Thursday, October 29, 2009

Emosi dan Hukum Ketertarikan (LOA)


Khamis,29/10/2009 :Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?
Kali ini saya berkata mengenai kaitan emosi dengan Law Of Attraction. Jika Anda gagal mengawal emosi, maka Anda gagal mengawal minda dan seterusnya memanfaatkan LOA (saya singkatkan dari Law Of Attraction) ke jalan yang salah.

Jika Anda bermasalah dan selalu layan masalah tu, lebih banyak masalah yang akan timbul. Kerana, apa yang tergambar di dalam minda Anda hanyalah diri Anda dan bermasalah dan apa yang tersimpan dalam sukma rasa hati Anda hanyalah perasaan tak puas hati kerana Anda sering bermasalah.Tak lain tak bukan, masalah, masalah dan masalah.

Ada juga yang sampai ke tahap lebih ekstreme, menyalahkan Yang Maha Esa dan menyalahkan takdir kerana memberikan mereka masalah. Selain itu, ada juga yang berkata Tuhan tak memakbulkan doa mereka walaupun dah berda sebanyak yang mungkin.

Selagi Anda masih berada di dalam emosi negatif dan sentiasa memikirkan masalah, Anda takkan pernah keluar dari masalah. Mengapa? sebab Anda memilih untuk tidak mencari jalan penyelesaiannya.

Untuk mula berlatih mengawal emosi, ada banyak cara. Jika Anda ada cara tersendiri, kongsikan di ruang email abqarimanagementconsultant@yahoo.com

Bagi diri saya, untuk mengawal emosi kita perlu mengawal hati terlebih dahulu. Dulu saya juga seorang yang cepat marah, cepat tak puas hati dan cepat rasa tertekan bila masalah melanda. Masalah yang menjadikan saya amat tertekan adalah berkaitan kewangan. Wang tak cukup macamana nak beli barang keperluan harian ? Itu dulu, sekarang ni masalah ini telah dapat diselesaikan dengan cara TIDAK PERLU MEMIKIRKAN MASALAH YANG MELANDA, MALAH PERLU MEMIKIRKAN BAGAIMANA CARA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH KEWANGAN SAYA DAN AKHIRNYA SAYA DAPAT MENEMUKAN JALAN PENYELESAIANNYA.

Saya tundukkan amarah hati dengan menuliskan kesemua sikap yang saya nak kurangkan tu di atas kertas dan saya tengok tiap hari. Selain tu, saya amalkan zikir untuk mendidik hati. Sebagai tambahan, saya melakukan meditasi pendek dua kali sehari untuk mendapat ketenangan. Selain itu wajar berfikiran begini , iaitu REZEKI PERLU DICARI WALAU APA MASALAH YANG TERJADI PADA DIRI. ALLAH PEMBUKA REZEKI. ALLAH JUGALAH PEMBERI RAHMAT DAN RAHIMNYA PADA HAMBANYA YANG BENAR-BENAR IKHLAS MENCARI REZEKI KERANANYA.

Bila hati di latih untuk tenang, Anda akan bebas dari sikap negatif dan pemikiran negatif dan anda dapat mengawal emosi dengan lebih baik. Anda akan mampu mengawal rasa nak marah dan mampu bertenang walau macam mana tertekannya Anda dalam situasi meruncing.

Sebab itu ramai pakar pembangunan diri mencadangkan supaya Anda sentiasa bertenang setiap masa kerana minda lebih senang bekerja bila Anda sudah berada di dalam emosi yang tenang.

Apa pula kena mengena antara emosi dengan LOA? Emosi dan imaginasi merupakan elemen utama LOA untuk mempercepatkan apa yang Anda mahukan. Bahkan, LOA mudah menarik apa yang Anda inginkan bila Anda berada di dalam emosi gembira, ceria dan bertenaga.

Imaginasi Anda lebih ‘power’ jika digabungkan dengan elemen perasaan yang lahir dari emosi dalam hati Anda (apa jua emosi). Saya ambil contoh di atas tadi, iaitu diri Anda yang di landa masalah.

Selalunya, ramai orang bila di landa masalah akan cenderung untuk memikirkan masalah tu saja. Selain tu ditambah lagi dengan rasa tertekan, tak puas hati, geram dan sakit hati kerana masalah tu tak lagi selesai.

LOA bertindak serta merta dan takkan pernah 'lari timing' seperti juga hukum graviti. Jadi, bila Anda sudah selalu memikirkan masalah, LOA akan menarik lebih banyak masalah kepada diri Anda. Kesannya, Anda akan berjumpa dengan situasi-situasi buruk, orang-orang yang berperangai buruk dan benda-benda yang menyebabkan Anda lebih bermasalah jadinya.

Jadi, jangan pernah membiarkan diri Anda di kawal oleh masalah. Anda boleh mengakhiri masalah yang melanda jika Anda mencari jalan penyelesaian dan membayangkan yang masalah Anda itu sudah berakhir.

Lihat diri Anda di dalam gambaran mental sebagai orang yang bebas dari masalah dan hadirkan kegembiraan kerana masalah yang membebankan Anda sudah berakhir. Tidak kira cemana besarnya masalah Anda, ia tetap boleh di selesaikan jika Anda menumpui pada jalan penyelesaian.

Ada hikmah di sebalik setiap masalah yang melanda sebenarnya, jika Anda mengkaji dengan cukup mendalam dan mencari elemen-elemen positif di dalam masalah tu. Bila Anda bermasalah ada lagi orang yang lebih bermasalah dari Anda, cuma Anda saja yang tak tahu.

Tapi, bila Anda sudah bebas dari masalah, bersyukur dan panjatkan pujii-pujian kepada Yang Maha Esa kerana memberi Anda petunjuk (melalui idea, gerak hati dan cetusan ilham). Kita diberi masalah kerana Allah s.w.t. mahu mendengar suara kita memuji-muji namanya.

Akhir kata, emosi dan imaginasi boleh dipergunakan untuk apa saja tujuan. Ia bergantung pada Anda, mind setting Anda, attitude, skill dan pengetahuan Anda.

Minda dan imaginasi adalah kurniaaan Yang Maha Esa dan mempunyai kuasa tak terhingga. Ia boleh digunakan sama ada untuk mencipta kecemerlangan atau untuk memusnahkan kecemerlangan sedia ada.

Masukkan apa yang Anda mahu dalam imaginasi dan apa sematkan yang Anda nak jadi dalam hati, bayangkan selalu dan kemudian bersedia kerana ia boleh berlaku bila-bila masa. Satu lagi, Anda perlu konsisten melakukannya.
Lebih jelas Anda imaginasikannya, lebih senang untuk LOA menarik apa yang Anda mahukan.

Mufakkir ilayyih :
Mohd Mustaqiim Asmuji
Trainer AMC

Wednesday, October 28, 2009

Komunikasi Canggih Dengan LAB ?


Khamis,29/10/2009 :Apa kata jika anda boleh meramal kelakuan seseorang dan kemudian dapat mempengaruhinya dengan hanya bertanyakan beberapa soalan sahaja dan kemudian mengamati apa yang diperkatakannya. Tidakkah itu menarik dan berguna kepada anda?
Jika anda inginkan satu kemahiran komunikasi luar biasa dan telah lama mencarinya anda patut memikirkan mengenai LAB Profile. LAB profile adalah satu kaedah komunikasi percakapan dimana anda hanya perlu mendengar apa yang diperkatakan, memahami corak (atau decode) apa yang sedang diperkatakan oleh klien anda dan kemudiannya memberikan respon sewajarnya mengikut caranya.

Dengan LAB profile anda akan dapat memahami corak-corak bahasa yang sedang diucapkan oleh seseorang kepada anda. Corak-corak ini akan memberikan rahsia mengenai kelakuan orang yang berinteraksi dengan anda.

