Thursday, June 16, 2011

RAHSIA MUDAH MENJUAL -KAEDAH NLP ?

" RAHSIA MUDAH MENJUAL –KAEDAH NLP "
Oleh :
Mohd Mustaqiim bin Asmuji
Pengarah Urusan Smart Excel Consultant)
(Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA)

" Jual ! Jual ! Jual !. Mari sini adik kakak ! Harga runtuh punya ! Dapatkan segera selagi stok masih ada. ", ujar Mohammad kepada pelanggan yang lalu lalang di kedai kasutnya. Hari ini jualannya laris sekali. Kasut yang dibuat dengan rekaannya sendiri mendapat tempat dimata pelanggan. Saya tertanya-tanya apakah rahsia disebalik "larisnya' jualan kasut syarikat Mohammad ini. Setelah saya memerhati apakah faktor dan rahsia yang menyebabkan produk keluarannya itu laris macam goreng pisang adalah :-

Rahsia Pertama

Beliau amat mesra melayan pelanggannya. Setiap kali pelanggan melangkah masuk ke kedainya dia pasti bertanya , “Apa yang boleh saya bantu anda ?”. Selepas itu beliau memulakan perbualan ringan dengan pelanggannya hingga seolah-oleh pelanggan barunya itu sudah lama mengenali beliau. Dalam ilmu Neuro linguistic Programming kaedah ini dinamakan sebagai membina Rapport atau dalam bahasa paling mudah adalah membina hubungan. Building Rapport, suatu teknik yang anda perlu lakukan dengan cara mengatur suara & postur tubuh anda agar sama dengan pelanggan sehingga pelanggan dapat merasa selesa bila berkomunikasi dengan anda. Ianya juga mempercepatkan proses jualan anda terhadap klien. Kaedah ini bukan sekadar dapat digunakan dalam bidang perniagaan akan tetapi dapat digunakan juga dalam urusan kerja seharian khususnya berkaitan dengan aspek komunikasi sosial.

Gambarajah diatas menunjukkan bagaimana untuk menggunakan Rapport dalam komunikasi khususnya ketika membuat jualan.

Rahsia Kedua

Beliau amat peka dengan gaya bahasa yang digunakan oleh pelanggannya. Gaya bahasa yang dimaksudkan adalah bersifat deria iaitu Visual, Auditori dan Kinestetik atau dalam bahasa spesifiknya adalah Bahasa Deria NLP. Kaedah ini amat ampuh digunakan dalam jualan seperti yang digunakan oleh Mohammad. Bagaimana bahasa deria VAK ini dapat mempengaruhi pelanggan untuk membuat keputusan samada mahu membeli barang anda atau tidak ? Apakah yang bahasa deria ini dapat berikan pada anda dalam menyingkatkan pusingan jualan anda ? Apakah ianya memberikan manfaat pada diri dan pelanggan anda ? Apa yang pentingnya bila bahasa deria ini dapat diaplikasi dalam membuat jualan yang mempengaruhi minda pelanggan ? Bagaimana untuk gunakannya ? Adakah anda sudah bersedia untuk mengetahui rahsia penggunaan bahasa berasaskan deria ini dalam membuat jualan mempengaruhi klien anda ? Bagus. Mari kita lihat apa yang dilakukan oleh Mohammad dalam melakukan jualan mempengaruhi tak sampai 5 minit.

Mohammad : Apa yang boleh saya bantu anda ?
Ayu : Saya nak beli kasut yang kilang anda keluarkan tu. Kasut jenama Gorges. Saya LIHAT iklan kasut anda di majalah sukan keluaran bulan Mei lepas. Ianya amat CANTIK. Dah lama saya inginkannya. Saya DENGAR juga keistimewaan kasut Gorges ini dari kawan saya.
*Perhatikan bahasa deria yang digunakan oleh Ayu tatkala berkomunikasi dengam Mohammad. Bahasa deria yang beliau gunakan adalah LIHAT (VISUAL), CANTIK (VISUAL), DENGAR (AUDITORI).

