal, emosi, pikiran, sikap, motivasi, perilaku, dan peak performance secara cepat, mudah & universal

14 macam teknik terapi yang masuk dalam teknik SEFT (Cognitive Therapy (NLP), Behavioral Therapy, Logotherapy, Psychoanalisa, EMDR, Self Hypnosis (Ericsonian) , Sugesty & Affirmation, Visualization, Gestalt Therapy, Meditation, Sedona Methode Provocative Therapy, Energy Therapy (EFT) , Powerful Prayer )

SEFT dapat digunakan untuk :-

1-Mengatasi berbagai masalah fizikal dan emosi dalam waktu 5-50 menit
2-Meningkatkan energi dan prestasi dengan "SEFT for Peak Performance"
3-Meningkatkan kehebatan dengan "The Luck Factor"
4-Meraih apa yang kita inginkan dengan "Deep SEFT"
5-Mencapai "Total Success" dengan "The Holistic Person Empowerment System"
6-Meraih kedamaian hati dengan "Personal Peace Procedure"
7-Meraih kebahagiaan dengan "LoGOS Spirit"

SEFT® merupakan penggabungan antara spiritual (melalui doa, keikhlasan, dan kepasrahan) dan energy psychology. Teknik ini telah dibuktikan oleh berbagai macam penyelidikan ilmiah. Tidak ada unsur supranatural atau klenik dalam SEFT®.

SEFT® dikembangkan dari Emotional Freedom Technique (EFT™), oleh Gary Craig (USA), yang ketika ini sangat populer di Amerika, Eropah, & Australia sebagai solusi tercepat & termudah untuk Ketika ini EFT telah digunakan oleh lebih dari 100.000 orang di seluruh dunia.

MENGAPA SEFT DISEBUT "TEHNIK REVOLUSIONER" ?

Efektif, mampu meyelesaikan berbagai masalah fisik dan emosi, bahkan untuk beberapa masalah yang divonis tidak ada harapan lagi oleh dokter.

Ilmiah telah dibuktikan oleh puluhan penelitian dan digunakan oleh lebih dari 100.000 orang di seluruh dunia.
Mudah, semua orang, bahkan anak-anak dan orang lanjut usia, bisa melakukan.
Cepat, hanya membutuhkan waktu 5 – 50 menit. Umumnya sudah dapat terasa efektivitasnya dalam waktu + 15 menit.
Aman, tanpa efek samping, karena tidak menggunakan obat-obatan apapun, alat-alat khusus, atau teknik yang beresiko.
Murah, sekali belajar dapat dipakai selamanya.
Memberdayakan, tidak tergantung kepada terapist, setiap orang bisa melakukannya sendiri bahkan bisa membantu orang laini.
Universal, dapat digunakan untuk berbagai macam masalah dan dapat dipraktekkan oleh berbagai orang tanpa memperdulikan latar belakang apapun dari orang tersebut
Compatible, dapat digabungkan dengan berbagai macam teknik lain dan dapat meningkatkan efektivitas teknik-teknik lain tersebut

SEFT® ditemukan oleh Ahmad Faiz Zainuddin dan kini dikembangkan oleh LoGOS Institute.

ITULAH SEBABNYA MENGAPA SAYA BERIA-RIA UNTUK DAPATKAN BUKU SEFT INI SEBELUM BERGURU DENGAN TOK GURUNYA. SO, SAPE-SAPE YANG DAPAT TAHU KAT MANE LAGI BUKU INI DIJUAL HUBUNGI SAYA YE, 019-2044036 (MUSTAQIIM).TQ

Sunday, September 13, 2009

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU


Ahad, 13hb September 2009 bersamaan 23 Ramadhan 1430H ;-
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

By : Mohd Mustaqiim Asmuji, Trainer AMC