Latar Belakang Syarikat
PengenalanAbqari Management Consultant (kini dikenali sebagai AMC Enterprise) telah ditubuhkan pada Mei 2004. Diasaskan oleh En Mohd Mustaqiim Asmuji selaku konsultan dan jurulatih utama AMC. Ianya beroperasi di Bandar Seri Putra, Bangi (dahulu) dan pusat operasi kini adalah di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Penubuhannya berorentasikan kearah pembangunan modal insan yang menekankan aspek :-
1- Kecerdasan spiritual.2- Kecerdasan fizikal.3- Kecerdasan minda.4- Kecerdasan emosi.
5- kecerdasan bersosial.
Matlamat AMC
" Memberikan perkhidmatan latihan dan pengurusan majlis yang terbaik sesuai dengan kehendak pelanggan yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat dalam pembangunan jatidiri cemerlang, bersahsiah terpuji, dan mempunyai hubungan sosial yang baik dalam masyarakat berpandukan ilmu aqli dan naqli menerusi khidmat latihan dan rundingcara secara holistik.
Misi & Visi AMC
Menyediakan kelengkapan diri yang terbaik bagi individu dan masyarakat dalam mengharungi cabaran masa kini agar tidak alpa ditelan arus modenisasi masa kini.
Moto AMC
" Perkhidmatan tak mantop, tak usah panggil lagi. Perkhidmatan mantop, berikan peluang untuk kami menyerlah jauh dari yang biasa."
Senarai Pelanggan AMC
1- Lembaga Zakat Selangor (2006), Perunding Modul Hijrah Belia.
2- Universiti Teknologi Mara, Kedah & Melaka (2008-2009), Perunding Modul RESPQ Keyakinan Diri.
3-RA & RS Consultancy (2008), Pembina modul SPIES (Kekeluargaan), Kerajaan Negeri Selangor.
4-Pusat Pengajian Sepanjang Hayat, KUISCELL (2008), Modul SPIES Kepimpinan Siswa, Kerajaan Negeri Selangor.
5-Smart Excel Consultancy (2008), Siri Bijak Belajar teknik NLP, Asnaf Zakat Selangor.
6-RA & RS consultancy (2008), Program Minda Cemerlang di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.
7- Fakulti Teknologi Sains Informasi , KUIS (2008-2009), Program RESPQ Tingkat Keyakinan Diri dll.
No comments:
Post a Comment