Mohammad : Oh, kasut jenama Gorges tu ya. Mari saya LIHATKANNYA pada anda. Ianya amat CANTIK. Saya DENGAR juga keistimewaan kasut Gorges ini bila pelanggan saya sudah memilikinya. (Sambil Mohammad mengambil kasut Gorges ini dan memberikan pada pelanggannya). Sekarang ni, anda PAKAIKANNYA di kaki anda. Anda KELIHATAN CANTIK bila sudah MEMAKAINYA. Kemudian bila dah PAKAI, pergi LIHAT dicermin sana. Anda akan PUAS hati bila LIHAT kaki anda PAKAI kasut ini.
*Perhatikan bahasa deria apakah yang sedang digunakan oleh Mohammad dalam mempengaruhi minda pelanggannya untuk membeli dan memiliki kasut itU ? Biar anda berikan jawapannya sendiri.
1- Mari saya LIHATKANNYA pada anda . Jawapan anda :__________________________
2- Ianya amat CANTIK . Jawapan anda :_______________________
3- Saya DENGAR juga……….. . Jawapan anda ;______________________
4- Sekarang ini anda PAKAIKANNYA……. Jawapan anda :_________________________
5- Anda KELIHATAN CANTIK. Jawapan anda :______________________________
6-Bila sudah MEMAKAINYA. Jawapan anda ;_____________________________
7- Bila dah PAKAI. Jawapan anda :____________________________
8- Anda akan PUAS hati. Jawapan anda :________________________
9- LIHAT kaki anda PAKAI kasut itu . Jawapan anda :_____________________________

Ayu : Ok. Saya pakai sekarang. Wah, cantiknya. Saya beli yang ini ya.
Mohammad : Baiklah. Anda buat pembayarannya di kaunter sana ya. Terima kasih.
(Ayu pun terus pergi ke kaunter pembayaran dan melakukan transaksi pembelian kasut gorges itu. Dia keluar dari kedai kasut itu dengan wajah yang ceria dan seronok.)

Penggunaan bahasa Deria VAK NLP dapat mempercepatkan komunikasi jualan anda tak sampai 5 minit !

Wow ! Apa yang mempercepatkan proses penjualan kasut itu ya ? Rahsianya terletak pada bagaimana Mohammad menggunakan bahasa deria VAK dalam komunikasi mempengaruhi pelanggan saat melakukan jualannya. Jualan yang hebat adalah bermula dari MEMBINA IMEJ MENTAL pelanggan hingga pelanggan dapat mengambarkan apa yang dia inginkan di dalam GAMBARAN MINDANYA. Inilah rahsia disebalik penggunaan Bahasa Deria VAK dalam NLP. Bayangkan dengan mudahnya anda dapat dengar dan mengalami saat jualan anda meningkat melebihi 100% , bagaimana wajah anda waktu itu? Apa yang anda dapat dengar dari orang sekeliling anda bila mereka lihat perniagaan anda meningkat dalam masa singkat dan pantas ? Apakah perasaan yang timbul pada diri anda bila mengecap saat kecemerlangan dalam perniagaan yang anda jalankan ya ? Selamat beramal dengan 2 RAHSIA MUDAH MENJUAL MELALUI NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)

Penulis dapat dihubungi melalui talian 019-2044036 atau dialamat Pusat Latihan Smart Excel Consultant, No.2-1A, Jalan TIB 1/1 Blok C, Pusat Niaga Batu Caves, 68100, Gombak Selangor.

"RAHSIA DISEBALIK BERFIKIR ?"



"RAHSIA DISEBALIK BERFIKIR ?"

Salam kehebatan untuk seluruh warga Malaysia. Selawat dan salam kita berikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana dengannya kita masih lagi mampu berdiri sebagai umatnya yang cemerlang dunia dan akhirat. Saya tertanya-tanya, bagaimana keadaan diri anda hari ini ? Adakah anda sedang menikmati bahan bacaan ini dalam keadaan seronok, gembira, teruja atau bagaimana ? Adakah anda sedang melihat tulisan saya ini dengan wajah berseri-seri atau bagaimana ? Adakah anda mahu menikmat suatu suasana indah dan mengalaminya saat membaca tulisan saya ini ? Saya dapat rasakan bahawa anda diluar sana merasa tidak sabar-sabar menantikan celoteh saya pada kali ini. Bagus......itu tandanya anda adalah apa yang anda fikirkan. Bila anda mula berfikir anda mahu membaca dan menambahkan ilmu baru pada hari ini, sebenarnya itulah diri anda. Anda adalah apa yang anda baca.

Adakah anda sudah bersedia melihat, mendengar dan mengalami saat kehidupan harian anda penuh dengan BERFIKIR ? Katakan "YA" pada persoalan ini dan mari anda alami sendiri bagaimana cara anda berfikir dapat mempengaruhi sistem kehidupan anda. Saya ingin anda duduk dalam keadaan paling selesa. Rasakan seluruh tubuh anda duduk dalam keadaan paling tenang. Mata anda sedang memerhati segala apa yang saya catatkan ini dan bersedialah untuk mengalaminya sekarang. Bagus.....anda semakin fokus terhadap bahan bacaan ini.

Ketika ini adakah anda terfikir berapakah jenis fikiran yang kita miliki di dalam minda kita ? Ambil masa sekejap untuk memikirkan jenis fikiran yang kita miliki sebagai manusia sejak dari kecil hingga sekarang . Sedarkah kita bahawa kita memiliki dua jenis fikiran dan ianya bersatu dalam jasad kita. Fikiran itu adalah fikiran sedar dan bawah sedar. Kedua-dua fikiran ini bekerja dalam waktu yang sama secara cepat, mudah dan pantas. Mungkin saat ini anda tertanya-tanya pada saya, apakah dia fikiran sedar dan bawah sedar ?

Untuk memahami apa itu fikiran sedar dan bawah sedar mari kita lihat , dengar dan lakonkan dialog dibawah :-
FS : "Katakan pada diri kita bahawa kita sihat"
FBS : "Ya, kita sihat"
FS : "Katakan pula saya bodoh"
FBS : "Ya, saya bodoh"
FS : "Saya rasa saya tak mahu makan roti tetapi makan nasi dahulu"
FBS :" Ya, makan nasi dahulu"
FS : " Katakan bahawa saya tak percaya pada kebolehan diri saya"
FBS : "Ya, saya tak percaya pada kebolehan diri saya"

Ketika anda sudah membaca, mendengar dan melakonkan dialog diatas secara mudahnya anda dapat fahami bahawa fikiran sedar mencerap segala maklumat yang diterima masuk ke otak melalui lima pancaindera iaitu penglihatan, pendengaran, penciuman, pengecapan dan sentuhan atau perasaan. Maklumat yang diterima masuk ke dalam otak kita akan ditapis oleh penapis otak dan ianya akan memberikan kesan kepada perubahan keadaan diri atau emosi serta tingkahlaku kita. Sebagai contoh, bila kita menaiki basikal. Kita akan mencerap maklumat bagaimana cara untuk naik basikal dan mengayuh basikal hingga dapat meluncur laju dijalan dan saat itu kita menggunakan fikiran sedar kita. Ketika kita sudah biasa mengayuh basikal, fikiran sedar dan fikiran bawah sedar kita berfungsi secara serentak hingga membolehkan kita mengayuh basikal tanpa ragu-ragu lagi.

