GETARAN “GURU” BERTENAGA ?
Oleh :
Mohd Mustaqiim Asmuji, Certified NLP Master
Practitioner NFNLP-USA
Founder www.mus-mindasukses.blogspot.com
019-2044036 / kurtman20@yahoo.com
Salam Ramadan 1433H buat
para pembaca www.mus-mindasukses.blogspot.com. Ucapkan syabas dan tahniah pada
diri anda kerana “memiliki” artikel “berjiwa” santai untuk “menguatkan”
keimanan terhadap Allah s.w.t. Ini adalah satu anugerah yang Allah berikan pada
diri anda selaku pembaca budiman. Pada
pertemuan kali ini saya ingin memulakan sedikit cerita berdasarkan kepada
pengalaman saya berinteraksi dengan seorang guru di laman facebooknya. Ayatnya
seperti berikut :-
"Tersiat-siat
hati rasanya bila seorang guru kanan bukan M**** meminta mengadakan
program khas untuk pelajar M***** kerana pada pandangannya pelajar M*****
slow, jalan lambat, buat kerja lambat, dah la lambat tak tahu nak minta maaf,
keputusan peperiksaan teruk, matlamat rendah dan siap pesan pada saya
"f******, buat persediaan ye tak mahu motivasi tetapi lebih kepada
attitude/sikap pelajar M*****...", getus hati seorang insan bergelar guru.
Apa yang anda rasa
bila sudah membaca “getusan facebook” guru ini ? Agak-agaknya , jika anda
selaku seorang guru apakah reaksi pertama yang anda berikan terhadap penyataan
di atas. Jika selaku ibu bapa dan mungkin “warga PIBG”, bagaimana anda bertindak terhadap
situasi di atas ?
Bayangkan
bagaimana keadaan diatas dapat ditangani oleh kebanyakan guru diluar sana
bilamana melihat anak muridnya diperlekehkan seperti kenyataan diatas ?
Bayangkan juga bagaimana agak-agaknya kita menerima apa yang orang lain katakan
pada anak-anak murid kita dan kata-kata diatas didengari oleh mereka?
Sebenarnya
ianya adalah satu cabaran bagi mereka yang bergelar guru. Fikirkan secara lebih
meluas apa yang dikatakan oleh guru kanan itu dan anggap ianya adalah suatu
permulaan untuk kita BERFIKIR DI LUAR KOTAK PEMIKIRAN. Apa yang saya lihat dan
dapat rasakan bahawa berkemungkinan besar yang menyebabkan pelajar M*****
dikatakan slow, jalan lambat, buat kerja lambat, keputusan teruk, matlamat
rendah adalah dek kerana beberapa faktor.
Untuk
ruangan kali ini saya ingin menyentuh BAGAIMANA CARA ATAU KAEDAH PENGAJARAN
& PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DAPAT MEMPENGARUHI MINDA,EMOSI & KELAKUAN PELAJAR UNTUK BERPRESTASI
TINGGI DALAM PELAJARANNYA.
Sebenarnya bagi menjadikan seseorang pelajar itu cemerlang dari aspek pembelajaran dan sahsiah serta sikap diri, ianya juga bergantung pada peranan dan corak pengajaran & pembelajaran seorang guru. Seorang guru yang hebat berupaya “memprogram kembali cara berfikir anak-anak muridnya” secara sistematik dan dengan “menggunakan corak bahasa yang amat mempengaruhi minda pelajarnya” , guru tersebut berupaya mengarahkan pelajarnya melakukan pembelajaran yang unik sehingga dapat mencapai hasil yang luar biasa. Disinilah terletaknya peranan ilmu NLP dalam pembangunan P&P yang berkesan di sekolah mahupun di IPT.
Sebenarnya bagi menjadikan seseorang pelajar itu cemerlang dari aspek pembelajaran dan sahsiah serta sikap diri, ianya juga bergantung pada peranan dan corak pengajaran & pembelajaran seorang guru. Seorang guru yang hebat berupaya “memprogram kembali cara berfikir anak-anak muridnya” secara sistematik dan dengan “menggunakan corak bahasa yang amat mempengaruhi minda pelajarnya” , guru tersebut berupaya mengarahkan pelajarnya melakukan pembelajaran yang unik sehingga dapat mencapai hasil yang luar biasa. Disinilah terletaknya peranan ilmu NLP dalam pembangunan P&P yang berkesan di sekolah mahupun di IPT.
Pada kesempatan kali ini, saya “titip”kan satu kaedah
yang mampu digunakan oleh para guru di luar sana bagi “mempengaruhi” minda dan
kelakuan pelajar agar berprestasi tinggi dalam pelajaran iaitu KAEDAH MEMAHAMI
CARA BERFIKIR DAN BERTINDAK pelajar iaitu “Moving
Away” dan “Moving Toward”. Anda dapat tanyakan satu soalan seperti ini, “ Apa
sebab kamu belajar ?”. Dengar pada jawapannya. Mungkin pelajar A mengatakan,
“Saya belajar sebab takut gagal dalam hidup dan takut susah macam keluarga
saya. Manakala pelajar B, pula menjawab,”Saya belajar sebab mahukan masa depan
saya yang baik dan dapat manfaatkan ilmu pada orang lain”.
Mari
kita analisis berkaitan “corak komunikasi dan berfikir” kedua-dua pelajar ini.
PELAJAR A
(MOVING AWAY-MENGELAK/MENJAUHI
DARIPADA)
|
PELAJAR B
(MOVING TOWARD-MENUJU KEPADA)
|
Saya
belajar sebab takut gagal dalam hidup dan takut susah macam keluarga saya.
|
Saya
belajar sebab mahukan masa depan saya baik dan dapat manfaatkan ilmu pada orang
lain.
|
Kesan jangka pendek : Pelajar ini belajar sungguh-sungguh dan masih
lagi memikir soal “takut gagal” dan “takut susah”. Berjaya kerana “takut
gagal”.
Kesan jangka panjang : Pelajar ini akan hadapi “kesakitan” mental dan
fizikal. Mudah murung, tenaga pembelajaran semakin “tak bermaya”, fokus
terhadap pembelajaran semakin”kurang”.
|
Kesan jangka pendek : Pelajar ini belajar dengan penuh bertenaga dan
mudah fahami apa yang dipelajar.
Kesan jangka panjang : Dia bersikap proaktif dan matlamatnya semakin
hari semakin “jelas”. Daya fokus terhadap pembelajaran semakin tinggi.
|
TINDAKAN & KELAKUAN
|
|
Pelajar
ini dapat juga capai kejayaan dalam
“kesakitan” dan jika keterlaluan menggunakan kaedah berfikir “moving away” ,
ia akan memberikan kesan terhadap tindakan dan perilakunya pada masa hadapan.
Mungkin akan terasa kesakitan (pain) yang melampau dalam mengecapi kejayaan
hidupnya. Fokus pembelajarannya adalah berorientasikan MASALAH (PROBLEM
SOLVER)
|
Tindakan
pelajar ini akan mengarah kepada MATLAMAT dan hasil yang dia peroleh adalah
di tahap memuaskan dirinya. Dia bergerak lebih proaktif dan memacu
pelajarannya dengan baik. Fokus pembelajarannya adalah berorentasikan
PENCAPAIAN (GOAL ORIENTED)
|
Mari kita sama-sama lihat gambarajah di bawah ;
Pelajar Belajar Dalam Keadaan Minda "MENGELAK DARIPADA"
Pelajar Belajar Dalam Keadaan "MENUJU KEPADA"
Bila
anda sudah mengetahui berkaitan cara atau pola berfikir dan motivasi diri
berbentuk “moving away” dan “moving toward”, maka apa yang anda perlu lakukan
ke atas pelajar anda ketika melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang “mempengaruhi” cara mereka berfikir dan bertindak ? Jawapannya
adalah semudah “kacang” sahaja. Anda dapat “susun” kembali “ayat-ayat” yang
mereka ucapkan itu dan beri kesan ke atas “gambaran” minda mereka. Kedua-dua
ayat di atas perlu digabungkan dalam “komunikasi” harian mereka untuk dapatkan
“keputusan” yang maksimum ke atas prestasi pembelajaran mereka. Ayat
gabungannya adalah “Saya belajar sebab takut gagal dalam hidup dan takut susah macam
keluarga saya. Maka, mulai hari ini dan seterusnya saya mahukan masa depan
saya baik dan dapat manfaatkan ilmu pada
orang lain.” . Kata-kata yang diungkap melalui “ayat” ini adalah satu
sumpahan “doa” yang ajaib pada minda separa sedar mereka. Ia juga sebagai satu
kaedah “memprogram kembali cara berfikir dan bertindak” seseorang untuk dapat
apa yang dia mahukan.
Sebab
itu ramai “guru” di “luar negara” telah “mengaplikasi” kaedah-kaedah NLP
dalam bidang pendidikan (P&P). Antara manfaatnya adalah :-
1-
Mencari kaedah baru P&P yang kuat, mudah dan praktikal bagi
mempengaruhi pelajar untuk melonjakkan prestasi pembelajaran
mereka secara santai.
2- Mengembangkan
pemahaman yang lebih jitu terhadap gaya belajar yang berbeza bagi
setiap pelajar.
3- Menjadi lebih berkeyakinan dan
mampu menangani pelajar sukar ( High Risk).
4- Meningkatkan semangat ingin
tahu berkobar-kobar dikalangan pelajar agar belajar secara rilek,santai
dan seronok.
5- Menikmati cara mengurus MINDA, TUBUH dan
EMOSI diri pelajar untuk berprestasi tinggi dalam pelajarannya.
6- Mengurangkan tahap stress di kalangan pelajar
dan guru secara mudah dan berkesan.
7- Menjadi lebih kreatif, imaginatif dan
merangsang dalam persembahan pelajar di khalayak ramai.
8- Memiliki kegembiraan yang unik dan tersendiri
ketika mengalami suasan pembelajaran di sekolah.
Jadi, sekarang
ini saya ingin meninggalkan beberapa ”persoalan” untuk anda fikirkan selaku
pembaca yang mengamati isu ini dengan lebih realistik . Banyak persoalan
bermain di minda anda kan ? Mari kita lihat, dengar dan rasakan
”tujahan-tujahan” soalan ini :-
1- Adakah anda dan mungkin saya telah dan sedang
mencari kaedah terbaru P&P yang kuat dan berkesan bagi mempengaruhi minda
dan sikap pelajar hingga pelajar dapat capai apa yang dingininya dan guru
berasa lega dengan prestasi anak-anak muridnya ?
2- Adakah anda dan saya telah dapat mengembangkan
pemahaman yang lebih jitu terhadap gaya belajar pelajar di sekolah ?
3- Adakah anda dan saya menjadi
lebih berkeyakinan dan mampu menangani pelajar sukar( High
Risk) bila berada di sekolah ?
4- Adakah anda dan saya telah dapat
meningkatkan semangat ingin tahu berkobar-kobar dikalangan
pelajar agar belajar secara rilek,santai dan seronok di sekolah ?
5- Mahukah anda selaku seorang
guru menikmati cara mengurus MINDA, TUBUH dan EMOSI diri anda
sewaktu mengajar agar anak murid anda dapat berprestasi tinggi dalam
pelajarannya ?
6- Mahukah anda
selaku seorang guru mengurangkan tahap stress anda secara mudah,
berkesan dan semulajadi kerana ianya berada dalam diri anda ?
7- Mahukah anda
selaku seorang guru menjadi lebih kreatif, imaginatif dan merangsang pelajar
untuk lebih berani tampil ke hadapan untuk melakukan persembahan di dalam kelas
secara lebih mengujakan ?
8- Mahukah anda
selaku seorang guru memiliki kegembiraan yang unik dan tersendiri ketika
mengajar di sekolah anda ?
Katakan YA pada
soalan diatas dan melalui pengalaman NLP untuk kegunaan GURU dapat menunjukkan
cara bagaimana secara praktikalnya anda dapat alami saat P&P yang
menyeronokkan ketika anda mengajar dan akhirnya terserlah “rahsia getaran guru bertenaga” menangkis
kata-kata " pelajar M***** slow, jalan lambat, buat kerja
lambat, dah la lambat tak tahu nak minta maaf, keputusan peperiksaan teruk,
matlamat rendah dan siap pesan pada saya *******, buat persediaan ye tak mahu
motivasi tetapi lebih kepada attitude/sikap pelajar M*****". WALLAHU'
ALAM.
KLIK VIDEO INI .......
BELAJAR SERONOK, KELAKUAN PUN IKUT SERONOK !
No comments:
Post a Comment