Thursday, July 23, 2009

Creative Training Techniques Uji Keupayaan Trainers


Khamis,23/07/2009 :
" Banyak manfaat yang berfaedah bila saya menyertai training CTT. walaupun dah lama saya jadi trainer, rupanya ilmu kepelbagaian teknik untuk melatih peserta dalam training yang saya kendalikan masih lagi ditahap biasa."
Kata-kata diatas adalah sebahagian luahan rasa trainer yang telah menyertai Kursus Creative Training Techniques (CTT) yang dikendalikan oleh Sifu Motivator Antarabangsa iaitu En Megat Yusof Sharif dengan kerjasama Akademi Zakat Selangor(AZAS).
Bagi saya selaku trainer yang masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada sifu-sifu berkaliber, saya merasakan amatlah rugi mana-mana trainer yang terlibat dalam bidang latihan tidak mengambil kesempatan untuk menambahkan ilmu dalam mempelbagaikan cara dan teknik -teknik penyampaian latihan.
Banyak sekali yang kami dapat dalam program ini. Walaupun 12 orang sahaja yang mengikuti kursus ini, ianya memberikan impak positif keatas trainer.
Pelbagai perkara baru yang En Megat beri pada kami. Antara topik yang diajar pada kami selama 2 hari ini adalah :-
(1) Kenali "Introduction" & "Closing" yang menarik dalam latihan.
(2) Teknik Latihan Kreatif.
(3) Preparation of training delivery.
(4) Presentation skills teknik.
(5) Magic & tricks in training.
(6) 5 ways to squelch motivation.
(7) Put variety in your training
(8) Case studies, and role plays.
(9) Basic Hipnoteraphy
(10)bagaimana nak buat permainan kreatif dll.
Saya masih ingat lagi kata-kata sifu Megat " ANDA ADALAH APA YANG ADA FIKIRKAN !"
Benar dan benarlah ungkapan ini, kerana DIRI SETIAP INDIVIDU ITU ADALAH APA YANG DIA FIKIRKAN. Sekiranya dia fikir TIDAK BOLEH, itulah hakikat dirinya yang serba tidak boleh dan begitulah sebaliknya.
Makanya, kita sebagai trainer samada baru atau lama perlulah buka minda seluas-luasnya, buang perasaan ego, ketepikan perasaan malu untuk belajar. Bagi saya setiap trainer perlulah menambahkan ilmu untuk mempelajari kepelbagaian teknik ketika menyampaikan isi kandungan modul latihan agar ianya berkesan kepada peserta.
Teringat kata-kata sifu Megat, " Biarlah kITA Bodoh, tetapi jangan sombong Untuk Belajar, dan ingatlah orang yang sombong untuk belajar sebenarnya dialah orang yang bodoh untuk selama-lamanya."


Sifu Megat Sedang Menyampaikan Slot Kreatif Teknik Training

Sesi Keyakinan Diri Stail NLP

Sesi Ice Breaking " 3 statment benar, 1 statment tidak benar "

Teknik kesesuaian aktiviti selepas makan tengahari " Jambatan Tamparuli "

Teknik melihat persepsi dan bagaimana membuat lakaran persepsi.

Teknik "Lead...lead...n lead..."

Wednesday, July 15, 2009

Bangunkan Bakat Anda, Anda Mampu Berprestasi Unggul !



Salam kecemerlangan kepada anda yang sedang mencari kebolehan,bakat dan potensi diri.

Saya ingin menulis bagi ruangan post kali ini berkaitan pengalaman saya sejak mengendalikan program-program yang melibatkan pengurusan bakat dan prestasi diri.
Sejak 2004 lagi saya mengendalikan program-program motivasi dan bakat diri kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya melibatkan golongan remaja dan belia.

Menurut pengamatan saya, rata-rata peserta mempunyai bakat diri yang tersendiri. Akan tetapi bakat serta potensi diri yang ada kepada peserta haruslah diurus dengan efektif. Ini kerana tanpa mengurus bakat dan potensi diri dengan baik, diri kita tidak akan menikmati apa yang dikatakan sebagai Manusia Berprestasi Unggul.

Mengurus bakat serta potensi diri perlulah bermula dari pencerdasan minda. Minda yang positif akan menghasilkan tindak balas yang positif dan begitulah sebaliknya. Sebenarnya ramai dikalangan remaja dan belia samada diperingkat sekolah menengah atau IPT kurang fokus terhadap pengurusan bakat, potensi serta prestasi diri. Bila diajukan soalan" Lepas belajar di IPT, nak buat ape ?" Jawapan yang seringkali kita akan dengar adalah " Entah ye..tak tahu lagi nak wat pe...mybe kerja kot...or sambung belajar..."

Disini memperlihatkan kepada kita akan ketidakupayaan mereka untuk urus diri dari aspek pengurusan BAKAT & POTENSI DIRI. Ramai kalangan pelajar di IPT yang hebat-hebat dari segi pointer dan juga ada bakat tersendiri, akan tetapi tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin. Cuba dan terus mencuba adalah kunci kepada membangun diri dan bakat agar lebih menyerlah jauh dari yang biasa.
SENARAIKANLAH SEBERAPA BANYAK POTENSI DAN BAKAT YANG ANDA ADA, DAN BERTINDAKLAH DENGAN URUS BAKAT ANDA HINGGA MENCAPAI APA YANG ANDA HAJATI. GOOD LUCK MY BLOGGER FRIENDS!

Salam Cemerlang Buat Pengunjung Blog.


MOTIVASI & KEMAHIRAN Mengurus BAKAT DAN PRESTASI MUSTAQIIM ASMUJI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Apa khabar semua? Saya Mohd Mustaqiim , 'Professional Trainer' di dalam bidang Motivasi dan Kemahiran Mengurus Bakat dan Prestasi Diri. Selamat datang ke laman blog www.mus-mindasukses.blogspot.com.

Di laman blog ini, saya kongsikan bersama anda teknik-teknik motivasi dan kemahiran mengurus bakat dan prestasi diri. Dengan teknik-teknik ini, anda boleh majukan tahap pencapaian diri anda dan juga anda boleh belajar kemahiran-kemahiran lain (soft-skills) yang akan membantu anda selepas keluar dari dunia IPT. Teknik-teknik ini sesuai untuk pelajar di peringkat sekolah Rendah, Menengah, Kolej dan juga Universiti. Program Mengurus Bakat & Prestasi Diri yang dijalankan oleh saya mempunyai modul yang tersendiri. Program Pelatihan ini digelar sebagai RESPQ dan telah diajar kepada lebih 1000 peserta dari pelbagai peringkat usia.

Program yang menggabungkan teknik-teknik psikolinguistik dan psikospiritual ini telah memberikan impak maksima keatas individu yang hadir dalam siri pelatihan yang saya anjurkan.

Selamat Berprestasi Unggul Untuk Anda !!!

Monday, July 13, 2009

Kem Remaja SPIES Tonggak Perpaduan Kaum


Isnin,13/07/2009:-
Baru-baru ini bertempat di Nur Lembah Pangsung, Hulu Langat Selangor telah berlangsung Kem Remaja SPIES Negeri Selangor yang melibatkan peserta remaja berumur 13 hingga 17 tahun. Mereka terdiri daripada pelbagai sekolah dari Dun Pandamaran Klang. Program yang dijalankan selama 2 hari 1 malam bermula pada 11/07/2009 hingga 12/07/2009 telah dianjurkan dibawah Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Insan, Negeri Selangor dengan kerjasama perunding Smart Excel Consultant. Program SPIES yang telah dirangka oleh kerajaan negeri Selangor ini adalah bermatlamatkan kearah pembangunan Spiritual, Physical, Intelektual, Emosional & Sosial golongan remaja. Pelbagai aktiviti dijalankan selama 2 hari ini bersama peserta SPIES. Antara modul latihan yang telah dijalankan oleh pihak perunding adalah taklimat SPIES, modul potensiku , strategi minda hebat dengan Neuro Linguistic Programming (NLP), aktiviti berakit, latihan dalam kumpulan bagi mencipta lagu SPIES, LDK graf kehidupanku, modul kreatif bersama kumpulan, tahsinul ibadah dan tidak dilupakan pencerdasan spiritual pada malam berikutnya dengan modul "Cemerlang Bersama 5 K". Modul latihan terhadap peserta non-muslim juga telah dijalankan berteraskan kepada nilai-nilai moral dan etika. Peserta non-muslim memberikan respon yang baik dalam perbincangan berkaitan kepelbagaian agama dan kepercayaan, nilai kekeluargaan dan tidak dilupakan bertukar-tukar bahasa antara pelbagai kaum. Rata-rata peserta memberikan cadangan agar program seperti ini dapat diteruskan kepada remaja kerana remaja adalah pewaris agama, bangsa dan negara. Tanpa remaja yang mempunyai kekuatan Spiritual, Physical, Intelektual, Emosional dan Social tidak mungkin sesebuah negara akan berada dilandasan yang cemerlang dimata dunia. Semoga impian negeri selangor untuk menjadi negeri contoh, aman dan berkebajikan melalui program pembangunan insan SPIES ini akan tercapai dengan cemerlang di bawah naungan Allah s.w.t . Program SPIES Remaja Siri ke-2 ini tamat jam 03.00 petang.
Gambar-gambar program


Sunday, July 5, 2009

Program SPIES Remaja (Asas) Negeri Selangor


Apa Itu SPIES ?
Pembangunan Modal Insan adalah aspek paling penting di dalam membina kemajuan sesebuah negeri kerana individu-individu inilah yang akan menjadi batu asas kepada pembangunan sesebuah negeri. Individu yang berkualiti akan membentuk anggota masyarakat yang berkualiti dan seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah negeri yang bertamadun dan berdaya maju.

Negeri yang maju tetapi dihuni oleh anggota masyarakat yang lemah dari segi Spritual, Emosi, Intelektual, ‘Physical’ dan Sosial akan menyebabkan bangsa atau sesebuah negeri itu hancur dan mudah untuk dijajah. Oleh itu atas keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembinaan modal insan ini, maka pihak Kerajaan Negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah merangka Model Pembangunan Modal Insan yang dikenali sebagai SPIES dalam usaha holistik untuk membina masyarakat cemerlang dan sentiasa menjadi warga masyarakat penyumbang yang produktif kepada pembangunan negeri Selangor.

Visi
Masyarakat Cemerlang yang menjadi model manusia sejagat sebagai masyarakat yang sejahtera, produktif, efektif, maju dan berdaya saing; berlandaskan nilai-nilai spiritual dan moral yang murni.

Misi
1-Menyediakan program dan latihan yang mengintegrasikan nilai spiritual dan moral bagi melahirkan rakyat yang cemerlang secara holistik;
2-Membina masyarakat yang mempunyai kepedulian sosial dan mesra alam;
3-Melahirkan masyarakat bermaruah dan berkualiti tinggi

PARA REMAJA BERUMUR 13-17 TAHUN DIALU-ALUKAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM SPIES REMAJA ANJURAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR MELALUI LAMAN WEB, spies.selangor.gov.my atau boleh MENGHUBUNGI URUSETIA SPIES REMAJA SMART EXCEL , EN NORHAFIZ 019-3895202.

ANJURAN ; KERAJAAN NEGERI SELANGOR
DIKELOLAKAN OLEH ; SMART EXCEL CONSULTANT (PERUNDING BERSEKUTU NEGERI SELANGOR)


Gambar sekitar program SPIES Siri 1

-Penyerahan Sijil Penyertaan SPIES-

-Sesi menjamu selera-

-Sesi interaktif bersama pembimbing-

-Latihan dalam kumpulan bersama fasi-

Thursday, July 2, 2009

Gambar-Gambar Program AMC

Barisan Penceramah Seminar NLP Peringkat Kebansaan 2009


1- HJ. MD TAIB MAT
Tajuk :(NLP Sepintas Lalu)
MTM Consultants Sdn. Bhd.


2-PROF. MADYA WAN ZULKIFLI BIN WAN YUSOF
Tajuk :(NLP dalam Komunikasi)
Ketua Unit Pembangunan Profesional, UTMSPACE


3- KAPT. (B) SUDIRMAN BIN HAJI AHMAD
Tajuk : (NLP dalam Sukan)


4- Zainuddin Bin Ali
Tajuk : (NLP dalam Latihan)


5- Dr. Jaafar b. Che Mat
tajuk : (NLP dalam Kepimpinan)


6- RAJA KAMARIAH RAJA HJ MOHD KHALID
Tajuk : (NLP dalam Pengurusan Stres & EQ)


7-SAMSUDIN BIN MOHAMED
Tajuk : (NLP dalam Kaunseling)

Seminar Kebangsaan Neuro Linguistic Programming 2009


Persidangan NLP Pertama Di Malaysia !!!

Pastikan anda meluangkan masa mengikuti persidangan ini. Jika anda benar-benar mahu mengetahui rahsia minda, rahsia kejayaan diri, rahsia komunikasi paling mantap, rahsia pembinaan matlamat unggul, dan berbagai rahsia lagi pastikan anda mengikuti program ini.

Buat julung kalinya satu Persidangan NLP Kebangsaan akan diadakan di Malaysia. Persidangan selama 2 hari dalam Bahasa Malaysia akan mengupas penggunaan dan aplikasi NLP dalam kehidupan seharian. Sebanyak 8 kertas kerja yang merangkumi pelbagai bidang penggunaan NLP akan dibentangkan dalam seminar tersebut.

Pengenalan
NLP atau Neuro-Linguistic Programming merupakan satu penemuan teknologi minda yang amat ampuh dan berkuasa lebih dari 30 tahun dahulu. Perakuan mengenai keberkesanan dari kaedah yang sistematik mengenai pengalaman subjektif manusia mempunyai banyak bukti. NLP adalah berasaskan pada pencontohan atau memodelkan sesuatu kecemerlangan sesuatu perkara oleh individu tertentu.

Penggunaannya semakin meluas di dunia terutama dalam terapi, perniagaan, pendidikan dan sukan. Dari penyampaian dalam Bahasa Inggeris kini ianya sedang ditunjuk cara dalam pelbagai bahasa termasuk Cina, Itali, Perancis, German, dll. Kini penyampaian dalam Bahasa Melayu sudah dilakukan di Malaysia dengan hasil yang sungguh menggalakkan.

Objektif
• Memperkenalkan dengan lebih meluas konsep dan kaedah NLP dalam Bahasa Melayu kepada masyarakat umum di Malaysia

• Mengimbas perkembangan NLP dan impaknya dalam pencapaian prestasi individu serta organisasi

• Membentuk jaringan pengamal-pengamal NLP bagi merangsang perkongsian dan percambahan maklumat mengenai NLP

• Mengupas penggunaan teknik-teknik NLP yang dapat mengembang dan meningkatkan prestasi individu

• Menjelaskan teknik dan corak-corak baru dalam persekitaran terapi yang efektif dan berkesan

Sasaran Peserta
• Pengamal-pengamal NLP
• Kaunselor
• Fasilitator
• Jurulatih Sukan
• Pengurus Sumber Manusia
• Pensyarah
• Pengetua
• Pegawai Pendidikan
• Pegawai Kerajaan
• Guru
• Eksekutif Jualan
• Pelajar
• Individu yang ingin melonjakkan kejayaan diri mereka

Hubungi
Keterangan lanjut, sila hubungi:


Sekretariat NLP 2009
Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE)
Universiti Teknologi Malaysia
40-50 Jalan Kebudayaan 1
Taman Universiti
81300 Skudai
Johor
Tel: 07-5218159 / 61 / 70
Faks: 07-5211355
E-mel: nlp2009@spaceutm.edu.my
(Pegawai bertugas: Shafinaz/Norhidayah/Nurul Aini)

Akademi NLP Malaysia
Tel : 03-55134588
Faks : 03-55134461
Seri Rohani (019-2097087)
Sharifah (019-3114754)

Kuasa Minda Bawah Sedar & Otak




Otak manusia terdiri daripada 4 bagian:

1.Otak kiri Atas,
2.Otak kiri Bawah,
3.Otak kanan atas
4.Otak Kanan bawah.

Otak Kiri secara keseluruhanya memproses segala macam angka, matematika, bahasa, Otak kiri atas juga disebut Otak Pintar. berperanan menganalisa data berkaitan Logik, Matematik, Prosedur, Realiti.Otak Kiri Bawah disebut Otak Optimis berfungsi sebagai menganalisa data berkaitan Ego, Planing, Keinginan, Kemahuan.

Otak Kanan memproses segala macam keindahan, iri seni, rasa, dan segala sesuatu yang tidak lagi bersifat verbal. Otak Kanan atas juga disebut sebagai otak Spekular berperanan menganalisa data berkaitan Sterategi, Futureristik, Sejarah, Visual dan Kreatif. Sementara Otak Kanan Bawah disebut sebagai Otak Relationship memproses data berkaitan Interpesonal, Ekspresi wajah, Komunikasi, Gaya atau Style seseorang.

Diatas merupakan sebahagian dari kemampuan dan kegunaan otak manusia yang di pergunakan ada juga yang tidak di gunakan. Menurut ahli kaji minda, walaupun otak manusia mempunyai berbagai fungsi yang berguna keseluruhan potensi penggunaan hanyalah 12%. Selebihnya kemampuan otak manusia tidak di gunakan dan di biarkan tanpa di gunakan begitu sahaja.

Para ahli menyebut yang 12% sebagai pikiran sadar (conscious mind), dan selebihnya 88% sebagai pikiran bawah sadar (subconscious mind). Antara pikiran sadar dan bawah sadar dibatasi sebuah garis filter yang disebut dengan reticular acti-vating system ( RAS ) bertujuan untuk memgimbangi seseorang itu berada di dalam situasi sedar dan sentiasa waras.

Mungkin sebahagian anda hanya mengetahui bahawa fikiran bawah sedar hanyalah berfungsi sebagai file menyimpan semua pengalaman hidup, citra diri seseorang atau hanya berfungsi sebagai bank memori, padahal potensinya jauh lebih besar dari itu. Kekuatan pikiran bawah sadar dapat dimanfaatkan untuk mencapai tujuan tiga sampai tujuh kali lebih cepat, dengan kemampuan relaksasi sebagai kekuatan tambahan.

Kesimpulanya : Semakin anda berada dalam kondisi ketenangan atau relaksasi semakin tinggilah kekuatan otak anda memproseskan maklumat. Kedua, semakin anda melatih otak anda memproses kedua bahagian otak anda maka semakin kuatlah otak anda bekerja.

Latihan melatih Otak Kiri dan Kanan



(Tuhan) yang Maha pemurah,Yang Telah mengajarkan Al Quran.Dia menciptakan manusia.Mengajarnya pandai berbicara.Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan.Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada nya.Dan Allah Telah meninggikan langit dan dia meletakkan neraca (keadilan).Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.Dan Tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.

1.Pejamkan mata anda.
2.Duduk dalam posisi bersila dengan santai dan relaks serta berwuduk.
3.Tarik nafas dari hidung, buang nafas melalui mulut 7x atau lakukan sehingga anda benar-benar relaks dan santai sekali.
3.Dalam keaadaan pejam mata. Angkatkan bola mata anda merenung ubun-ubun anda pertahan bola mata anda kearah ubun-ubun anda. Gerakan tubuh anda ke kiri dan ke kanan.
4.Lakukan berulang-ulang sehingga anda sangat santai dan relak sekali.

Dengan melakukan teknik 1 hingga 4 secara automatik tubuh anda dan otak anda menjadi sangat relak. Anda akan menghadapi masaalah yang besar jika anda menggunakan keupayaan otak untuk melakukan relaksasi dan 90% anda akan gagal.
Fakta menunjukan bahawa otak akan membuatkan tubuh menjadi sangat relaks. Kita terbalikan fakta barat ini. Gunakan teori yang di ajarkan dalam solat. Gerakan dalam solat akan membuatkan otak menjadi relak. STOP.

Dengan menggunakan fakta Islam ini, saya menganjurkan agar anda menggunakan tubuh anda ( gerakan kiri dan kanan ). Lakukan secara berterusan 5 hingga 10 minit anda 100% akan masuk kedalam keadaan relaks. Aktiviti tubuh akan menghantar otak anda menjadi relaks.
Setelah memasuki alam relaksasi atau selepas anda melakukanya selama 10 minit. Bukakan mata anda. Diam sebentar selama 30 saat. Bukalah Al Quran bacalah surah di atas. Kemudian membaca terjemahanya. Lakukan sebanyak 100x. Ingat anda harus membaca Al Quran bukan menghafalkanya dalam fikiran anda. Membaca Al Quran dan kemudian membaca terjemahanya.

Apabila anda membaca Alquran anda mula mengaktifkan otak kanan anda, kerana ayat Al Quran bermula dari arah kanan, maka otak kanan mula beberja, walaupun aktiviti membaca adalah menggunakan otak kiri. Apabila anda membaca Alquran anda akan menggunakan emosi dan perasaan. Kerana perasaan menghormati Quran dan mengagungkanya sudah tertanam dalam minda orang-orang muslim. Ini juga akan membuat perbezaan kerja otak kiri dan otak kanan.

Apabila anda membaca terjemahan pula anda akan mengaktifkan otak kiri anda. Kerana tulisan roman adalah tulisan yang bermula dari arah di sebelah kiri, maka sewajarnyalah otak kiri lebih bekerja dari otak kanan. Lakukan latihan ini setiap hari, insyaallah fikiran anda dan otak anda akan menjadi seimbang dan kehidupan anda akan menjadi semakin bahagia. Latihan ini akan menghilangkan penyakit nyanyok dan lupa. Membantu memori fikiran bekerja dengan lebih tajam.

Wednesday, July 1, 2009

Testimoni Peserta Program RESPQ


1- Pengalaman saya ketika berada di sini pada mulanya memang terasa macam nak marah.Tetapi selepas mengikuti sehingga waktu petang ia amatlah bermanfaat kepada diri saya kerana memupuk keyakinan diri dan potensi yang ada di dalam diri saya. Saya berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana menetapkan saya berada di sini. Saya juga berterima kasih kepada Puan Haniza, en Mustaqiim dan krew termasuk abang dan kakak persatuan FTSI kerana menjayakan program ini. (Peserta TKD RESPQ 2008)

2-Perbincangan yang diutarakan menarik diisi dengan keharmoniaan dan kerohanian di setiap pelajar. Niat berkongsi dengan kami pengalaman lalu membuka minda pelajar. Rasa terkilan tak sempat menghabiskan topik-topik yang menarik kerana kesuntukan masa. Semoga berjaya. Diseru ajar pelajar atau sesiapa saje yang mahukan keunggulan diri terserlah jauh dari yang biasa hadir dalam program ini. Hadir jangan tak hadir!!!(Peserta TKD RESPQ 2008)

3-Firstly, saya kagum dengan abang mus and crew sbb berjaya menarik minat saya. Selama ini saya tak suka dengar orang berceramah. Saya rasa bersyukur saya diilhamkan rasa nak pergi program nie. Maaf saya tak berani nak cakap dihadapan tapi insyallah di masa akan datang saya akan berani bercakap di hadapan orang lain. Ape pun saya ucapkan terima kasih kerana berusaha membantu saya mengubah diri saya. Program nie the best program yang saya pernah lalui. Thanks 4 everything.(Peserta TKD RESPQ 2008)

4- Penerangan jelas, meresap di kalbu. Dapat mempengaruhi minda peserta dan setiap slot menghiburkan.(Peserta TKD RESPQ 2008)

Program Tingkat Keyakinan Diri G4 FTSI


Assalamualaikum wbt.

Salam kecemerlangan pada semua peserta-peserta dan pengunjung lama blog saya. Hari ni baru sempat nak posting cerita baru.

Alhamdulillah, semalam (01/2/2009)saya baru sahaja melaksanakan program Tingkat Keyakinan Diri (RESPQ) kepada Group ke 4 pelajar-pelajar FTSI, KUIS. Rata-ratanya dapat mengikuti program dengan baik. Walaupun satu hari, sangat singkat nak buat training untuk mereka, saya rasakan ianya sebagai pembuka jalan pertama untuk melihat diri dan juga matlamat mereka sendiri. Syabas dan tahniah kepada mereka yang mengikuti program saya. Tanpa sokongan kalian, saya tidak mampu bersama anda hingga keakhirnya. Bersamalah membina kecemerlangan diri dengan AMC Enterprise.

Doakan agar pada 06 hingga 07/2/2009 ini, saya dan pasukan training AMC menyerlah jauh dari yang biasa di Yan, Kedah bersama pelajar-pelajar Uitm Kedah. Sesiapa yang berminat untuk ikuti training kami, hubungi saya ye.

Salam cemerlang dari saya Bro. Mus, principal consultant AMC
019-2044036

Latar Belakang Syarikat AMC

Latar Belakang Syarikat
PengenalanAbqari Management Consultant (kini dikenali sebagai AMC Enterprise) telah ditubuhkan pada Mei 2004. Diasaskan oleh En Mohd Mustaqiim Asmuji selaku konsultan dan jurulatih utama AMC. Ianya beroperasi di Bandar Seri Putra, Bangi (dahulu) dan pusat operasi kini adalah di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Penubuhannya berorentasikan kearah pembangunan modal insan yang menekankan aspek :-
1- Kecerdasan spiritual.2- Kecerdasan fizikal.3- Kecerdasan minda.4- Kecerdasan emosi.
5- kecerdasan bersosial.

Matlamat AMC

" Memberikan perkhidmatan latihan dan pengurusan majlis yang terbaik sesuai dengan kehendak pelanggan yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat dalam pembangunan jatidiri cemerlang, bersahsiah terpuji, dan mempunyai hubungan sosial yang baik dalam masyarakat berpandukan ilmu aqli dan naqli menerusi khidmat latihan dan rundingcara secara holistik.

Misi & Visi AMC

Menyediakan kelengkapan diri yang terbaik bagi individu dan masyarakat dalam mengharungi cabaran masa kini agar tidak alpa ditelan arus modenisasi masa kini.

Moto AMC

" Perkhidmatan tak mantop, tak usah panggil lagi. Perkhidmatan mantop, berikan peluang untuk kami menyerlah jauh dari yang biasa."

Senarai Pelanggan AMC

1- Lembaga Zakat Selangor (2006), Perunding Modul Hijrah Belia.
2- Universiti Teknologi Mara, Kedah & Melaka (2008-2009), Perunding Modul RESPQ Keyakinan Diri.
3-RA & RS Consultancy (2008), Pembina modul SPIES (Kekeluargaan), Kerajaan Negeri Selangor.
4-Pusat Pengajian Sepanjang Hayat, KUISCELL (2008), Modul SPIES Kepimpinan Siswa, Kerajaan Negeri Selangor.
5-Smart Excel Consultancy (2008), Siri Bijak Belajar teknik NLP, Asnaf Zakat Selangor.
6-RA & RS consultancy (2008), Program Minda Cemerlang di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.
7- Fakulti Teknologi Sains Informasi , KUIS (2008-2009), Program RESPQ Tingkat Keyakinan Diri dll.