* Jika anda terlibat dalam jualan dan pemasaran LAB Profile dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi. Tidakkah anda mahu untuk menggunakan bahasa dan gaya koumnikasi yang boleh mempengaruhi berlipat ganda?
* Jika anda terlibat dalam memilih warga kerja untuk organisasi anda tidakkah anda mahu memilih warga kerja yang lebih tepat memenuhi keperluan anda?
* Jika anda seseorang komunikator atau penceramaha tidakkah anda mahu menggunakan perkataan dan corak bahasa yang boleh memukau audiens anda?
* Jika anda seorang "trainer" tidakkah anda mahu pelatih anda menerima saranan anda dengan lebih mudah?
* Jika anda seorang pengurus atau pemimpin organisasi tidakkah anda mahu komunikasi lisan dan bukan lisan anda menjadi berkesan samada dalam kumpulan, antara satu dengan satu ataupun sewaktu mengendalikan mesyuarat?

LAB Profile adalah sebahagian dari "Words That Change Minds" (Perkataan yang Mengubah Minda" yang dikembangkan oleh Shelle Rose Charvet.Dalam LAB Profile ada 14 kategori Meta-Program (anda patut ketahui jika anda seorang NLPer) yang digunakan dari sejumlah 60 program meta. Meta Program adalah penapis-penapis otomatik yang adalah dalam minda separa sedar kita bagi menapis segala stimulus yang masuk kedalam minda kita dan kemudiannya membentuk model dunia kita. Meta model bolehlah dikatakan penapis yang membentuk persepsi kita.

Dari 14 kategori Meta Program ini ianya dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu adalah ciri-ciri motivasi yang mendorong seseorang. dan satu lagi adalah ciri-ciri kerja yang menunjukkan kelakuan cara kerja seseorang.

Corak-corak yang diperkatakan bergantung kepada konteks tertentu. Bagi seseorang yang coraknya adalah dalaman atau introvert sewaktu dipejabat dia mungkin menjadi seorang "luaran" atau extrovert bila pulang kerumah. Pejabat dan rumah adalah dua konteks yang berbeza.

Bagi anda yang ingin mengetahu LAB Profile dengan lebih lanjut MTM Consultants akan menganjurkan satu program "Pengamalan Asas LAB Profile" (Basic LAB Profile Practitioner) dalam bahasa Melayu / Malaysia selama dua hari.

Dipetik dari laman akademinlp.com

Pembikinan Iklan Berunsur Dakwah ; Dimana Peranan Pelajar Lepasan Ijazah Pengajian Islam ?


Rabu,28/10/2009 : Satu seminar berkaitan dengan memperkasakan peranan tekno-daie ; Cabaran dalam pembangunan dan penggunaan ICT telah pun diadakan di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur pada 27 & 28/10/2009.Seminar ini telah dijayakan dengan kehadiran peserta sekitar 90 orang dari pelbagai agensi seluruh Malaysia.
Seminar ini diadakan bertujuan bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan dan peranan tekno-daie dalam menghadapi perkembangan ICT masa kini dan mengenalpasti ciri kemahiran yang perlu dikuasai oleh golongan tekno-daei dalam menghadapi perkembangan yang pantas dalam bidang ICT.
Seminar yang berlangsung selama 2 hari ini saya rasakan amat bermanfaat bagi pelbagai latarbelakang masyarakat. Ianya bukan sahaja tertumpu kepada pendakwah , malahan golongan profesional juga perlu terlibat di dalam seminar ini.
Banyak perkara menarik yang telah dibincangkan di dalam seminar ini dan antara topik yang menjadi minat saya untuk memberikan sedikit pandangan adalah berkaitan dengan pembikinan iklan dan filem pendek sebagai wadah penyebaran dakwah yang dibentangkan oleh En Abd Wahab Hamzah, selaku pengkritik filem. Manakala Tn Haji Faizal Tehrani membentangkan topik berkaitan Zaman ICT dan wahana sastera sebagai saluran dakwah.
Perbincangan topik ini membuka minda saya selaku pemerhati seminar akan peri pentingnya graduan lepasan ijazah dalam bidang agama untuk melibatkan diri di dalam kegiatan pembikinan iklan atau filem pendek berunsurkan Islam.
Saya terfikir, dimanakah dan apakah pekerjaan yang sedang atau akan dilakukan oleh bakal-bakal graduan pengajian Islam lepasan dalam negeri atau luar negeri setelah mereka tamat mengaji di IPT ? Adakah hanya cukup untuk mencari pekerjaan dalam bidang yang diminati sahaja atau bagaimana??? Persoalan ini juga telah diajukan oleh Faizal Tehrani kepada sekalian peserta seminar dalam kupasan topik beliau pada jam 11.45 pagi (28/10/2009). Beliau berkata, DIMANA GRADUAN LEPASAN PENGAJIAN ISLAM DALAM MENEROKA BIDANG IKLAN DAN FILEM BERUNSURKAN ISLAM ? ASYIK-ASYIK NAK JADI GURU, USTAZ ATAU USTAZAH SAHAJA ? HABIS BIDANG PENGIKLANAN ATAU PERFILEMAN BAGAIMANA ? Sudah semestinya graduan pengajian Islam amat diperlukan di dalam pembikanan iklan atau filem yang berunsurkan Islam. Iklan atau filem berunsurkan Islam masih lagi tidak berapa dipandang oleh masyarakat Malaysia masa kini.
Pembikinan filem atau iklan berunsurkan Islam amat diperlukan di dalam penyebaran dakwah masa kini. Sudah semestinya ia memerlukan idea dan juga tenaga dari golongan graduan lepasan pengajian Islam dari aspek mengadakan isi kandungan (content) bagi sesuatu filem atau iklan.
Filem atau iklan berunsur Islam inilah memerlukan SENTUHAN AJAIB dari graduan lepasan pengajian Islam. Tidak perlu fikir lagi nak kerja kerajaan atau swasta, bidang pengajian islam atau seumpamanya. Yang penting kemahiran tambahan untuk menjadi graduan yang serba boleh bukan hanya dalam bidangnya sahaja malah mampu meraih kemahiran lain untuk kegunaan dakwah masa kini dan hadapan.
Sudah tiba masanya GRADUAN LEPASAN PENGAJIAN ISLAM BERTUKAR ANGIN dari makan gaji dengan orang atau pilih pekerjaan sesuai dengan diri kepada MENCIPTA PELUANG YANG BESAR DALAM BIDANG DAKWAH MELALUI MEDIUM IKLAN DAN FILEM. JANGAN TAKUT DAN GUSAR ATAS KEUPAYAAN DIRI ANDA SELAKU GRADUAN PENGAJIAN ISLAM DALAM HAL SEPERTI INI, YANG PENTING YOU CAN SURVIVE ! YOU MUST DO SOMETHING YANG BERBEZA DARIPADA ORANG LAIN DEMI PEMERKASAAN DAKWAHBAGI JANGKA MASA YANG PANJANG. BAB REZEKI, INSYALLAH, ALLAH AKAN BERIKAN YANG TERBAIK. USAHA UNTUK MENDAPAT SESUATU YANG LUAR BIASA, INSYALLAH ALLAH AKAN BERIKAN REZEKI YANG LUAR BIASA JUGA.

BERPERANANLAH ANDA WAHAI GRADUAN LEPASAN PENGAJIAN ISLAM SEBAGAI TEKNO-DAEI DALAM BIDANG PENGIKLANAN DAN PERFILEMAN. FILEM DAN IKLAM MEMBAWA IMPAK YANG BESAR KEATAS GAYA PEMIKIRAN MASYARAKAT KINI. CORAKKAN IKLAN DAN FILEM BERUNSURKAN ISLAM, PASTI CORAK FIKIRAN MASYARAKAT AKAN KEARAH ISLAM YANG SYUMUL!.TQ

Faqir illallah....
Mohd Mustaqiim Asmuji
Trainer AMC

Tuesday, October 27, 2009

Shariah Compliance Officer ; Susah Nak Dapat Calon ?


Selasa,28/10/2009 : Semalam (27/10/2009) bertempat di Dewan auditorium Sirim, Shah Alam telah berlangsung Seminar berkaitan dengan MS 1900 :2005 Quality Management Systems Requirements from Islamic Perspective bermula jam 09.00 pagi hingga 01.00 tengahari.
Seminar ini berlangsung selama setengah hari dan para peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dan organisasi. Pembentangan berkaitan topik pengurusan kualiti melalui perspektif islam ini amat menarik minat saya. Pelbagai isu baru dalam pengurusan kualiti melalui perspektif Islam diungkai satu persatu oleh Cik Hanida Ghazali, selaku Trainer Sirim QAS International Sdn Bhd. Antara penekanan yang diberikan sewaktu beliau memberikan ceramahnya iaitu berkaitan dengan pengawasan syariah di dalam sesebuah organisasi. MS 1900 :2005 ini lebih menekankan kepada pengawasan syariah di dalam pengurusan kualiti yang mengandungi 5 asas penting ( Khamsah daruriah) iaitu :-
1- Mempertahankan agama.
2-Mempertahankan jiwa.
3- Mempertahankan intelektual.
4- Mempertahankan maruah diri.
5- Mempertahankan harta benda.
Secara keseluruhannya, MS1900 : 2005 base on MS ISO 9001:2000 , walaubagaimanapun ianya dicantikkan lagi dengan penambahan elemen-elemen Islam agar ianya berjalan seiring dengan kehendak organisasi pada masa kini. Maka pengawasan syariah amat dititik beratkan di dalam sesebuah organisasi seperti organisasi yang mengeluarkan makanan dan sudah pastilah unsur halal haram amat dititik beratkan di dalam pengeluaran sesuatu produk seperti makanan.
Justeru, apa yang menarik minat saya dalam perbincangan ketika menghadiri seminar ini adalah, isu kekurangan calon dari bidang syariah untuk mengisi jawatan Syariah Compliance Officer (Pegawai Pengawasan Syariah). Rata-rata wakil organisasi yang hadir mengutarakan soalan "SUSAH NAK DAPAT PEGAWAI PENGAWASAN SYARIAH DI ORGANISASI MEREKA".
Bila saya amati isu ini, sebenarnya tidak susah untuk mencari calon untuk mengisi jawatan ini dan bukan mudah juga untuk mendapatkannya. Walaubagaimanapun saya melihat, bahawa untuk mendapatkan graduan lulusan syariah untuk menawarkan diri sebagai calon Pegawai Pengawasan Syariah adalah memerlukan perancangan yang sistematik. Mungkin melalui cara pihak Sirim membuka ruang kepada mana-mana universiti yang mempunyai graduan atau bakal graduan semester akhir yang mengambil jurusan syariah, tak payah banyak just offer 20-30 orang sahaja untuk buat pilot projek. Dah dikumpulkan mereka, buat training khas untuk mereka selama 3 hari 2 malam dengan kerjasama konsultan bidang pembangunan sumber insan. Dalam training tu, pengisiannya adalah modul jatidiri,keyakinan diri,imej diri, kekuatan daya berfikir (kreatif dan kritis), problem solving, kemahiran komunikasi, pendedahan berkaitan dengan apa itu Shariah Compliance Officer , bidang tugas SCO, pendedahan berkaitan dengan apa itu Sistem pengurusan Kualiti melalui perspektif Islam, mengapa perlu graduan lulusan syariah untuk involve sebagai SCO dalam organisasi yang memerlukan Shariah Compliant, dan pada akhir training peserta yang berminat untuk menjadi calon SCO terus mendaftarkan diri kepada pihak SIRIM. (Sekurang-kurangnya ini adalah langkah pertama untuk Sirim memperoleh calon SCO)
Stage ke-2 pula, bila calon ini dah tahu kepentingan dan pendedahan mengapa dan kenapa mereka selaku graduan syariah perlu involve sebagai SCO, maka graduan yang berminat perlu mengikuti satu lagi training khas selama 5 hari yang dianjurkan oleh SIRIM. Kali ini trainingnya berbeza dengan training pertama iaitu pada training ke-2 ini lebih menjurus pada :-
1- The concept of shariah.
2- The objective of shariah.
3- The components of Fiqh.
4- The sources of shariah.
5- The five rulling of fiqh
6- The concept of Islamic Management.
Pada akhir training ke-2 ini, calon akan menduduki ujian samada bertulis atau lisan untuk memastikan agar calon SOC benar-benar menguasai ilmu dan kemahiran yang diberikan selama dalam kursus. Lepas tu barulah pihak SIRIM dapat menjalankan interview untuk memilih calon yang sesuai untuk jawatan SOC.
Ini adalah langkah pertama untuk pihak SIRIM mengeluarkan SOC untuk mana-mana organisasi yang memerlukan SOC.Maknanya SIRIM dah ada kumpulan graduan yang berkelayakan sebagai SOC untuk diberikan kepada organisasi yang memerlukan. Sekurang-kurangnya ianya adalah LANGKAH PERTAMA SIRIM dalam mencari dan meramaikan pegawai SOC.
Insyaallah, sekiranya diberikan peluang ini pada graduan lepasan syariah IPTA/S, mereka akan bersama untuk membantu SIRIM dan organisasi yang memerlukan khidmat SOC. YANG PENTING, BERIKAN PENDEDAHAN AWAL KEPADA MEREKA (LEPASAN GRADUAN) DALAM BIDANG INI, INSYALLAH MEREKA AKAN BERSAMA MEMBANTU KITA DAN TIADA LAGI PERKATAAN YANG BAKAL TERKELUAR DARI MULUT KITA " SUSAH NAK DAPAT CALON SOC". TQ.

Idea fakir illallah...
Mohd Mustaqiim Asmuji
Trainer AMC Consultant
019-2044036

Monday, October 26, 2009

Program K-Ibad Mantop & Berkesan !


Isnin,26/10/2009: " Solat MANTOP , Hidup BERKAT" . slogan inilah yang menjadikan seseorang individu muslim itu meraih kebahagian di dunia mahupun diakhirat. Melalui solat, seorang muslim itu akan merasai ketenangan yang sejati dalam kehidupan harian mereka yang penuh dengan pancaroba. Melalui Akademi Zakat Selangor sdn Bhd (AZAS), program kesempurnaan ibadah (K-Ibad) telah dapat dilaksanakan pada 24 hingga 25/10/2009 di Impian Rimba Resort, Hulu Langat Selangor.
Program K-Ibad ini telah menghimpunkan sekitar 40 orang peserta tingkatan 4 sekitar Petaling Jaya dibawah bantuan zakat negeri selangor. Program K-Ibad ini dilaksanakan dengan kerjasama Smart Excel Consultant Sdn Bhd selama 2 hari 1 malam.
Peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti K-Ibad seperti :-
1-Solat dalam kehidupan.
2-Membongkar fakta sains saintifik di sebalik solat.
3- LDK Kesempurnaan taharah, bacaan wajib dalam solat.
4- Teori dan praktikal serta ujian PAFA.
6- Kaedah solat sempurna dan postur tubuh badan yang sempurna ketika melakukan solat dll.
Rata-rata peserta amat berpuashati dengan program K-Ibad yang dijalankan oleh Akademi Zakat Selangor Sdn Bhd. Di dalam kursusu ini, para peserta menunjukkan minat yang tinggi untuk mengetahui selok belok perihal taharah dan kaedah solat sempurna cara Nabi s.a.w. Justeru, pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada AZAS diatas kerjasama yang diberikan dan kepada para peserta sekalian, sekiranya memerlukan bengkel dan bimbingan K-Ibad secara menyeluruh, sila hubungi pihak Smart excel Consultant atau berhubung terus dengan Akademi zakat Selangor bagi memudahkan urusan pengaturan bengkel selanjutnya.
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PARA PESERTA K-IBAD. THANK U!!!


SLOT BERSAMA TRAINER "SOLAT DALAM KEHIDUPAN"

BAHAN-BAHAN PENGAJARAN KURSUS K-IBAD

DR FATIMAH ; VIDEO PENERANGAN KEBAIKAN SOLAT DARI PERSPEKTIF SAINS

BERSOLATLAH , STRESSMU AKAN HILANG !!!

Wednesday, October 14, 2009

Program SPIES Remaja Tahap 2 Bakal Bermula!!!


Khamis ; 15/10/2009. Program Pembangunan Modal Insan SPIES Remaja tahap ke-2 bakal bermula pada 17 & 18hb Oktober 2009 bertempat di Nur Lembah Pangsung. Konsultan yang mengendalikan program ini adalah Smart Excel Consultant yang menghimpunkan seramai 100 orang peserta daripada pelbagai latar belakang budaya dan bangsa. Dah lama peserta SPIES tahap 1 menunggu untuk ke program tahap 2. Program tahap 2 ni banyak menyentuh berkaitan OUTDOOR dan antara pengisiannya adalah ;-
1- The Power Of Communication.
2- The Power Of Art Theraphy.
3- Flying fox, jungle trekking, malam kebudayaan dll.
So, kepada peserta SPIES Remaja Tahap 1 yang telah mengikut program SPIES yang pertama bersama konsultan Smart Excel, boleh hubungi mereka untuk menyertai program tahap yang ke-2 ini. Ok, salam hormat dari ORANG YANG MAHUKAN REMAJA SPIES AKTIF & ENERGETIK & SUKSES SELALU!!!.

Sunday, October 4, 2009

Belajar NLP itu MUDAH !


Isnin,05/10/2009 : BELAJAR NLP DENGAN MUDAH & PANTAS.
NLP atau Neuro Linguistic Programming (NLP ™) adalah suatu model keunggulan manusia (human excellence). Berisi suatu set teknik-teknik canggih dan attitude untuk menggunakan keseluruhan sumberdaya seorang manusia iaitu fikiran, mental, dan fizikal.

NLP ™ memberikan kemampuan pada Anda untuk mengubah, mengadaptasi, atau menghapuskan perilaku-perilaku bersesuaian dengan kehendak Anda, dan memberikan kemampuan untuk memilih sendiri tahap mental, emosional, dan fizikal.

Teknik-teknik NLP ini telah terbukti memberikan hasil, aplikasinya hampir tidak terbatas. Ketika ini ianya sudah diterapkan di pelbagai organisasi kelas dunia (Fortune 500), dunia pemasaran, pentadbiran, komunikasi, pelatihan, pendidikan, sukan, ilmu perubatan, dan pembangunan diri.

Pelbagai sistem lain di luar NLP ™ juga cukup baik dalam menemukan permasalahan, tapi tidak memberikan alat yang dapat digunakan secara mandiri (tidak tergantung orang lain : terapi, coach, dll), tanpa rasa sakit, dan menjanjikan perubahan yang lebih cepat dengan cara yang menyenangkan dan elegan.

Belajar NLP sekarang, dengan AMC, memberikan Anda kesempatan untuk mempelajari ilmu NLP dengan cara yang mudah, menyenangkan dan elegant. Kami mengajarkan NLP dengan NLP itu sendiri secara PANTAS & APLIKASI TERUS dalam diri.

Hubungi trainer AMC, 019-2044036 Mohd Mustaqiim Asmuji, Profesional Trainer.

Kuasa Minda Bawah Sedar Aplikasi Pelajar


Isnin,05/10/2009 : KUASA MINDA APLIKASI PELAJAR

Hukum alam semesta berlaku seperti hukum graviti. Anda tidak di tanya oleh hukum alam, apakah anda ingin gelas yang anda pegang pecah, sebab jika anda lepaskan gelas di tangan anda. Gelas itu akan kena hukum graviti maka ia akan pecah.

Hukum alam akan bekerja secara automatik. Ia tidak akan bertanya kepada anda samada anda suka atau tidak. Apakah anda setuju dengan kesan yang di hasilkan.

Melalui Hukum ini anda menarik apa yang anda fikirkan, jika anda sering fikirkan kebijaksanaan anda akan menarik kecerdasan pelajaran dalam kehidupan anda, jika anda fikir sukar takut gagal dalam pelajaran, maka kegagalan dan kebodohan yang anda tarik dalam kehidupan anda.Berfikir tentang sesuatu yang mendatang kan kecerdasan ini bermakna anda merancang sesuatu dalam minda anda.

Saya berdoa itu kenapa saya mendapat ini.

Pernah atau tidak, anda pernah mendapatkan sesuatu yang luar biasa tanpa anda meminta? Bergitu juga sebaliknya anda juga akan terima sesuatu yang tidak anda sukai. Kuncinya adalah dengan fikiran anda memikir tentang kejayaan anda. Jangan berfokus pada masaalah yang anda hadapi insyaallah “ ucapkan dalam hati dan fikiran anda war-war kan semua yang terjadi dalam hidup anda akan berakhir tidak ada yang kekal melainkan allah”

Latihan untuk merangsang minda untuk kecerdasan:

Latihan ini hanya di lakukan pada waktu subuh sahaja. jika di lakukan pada waktu selain yang saya sebutkan latihan ini menjadi 100% Gagal dan tidak mendapat apa - apa manfaat. Kenapa ? tunggu artikal saya seterusnya bertajuk Kuasa Minda Aplikasi dalam Solat.

1. Selesai solat subuh, anda masih di atas sejadah. releks dan tenang. tarik nafas dan bawa ke pada hujung hidung anda. kemudian lepaskan melalui mulut. 7 x sehingga anda menjadi sangat tenang.

2. Dongakkan kepala anda 45 darjah. memandang atap rumah anda
( sudut pandang anda harus 45 darjah keatas. ) ucapkan dalam hati anda " ketika ini apa pun yang saya lihat , saya dengar saya ingat saya faham" kemudian tunduk kan kepala perlahan-lahan. ulangi proses ini sehingga anda melihat ada kilatan cahaya seperti cahaya matahari atau cahaya putih.

3. Cahaya tersebut seperti screen tv. Jika ini berlaku, ini menandakan neuro cod eletrik yang ada dalam diri anda telah menyentuh pineal gland dan merakam photograf memori.

4. Latihan ini akan membantu anda mengingati segala maklumat yang masuk dalam minda anda dalam bentuk photograf memori dan screen tv. Anda melihat maklumat tersebut dalam bentuk visual ( gambar )

5. Ucapan yang anda ucapkan dalam hati anda adalah bersifat

MENJERIT SEKUAT KUATNYA DI DALAM HATI ANDA,PADA YANG ANDA MOHON,LAKUKAN SETIAP KALI ANDA MELAKUKAN LATIHAN INI.ANDA AKAN MELIHAT HASILNYA SETELAH 6 MINGGU.UNTUK MEMPERKUAT NEURO KOD ELETRIK DALAM MINDA.ANDA MEMERLUKAN LATIHAN YANG BERTERUSAN.

ANTARA LATIHAN YANG TERBAIK ADALAH LATIHAN YANG KAMI AJARKAN DALAM KURSUS "MINDA CEMERLANG".

Mufakkir ilayyih ;
Mohd Mustaqiim Asmuji, Trainer AMC