Wednesday, December 23, 2009

KETARASEDAR ? APA KE BENDA TU ?


Khamis, 24/12/2009 : Salam ceria buat pengunjung blog saya. Alhamdulillah, hari ni saya baru berkesempatan untuk posting maklumat baru yang saya terima melalui proses pembelajaran sepanjang hayat. Maklumlah, beberapa minggu ni sibuk sikit dengan perlbagai aktiviti masyarakat dan juga keluarga.
Yang menariknya, hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya ketika menghadiri bengkel Mindfulness (Ketarasedar) yang dianjurkan oleh PPLI, IKIM pada semalam
23/12/2009). Bengkel ni dapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dari pelbagai peringkat. Ada yang berumur 17 tahun hingga 60 tahun pun ada. Nak tahu apa dia Ketarasedar yang dibincangkan oleh 4 pakar utama dalam bengkel ni ?

Apa yang saya dapat beritahu pada rakan sekalian,MINDFULNESS atau ketarasedar ini adalah satu konsep yang merujuk kepada tindakan seseorang yang dilakukan secara sedar dan penuh pertimbangan akal waras dan bukan kerana tabiat harian yang telah sebati dengan jiwa. Ianya dipopularkan di Barat oleh Ellen J.Langer melalui bukunya The Power of Mindful Learning.

Dengan keupayaan fungsi akal yang menggunakan kemahiran memproses dan membuat keputusan, sesuatu tindakan akan dapat dilaksanakan dengan penuh bijaksana. Kaedah ketarasedar dan gabungan dengan pendekatan pengurusan dapat menjamin kecemerlangan diri dan organisasi.

Selain itubeberapa teknik dan kaedah ketarasedar telah disampaikan oleh Ybhg Dr Mariam Adawiah Dzulkefli, dari UIA. Sesi ini amat menarik minat saya kerana ianya penuh dengan informasi yang luas berkaitan ketara sedar. YBhg Dr mengupas apakah erti sebenar disebalik "MELIHAT" dan "MENELITI".

Adakah selama ini kita fikir bahawa "MELIHAT" dan "MENELITI" bukan satu keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia ? Persoalan ini mengetuk pintu hati dan juga ruang akal saya untuk memikirkan hakikat disebalik keistimewaan MELIHAT dan MENELITI. Ybhg Dr juga menyentuh berkaitan dengan memori dan keterkaitannya dengan tingkahlaku kita secara KETARASEDAR dan juga perihal LUPA dan saya dapat simpulkan apakah erti sebenar ketara sedar ini iaitu MENELITI, MENGAMATI, PEKA, MENGHAYATI, MENUMPUKAN PERHATIAN terhadap sesuatu yang dilihat secara KETARASEDAR.

Pengurusan Strategik Ketarasedar yang telah disampaikan oleh Ybhg Dr. Abdul Latif Abdul Razak banyak menyedarkan hati saya apakah hakikat sebenar kejadian insan diatas muka bumi ini. Bagaimana kita berinteraksi dengan Yang Maha Kuasa tanpa batas dan sempadan ? Penggunaan akal-qalbu dan keterkaitannya dengan tingkahlaku manusia ketika hidup di dunia . Dan tips untuk menguatkan kembali iman kita dengan beberapa cara iaitu sepertimana yang telah diterangkan oleh Ybhg Dr :-

Aktiviti

1-Mindful Dua - Waking and going sleep
2- Mindful Breathing - Once a day
3-Mindful Solat - Solat Subuh
4- Mindful Zikir - 40 X Everyday
5- Mindful Niyyah - Every starting job
6- Mindful religious lecture - Once a week.

SUNGGUH MENAKJUBKAN. CUBA DAN TERUS BERAMAL, INSYALLAH, ANDA BEERJAYA.

Wednesday, December 9, 2009

SOLAT TERAPI SAKIT PINGGANG DAN MATI PUCUK


Khamis,10/12/2009 :-
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardhu dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (Al-Baqarah, ayat 238).

Kajian saintifik dan fakta-fakta kebaikan solat menunjukkan ibadat itu bukan sahaja memberikan manfaat rohaniah tetapi juga manfaat fizikal dan mental apabila dilakukan dengan tekun serta postur yang betul.

Sekumpulan penyelidik bioperubatan telah membongkar fakta-fakta positif kebaikan solat daripada sudut saintifik antaranya menurunkan kadar denyutan jantung, mengurangkan sakit pinggang, memperbaiki disfungsi ereksi (DE) serta mengaktifkan otot lantai pelvik.

Penyelidik juga telah menemui bahawa posisi sujud dalam solat dapat mengurangkan denyutan jantung sebanyak 10 kali seminit.

Jesteru itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) mengambil inisiatif menganjurkan seminar “The Power and Science Of Salat” yang bertempat di Surau Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 21 November 2009 baru-baru ini.

Program itu berjaya menghimpunkan seramai 520 orang peserta terdiri daripada masyarakat Islam dan bukan Islam yang ingin meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman dalam terapi dalam solat.

Tujuan program ini adalah untuk member penerangan ringkas mengenai solat serta cara menunaikan solat secara betul berdasarkan Al-Quran dan Hadith.

Selain itu, ia mendedahkan kepada peserta berkaitan komponen-komponen di dalam komposisi di dalam tubuh manusia, cara pengukuran tubuh, kelebihan aktiviti fizikal dan solat tarawih serta berpuasa ke atas komposisi tubuh badan manusia.

Ia juga membongkarkan kepada peserta rahsia posisi solat yang mana boleh digunakan sebagai terapi sakit pinggang.

Peserta diberi penekanan terhadap rukun solat dalam slot Jom Solat Cara Nabi Muhammad S.A.W yang disampaikan oleh Panel Jabatan Mufti Negeri Johor, Hj. Hanafiah Abd. Razak.

Slot kedua diberi pemfokusan kepada komposisi badan, hikmah solat untuk kesihatan dan kajian keputusan komposisi badan terhadap solat, solat sunat tarawih dan puasa di bawah tajuk ‘Solat; Kesan kepada Komposisi Badan dan Denyutan Jantung’ yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM).

‘Kehebatan Pergerakan Otot Semasa Melakukan Solat’ adalah tajuk yang membentangkan isyarat otot dan kajian otot semasa pergerakan solat yang disampaikan oleh Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM).

Isyarat otak dan kajian perubahan otak semasa solat disampaikan oleh pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM), Ng Siew Cheok di bawah slot ‘Kehebatan Otak Ketika Melakukan Solat’.

‘Terapi Sakit Pinggang dan Mati Pucuk; Solatlah Jalan Penyelesaiannya’ antara tajuk terakhir yang menarik minat peserta pada sesi petang tersebut yang dibentang semula oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

Pengarah Program, Mohd. Mustaqiim Asmuji berkata, pelbagai persoalan dan kemusykilan yang dilontarkan oleh peserta untuk mengetahui teknik keberkesanan terapi semasa solat.

“Pendedahan dan penerangan dari ahli panel memudahkan lagi pemahaman bukan sahaja masyarakat Islam, bahkan masyarakat bukan Islam juga mendapat manfaat di dalam program tersebut,” kata Mustaqiim.

“Aktiviti solat umpama senaman ringan boleh meningkatkan kadar pembakaran basal, menurunkan kolestrol badan dan mengelakkan penyaikit jantung, stress, kolestrol dan kegemukan,” jelas Mustaqiim.

Mustaqiim yang juga selaku Ketua Unit Penyelidikan dan Latihan Perkim berkata, pergerakan solat disyorkan sebagai suatu senaman yang bagi pesakit kardiovaskular iaitu dengan bersolat selama 30 minit bersamaan dengan 12 rakaat bagi setiap hari untuk mendapatkan kesan yang efektif dan solat mampu memberikan kekuatan kepada sistem otot serta tubuh badan.

Ibadat solat memberikan kesan ketenangan kepada individu dan selepas bersolat seseorang itu menjadi lebih bersedia dan fokus untuk melakukan sebarang aktiviti serta pergerakan solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat mati pucuk.

Majlis perasmian dan penyampaian cenderahati kepada ahli panel disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua Perkim, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi. Turut hadir, Pengarah Dakwah Perkim, Hj. Abdul Hanif Harun.

KURSUS HYPNOSIS FUNDAMENTAL & HYPNOSIS IN SELLING


IKLAN KURSUS HIPNOSIS

PENGALAMAN YANG AKAN MERUBAH HIDUP ANDA ... SETERUSNYA ANDA AKAN DI TAULIAHKAN CERTIFIED HYPNOSIS (C.H) UNTUK MENJADI PENGAMAL HIPNOSIS.

Program akan diadakan di Intekma Resort & Convention Centre.

Hypnosis Fundamental : 13-12-2009 (RM 599)

Hypnosis In Selling : 20-12-2009 (RM 299)

Pendaftaran bermula pada : 08.30 Pagi.

Program bermula dari 09.00 Pagi - 06.00 Petang

Nantikan kemunculan pakar Hipnosis :


Mir Helminiry Had Bin Haji Sabtu PJK, CHI, CHt, CH

Jangan Lepaskan Peluang untuk mempelajari ilmu Hipnosis !!!

Bercouple Bukan Budaya Umat Islam


Khamis,10/12/2009 :-
BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara Salingmengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan? CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA;

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14)."

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman;

"Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)"

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

2.Menutup Aurat; ALLAH berfirman;
dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA;
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Hukum Bercouple SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau;
"Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya."

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau;
"Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya."

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau;
"Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan."

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah. Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.
(Ihsan dari blog : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=722)