Wednesday, October 28, 2009

Pembikinan Iklan Berunsur Dakwah ; Dimana Peranan Pelajar Lepasan Ijazah Pengajian Islam ?


Rabu,28/10/2009 : Satu seminar berkaitan dengan memperkasakan peranan tekno-daie ; Cabaran dalam pembangunan dan penggunaan ICT telah pun diadakan di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur pada 27 & 28/10/2009.Seminar ini telah dijayakan dengan kehadiran peserta sekitar 90 orang dari pelbagai agensi seluruh Malaysia.
Seminar ini diadakan bertujuan bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan dan peranan tekno-daie dalam menghadapi perkembangan ICT masa kini dan mengenalpasti ciri kemahiran yang perlu dikuasai oleh golongan tekno-daei dalam menghadapi perkembangan yang pantas dalam bidang ICT.
Seminar yang berlangsung selama 2 hari ini saya rasakan amat bermanfaat bagi pelbagai latarbelakang masyarakat. Ianya bukan sahaja tertumpu kepada pendakwah , malahan golongan profesional juga perlu terlibat di dalam seminar ini.
Banyak perkara menarik yang telah dibincangkan di dalam seminar ini dan antara topik yang menjadi minat saya untuk memberikan sedikit pandangan adalah berkaitan dengan pembikinan iklan dan filem pendek sebagai wadah penyebaran dakwah yang dibentangkan oleh En Abd Wahab Hamzah, selaku pengkritik filem. Manakala Tn Haji Faizal Tehrani membentangkan topik berkaitan Zaman ICT dan wahana sastera sebagai saluran dakwah.
Perbincangan topik ini membuka minda saya selaku pemerhati seminar akan peri pentingnya graduan lepasan ijazah dalam bidang agama untuk melibatkan diri di dalam kegiatan pembikinan iklan atau filem pendek berunsurkan Islam.
Saya terfikir, dimanakah dan apakah pekerjaan yang sedang atau akan dilakukan oleh bakal-bakal graduan pengajian Islam lepasan dalam negeri atau luar negeri setelah mereka tamat mengaji di IPT ? Adakah hanya cukup untuk mencari pekerjaan dalam bidang yang diminati sahaja atau bagaimana??? Persoalan ini juga telah diajukan oleh Faizal Tehrani kepada sekalian peserta seminar dalam kupasan topik beliau pada jam 11.45 pagi (28/10/2009). Beliau berkata, DIMANA GRADUAN LEPASAN PENGAJIAN ISLAM DALAM MENEROKA BIDANG IKLAN DAN FILEM BERUNSURKAN ISLAM ? ASYIK-ASYIK NAK JADI GURU, USTAZ ATAU USTAZAH SAHAJA ? HABIS BIDANG PENGIKLANAN ATAU PERFILEMAN BAGAIMANA ? Sudah semestinya graduan pengajian Islam amat diperlukan di dalam pembikanan iklan atau filem yang berunsurkan Islam. Iklan atau filem berunsurkan Islam masih lagi tidak berapa dipandang oleh masyarakat Malaysia masa kini.
Pembikinan filem atau iklan berunsurkan Islam amat diperlukan di dalam penyebaran dakwah masa kini. Sudah semestinya ia memerlukan idea dan juga tenaga dari golongan graduan lepasan pengajian Islam dari aspek mengadakan isi kandungan (content) bagi sesuatu filem atau iklan.
Filem atau iklan berunsur Islam inilah memerlukan SENTUHAN AJAIB dari graduan lepasan pengajian Islam. Tidak perlu fikir lagi nak kerja kerajaan atau swasta, bidang pengajian islam atau seumpamanya. Yang penting kemahiran tambahan untuk menjadi graduan yang serba boleh bukan hanya dalam bidangnya sahaja malah mampu meraih kemahiran lain untuk kegunaan dakwah masa kini dan hadapan.
Sudah tiba masanya GRADUAN LEPASAN PENGAJIAN ISLAM BERTUKAR ANGIN dari makan gaji dengan orang atau pilih pekerjaan sesuai dengan diri kepada MENCIPTA PELUANG YANG BESAR DALAM BIDANG DAKWAH MELALUI MEDIUM IKLAN DAN FILEM. JANGAN TAKUT DAN GUSAR ATAS KEUPAYAAN DIRI ANDA SELAKU GRADUAN PENGAJIAN ISLAM DALAM HAL SEPERTI INI, YANG PENTING YOU CAN SURVIVE ! YOU MUST DO SOMETHING YANG BERBEZA DARIPADA ORANG LAIN DEMI PEMERKASAAN DAKWAHBAGI JANGKA MASA YANG PANJANG. BAB REZEKI, INSYALLAH, ALLAH AKAN BERIKAN YANG TERBAIK. USAHA UNTUK MENDAPAT SESUATU YANG LUAR BIASA, INSYALLAH ALLAH AKAN BERIKAN REZEKI YANG LUAR BIASA JUGA.

BERPERANANLAH ANDA WAHAI GRADUAN LEPASAN PENGAJIAN ISLAM SEBAGAI TEKNO-DAEI DALAM BIDANG PENGIKLANAN DAN PERFILEMAN. FILEM DAN IKLAM MEMBAWA IMPAK YANG BESAR KEATAS GAYA PEMIKIRAN MASYARAKAT KINI. CORAKKAN IKLAN DAN FILEM BERUNSURKAN ISLAM, PASTI CORAK FIKIRAN MASYARAKAT AKAN KEARAH ISLAM YANG SYUMUL!.TQ

Faqir illallah....
Mohd Mustaqiim Asmuji
Trainer AMC

No comments:

Post a Comment