Fikiran bawah sedar anda pula akan memprogram apa juga keputusan dan matlamat ke dalam saraf anda melalui proses Neuro Linguistic Programming (NLP). Insyallah, proses ini anda dapat alami bila berada di dalam kelas perkongsian ilmu NLP secara lebih formal . Fikiran bawah sedar menjadi robot paling setia dan berkesan dalam melakukan apa juga untuk mencapai apa yang anda doakan atau putuskan tadi melalui fikiran sedar. Apa hubungkait antara fikiran sedar dan fikiran bawah sedar dalam kehidupan harian anda ? Ada kaitan ke dengan hidup ini untuk berfikir ? Rilekskan minda anda....bagus....tarik nafas perlahan-lahan....dan hembuskan nafas anda keluar melalui mulut anda.....bagus. Bersediakah anda untuk mendengar cerita saya berkaitan seorang pelajar perempuan sebuah kolej dan bagaimana cara dia berfikir ? Mahu atau mahu ? Sudah semestinya anda mengatakan MAHU pada diri anda untuk tahu berkaitan cerita ini kan ? Bagus......

Apa yang saya coret dan ceritakan ini adalah berdasarkan pada pengalaman peribadi saya dengan pelajar perempuan ini semasa sesi terapi diri di pejabat saya.
" Satu hari pelajar ini datang ke pejabat saya untuk mendapatkan khidmat terapi minda. Bayangkan pada jam 10.00 pagi pelajar ini sudah sampai ke pejabat saya dengan ditemani oleh pelajar praktikal saya, walaubagaimanapun pelajar perempuan ini tak mahu naik ke pejabat saya. Dia kata pada pelajar praktikal saya bahawa DIA "TAKUT" untuk berjumpa dengan saya (En Mus). Saya pun tak tahu apa yang dia takutkan. Pelajar praktikal saya memujuk dia untuk naik ke pejabat saya bagi mendapatkan khidmat terapi minda bersama saya. 15 minit kemudian, barulah pelajar ini dapat melangkah masuk ke pejabat saya. Itu pun terus meluru masuk ke surau pejabat saya. Saya melihat gelagatnya waktu itu, menggeleng-gelengkan kepala tanda tak faham apa yang ditakutkan olehnya. Namun saya memberitahu pelajar praktikal saya agar memberikan air kosong kepada pelajar tersebut untuk diminum. Selepas pelajar itu minum, saya minta pelajar praktikal saya melakukan pernafasan yang betul pada pelajar itu. Hampir 10 minit mereka melakukan pernafasan di dalam surau pejabat saya, kemudian barulah pelajar itu bersedia untuk diterapi. Saya mulakan sesi terapi dengan berbual-bual bersama pelajar itu bagi mempercepatkan rapport antara saya dengan dia. Dalam perbualan itu, saya dapati banyak perkataan -perkataan yang negatif keluar dari mulutnya. Cara dia bercakap dan berfikir kebanyakkan menjurus pada keadaan negatif. Maka saat itu saya mempercepatkan proses pembalikkan serta merangka semula cara dia berfikir bagi menyelesaikan masalah ketumbuhan otak yang dihadapinya. Menurut doktor yang merawatnya, ketumbuhan itu ditahap yang agak kritikal. Apa yang saya mampu lakukan adalah bertanyakan dua soalan utama dari bahagian NLP iaitu :-
1- 'Apa yang anda inginkan dari ketumbuhan otak anda ?'
2- 'Bagaimana anda ingin menghilangkan ketumbuhan otak anda ?'


Anda ingin mengetahui apa yang terjadi selepas itu ? Dia akur untuk menjalankan sesi terapi minda bersama saya. Saya minta untuk pelajar ini mendengar rakaman audio terapi bertajuk "Inkantasi Diri". Audio itu dimainkan selama hampir 18 minit dan selepas mendengar sesi terapi audio itu, dia membuka matanya dalam keadaan segar, bugar dan sihat. Alhamdulillah...dia katakan bahawa mindanya semakin tenang berbanding sebelumnya.....". Ok .......sekarang ini saya berhentikan penceritaan saya diatas dan alihkan perhatian anda dengan bertanya soalan ini, apakah yang terjadi pada pelajar tadi ya ? Apakah perkataan yang dilafazkan seperti "TAKUT", "GEMENTAR", "TAK YAKIN BOLEH SEMBUH" dan perkataan -perkataan lain yang negatif dapat mempengaruhi cara dia berfikir dan bertingkahlaku ? Adakah cara pelajar diatas berfikir dapat mempengaruhi tahap kesihatan dirinya ? Inilah persoalan disebalik RAHSIA DISEBALIK BERFIKIR.

Bila pelajar itu berfikir dan keluarkan perkataan " Saya takut", "Saya tak boleh", "Boleh ke saya cepat sembuh?" dan sebagainya, kata-kata itu meresap masuk ke fikiran bawah sedarnya dan dia lakukannya sebagaimana pelajar itu katakan. Fikiran bawah sedarnya akan menterjemahkan apa yang dia cakap itu melalui kepercayaan diri,sikap, cara berfikir dan akhirnya membawa pada tingkahlakunya. Jika dia bercakap "Saya takut" ini akan membawa pada perilaku dan bayangan dimindanya akan menjadi rosak dan akhirnya memberikan kesan kepada tahap kesihatan dirinya. Mungkin mati cepat atau sebaliknya. Apa pun semuanya dengan izin Allah s.w.t.

Pakar kesihatan ada menyatakan bahawa lebih dari 75% sakit yang dideritai manusia bersifat psikosomatis. Ini membawa maksud fungsi organ tubuh terganggu oleh reaksi sistem saraf terhadap suatu IDEA NEGATIF yang ada difikiran bawah sedarnya. Apa yang terjadi dalam bayangan mindanya akan memberikan kesan pada tubuh badannya. Ketika anda sedang membaca tulisan ini, apakah reaksi tubuh badan anda ? Lesu ? Semangat ? Teruja ? Ingin tahu selanjutnya ? Muram ? Sedih ? atau bagaimana ?. Bila anda menyatakan pada diri anda "Saya teruja bila membaca tulisan ini" secara automatiknya seluruh tubuh badan anda beraksi dengan baik dan penglihatan anda semakin fokus terhadap apa yang anda baca. Mungkin juga ketika anda membaca tulisan ini anda seolah-olah berada ditempat pelajar tadi dan mengalami kesakitan yang dihadapi olehnya. Bagaimana anda dapat rasakan sedemikian rupa ? Sudah pasti jawapannya adalah BAYANGAN MINDA ANDA fokus pada masalah pelajar tersebut.

Disinilah terletaknya kekuatan berfikir positif atau boleh saya katakan sebagai HUSNU ZHAN (BERSANGKA BAIK). Apakah anda dan saya pernah memikirkan setiap perkataan yang kita keluarkan dari mulut kita ini adalah RANGSANGAN PADA BAYANGAN MINDA KITA ? Adakah kita pernah berfikir bahawa hidup ini penuh dengan berfikir ? Adakah pernah kita melihat, mendengar dan merasai kehebatan Allah s.w.t melalui kalam sucinya " Afala Tatafakkarun ?"Adakah engkau tidak berfikir ?" Adakah kita pernah berfikir bahawa kata-kata yang kita keluarkan saat berkomunikasi dengan orang sekeliling kita membawa pada perubahan tingkahlakunya samada negatif atau positif ? atau bagaimana kesudahan diri kita bila banyak bercakap hal-hal negatif dari positif ?

Berfikirlah dari akal yang cerdas. Pilih dan putuskannya melalui NIAT dan PERILAKU ANDA. Fahamilah ia melalui mata hati dan terjemahkannya melalui tindakan harian anda. Anda pasti berada dikemuncak kejayaan secara mudah dan senang kerana "Hidup Ini adalah untuk berfikir kerana ALLAH !". Selamat Beramal.

Ikhsan dari penulis :
(Mohd Mustaqiim Asmuji)
(Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA)
+6019-2044036

Sunday, June 5, 2011

Sedutan Pembelajaran Peserta Bengkel NLP

video
Sedutan pembelajaran bengkel personal NLP Untuk Awam. Daftarlah sekarang ! Hubungi, 019-2044036 (En Mustaqiim)