Wednesday, July 1, 2009
Testimoni Peserta Program RESPQ
1- Pengalaman saya ketika berada di sini pada mulanya memang terasa macam nak marah.Tetapi selepas mengikuti sehingga waktu petang ia amatlah bermanfaat kepada diri saya kerana memupuk keyakinan diri dan potensi yang ada di dalam diri saya. Saya berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana menetapkan saya berada di sini. Saya juga berterima kasih kepada Puan Haniza, en Mustaqiim dan krew termasuk abang dan kakak persatuan FTSI kerana menjayakan program ini. (Peserta TKD RESPQ 2008)
2-Perbincangan yang diutarakan menarik diisi dengan keharmoniaan dan kerohanian di setiap pelajar. Niat berkongsi dengan kami pengalaman lalu membuka minda pelajar. Rasa terkilan tak sempat menghabiskan topik-topik yang menarik kerana kesuntukan masa. Semoga berjaya. Diseru ajar pelajar atau sesiapa saje yang mahukan keunggulan diri terserlah jauh dari yang biasa hadir dalam program ini. Hadir jangan tak hadir!!!(Peserta TKD RESPQ 2008)
3-Firstly, saya kagum dengan abang mus and crew sbb berjaya menarik minat saya. Selama ini saya tak suka dengar orang berceramah. Saya rasa bersyukur saya diilhamkan rasa nak pergi program nie. Maaf saya tak berani nak cakap dihadapan tapi insyallah di masa akan datang saya akan berani bercakap di hadapan orang lain. Ape pun saya ucapkan terima kasih kerana berusaha membantu saya mengubah diri saya. Program nie the best program yang saya pernah lalui. Thanks 4 everything.(Peserta TKD RESPQ 2008)
4- Penerangan jelas, meresap di kalbu. Dapat mempengaruhi minda peserta dan setiap slot menghiburkan.(Peserta TKD RESPQ 2008)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment