Thursday, July 23, 2009
Creative Training Techniques Uji Keupayaan Trainers
Khamis,23/07/2009 :
" Banyak manfaat yang berfaedah bila saya menyertai training CTT. walaupun dah lama saya jadi trainer, rupanya ilmu kepelbagaian teknik untuk melatih peserta dalam training yang saya kendalikan masih lagi ditahap biasa."
Kata-kata diatas adalah sebahagian luahan rasa trainer yang telah menyertai Kursus Creative Training Techniques (CTT) yang dikendalikan oleh Sifu Motivator Antarabangsa iaitu En Megat Yusof Sharif dengan kerjasama Akademi Zakat Selangor(AZAS).
Bagi saya selaku trainer yang masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada sifu-sifu berkaliber, saya merasakan amatlah rugi mana-mana trainer yang terlibat dalam bidang latihan tidak mengambil kesempatan untuk menambahkan ilmu dalam mempelbagaikan cara dan teknik -teknik penyampaian latihan.
Banyak sekali yang kami dapat dalam program ini. Walaupun 12 orang sahaja yang mengikuti kursus ini, ianya memberikan impak positif keatas trainer.
Pelbagai perkara baru yang En Megat beri pada kami. Antara topik yang diajar pada kami selama 2 hari ini adalah :-
(1) Kenali "Introduction" & "Closing" yang menarik dalam latihan.
(2) Teknik Latihan Kreatif.
(3) Preparation of training delivery.
(4) Presentation skills teknik.
(5) Magic & tricks in training.
(6) 5 ways to squelch motivation.
(7) Put variety in your training
(8) Case studies, and role plays.
(9) Basic Hipnoteraphy
(10)bagaimana nak buat permainan kreatif dll.
Saya masih ingat lagi kata-kata sifu Megat " ANDA ADALAH APA YANG ADA FIKIRKAN !"
Benar dan benarlah ungkapan ini, kerana DIRI SETIAP INDIVIDU ITU ADALAH APA YANG DIA FIKIRKAN. Sekiranya dia fikir TIDAK BOLEH, itulah hakikat dirinya yang serba tidak boleh dan begitulah sebaliknya.
Makanya, kita sebagai trainer samada baru atau lama perlulah buka minda seluas-luasnya, buang perasaan ego, ketepikan perasaan malu untuk belajar. Bagi saya setiap trainer perlulah menambahkan ilmu untuk mempelajari kepelbagaian teknik ketika menyampaikan isi kandungan modul latihan agar ianya berkesan kepada peserta.
Teringat kata-kata sifu Megat, " Biarlah kITA Bodoh, tetapi jangan sombong Untuk Belajar, dan ingatlah orang yang sombong untuk belajar sebenarnya dialah orang yang bodoh untuk selama-lamanya."
Sifu Megat Sedang Menyampaikan Slot Kreatif Teknik Training
Sesi Keyakinan Diri Stail NLP
Sesi Ice Breaking " 3 statment benar, 1 statment tidak benar "
Teknik kesesuaian aktiviti selepas makan tengahari " Jambatan Tamparuli "
Teknik melihat persepsi dan bagaimana membuat lakaran persepsi.
Teknik "Lead...lead...n lead..."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment