Wednesday, July 15, 2009
Bangunkan Bakat Anda, Anda Mampu Berprestasi Unggul !
Salam kecemerlangan kepada anda yang sedang mencari kebolehan,bakat dan potensi diri.
Saya ingin menulis bagi ruangan post kali ini berkaitan pengalaman saya sejak mengendalikan program-program yang melibatkan pengurusan bakat dan prestasi diri.
Sejak 2004 lagi saya mengendalikan program-program motivasi dan bakat diri kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya melibatkan golongan remaja dan belia.
Menurut pengamatan saya, rata-rata peserta mempunyai bakat diri yang tersendiri. Akan tetapi bakat serta potensi diri yang ada kepada peserta haruslah diurus dengan efektif. Ini kerana tanpa mengurus bakat dan potensi diri dengan baik, diri kita tidak akan menikmati apa yang dikatakan sebagai Manusia Berprestasi Unggul.
Mengurus bakat serta potensi diri perlulah bermula dari pencerdasan minda. Minda yang positif akan menghasilkan tindak balas yang positif dan begitulah sebaliknya. Sebenarnya ramai dikalangan remaja dan belia samada diperingkat sekolah menengah atau IPT kurang fokus terhadap pengurusan bakat, potensi serta prestasi diri. Bila diajukan soalan" Lepas belajar di IPT, nak buat ape ?" Jawapan yang seringkali kita akan dengar adalah " Entah ye..tak tahu lagi nak wat pe...mybe kerja kot...or sambung belajar..."
Disini memperlihatkan kepada kita akan ketidakupayaan mereka untuk urus diri dari aspek pengurusan BAKAT & POTENSI DIRI. Ramai kalangan pelajar di IPT yang hebat-hebat dari segi pointer dan juga ada bakat tersendiri, akan tetapi tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin. Cuba dan terus mencuba adalah kunci kepada membangun diri dan bakat agar lebih menyerlah jauh dari yang biasa.
SENARAIKANLAH SEBERAPA BANYAK POTENSI DAN BAKAT YANG ANDA ADA, DAN BERTINDAKLAH DENGAN URUS BAKAT ANDA HINGGA MENCAPAI APA YANG ANDA HAJATI. GOOD LUCK MY BLOGGER FRIENDS!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment