SINOPSIS
Pengaturcaraan Neuro-Linguistik (NLP)
Neuro Linguistik Programming (NLP) telah dibangunkan di Universiti Santa Cruz California, US pada tahun 1970-an. Pengasas dan pengarang utama ialah Richard Bandler, seorang pelajar (pada mulanya) bidang matematik dan sains komputer, manakala John Grinder, merupakan seorang profesor dalam bidang linguistik. McLendon (1989) menerangkan kemunculan NLP antara 1972 dan 1981.
NLP telah mencapai populariti sebagai "satu kaedah untuk komunikasi dan pembangunan peribadi". Ia digunakan oleh pengamal profesional di pelbagai bidang seperti pengurusan, kejurulatihan, kejurujualan profesional, penyelidik pasaran, kaunselor, perunding, kedoktoran, peguam dan banyak lagi. Terdapat keperluan untuk aktiviti penyelidikan ini dan Persatuan UK untuk NLP telah menyenaraikan lebih daripada 50 buah organisasi latihan NLP. Laman web Persatuan Jurulatih NLP Antarabangsa (INLPTA) mempunyai penyenaraian tenaga pengajar di Austrlia, Denmark, Perancis, Jerman, Belanda, Sweden, Switzerland dan Turki (dan di negara-negara lain di seluruh dunia). Manakala di Malaysia, pusat rujukan utama pembelajaran dan kajian berkaitan bidang NLP adalah melalui Akademi NLP Malaysia
MENGAPA PERLU KAJIAN "ILMIAH" DARI WARGA MALAYSIA ?
1- Bidang ini masih lagi baru di Malaysia dan ianya "berpotensi" untuk dijadikan sebagai "penyelidikan" ILMIAH jangka panjang.
2- Tesis yang ditulis secara "serius" dalam bidang ini di Malaysia "tiada" berbanding di luar negara. Maka, para "penyelidik" dari mana-mana universiti di Malaysia mampu "menghasilkan" karya tesis mereka "tersendiri" dan "unik" melalui bidang masing-masing.
3- Keperluan pada "pembangunan sumber daya manusia" di Malaysia semakin mendapat tempat di sanubari warga Malaysia. Maka, ianya "memerlukan" metodologi-metodologi terkini dan unik yang perlu diterokai oleh para penyelidik secara "ilmiah dan praktikal".
APAKAH MANFAAT "BESAR" KAJIAN INI PADA WARGA MALAYSIA ?
1- Menghasilkan satu bentuk "karya" ilmiah yang "unik" dan "lain" daripada yang lain. "PERBEZAAN yang MEMBEZAKAN HASIL PENCAPAI SESEORANG".
2- Ubah PERSEPSI bahawa ilmu ini perlu di pelajari oleh kita dan disesuaikan dengan "keadaan" semasa warga Malaysia.
3- Dapat menyuburkan lagi BUDAYA CINTAKAN ILMU PENGETAHUAN di kalangan warga Malaysia khasnya dari golongan profesional universiti.
APAKAH "SKOP" KAJIAN YANG BOLEH DIKAJI OLEH PARA PENYELIDIK ?
BIDANG PENDIDIKAN :
1- NLP dalam meningkatkan keupayaan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) di sekolah & IPT.
BIDANG KESUKANAN :
1- NLP dalam kejurulatihan sukan & atlet.
BIDANG DAKWAH :
NLP ; Strategi Komunikasi Pendakwah Unik Masa Kini.
BIDANG KAUNSELING / PSIKOLOGI / TERAPI :
1- Intervansi NLP Dalam Kaunseling ; Teori & Praktikal
2-Menangani Kes Kecelaruan Berfikir Di Kalangan Remaja ; Pendekatan NLP.
BIDANG PENGURUSAN SUMBER MANUSIA :
1- NLP dalam Pengurusan Sumber Manusia ; Kaedah & Amalan.
BIDANG PENGURUSAN RUMAH TANGGA :
1- NLP ; Strategi Mengekalkan Hubungan Suami & Isteri Dalam Rumah Tangga.
BIDANG KEJURULATIHAN PERIBADI (PERSONEL) :
1- NLP ; Strategi Melonjakkan Prestasi Diri Dalam Masa 25 Jam (Kaedah & Amalan).
BAGAIMANA DENGAN SUMBER RUJUKAN PENYELIDIKAN ?
Dibawah ini adalah antara buku-buku sumber rujukan para penyelidik. Sumber rujukan dalam bahasa melayu adalah "terhad" dan memerlukan sumber rujukan berbahasa inggeris.
Buku Pengamalan NLP dari www.akademinlp.com
Penulis : Md Taib Mat, Akademi NLP Malaysia.
NLP Untuk Guru dari www.akademinlp.com
Penulis : Md Taib Md & Jasmi Bahrim
Apakah NLP ? www.jayabakti.com
Penulis : Lin Chatterton
Aura Intuisi NLP by IST Book Sdn Bhd
Penulis : YM Raja Kamariah Raja Mohd Khalid
NLP At Work by Sue Knight
Boleh Didapati Di Kinokuniya, KLCC.
Terapi Berfikir Positif by Dr Ibrahim Elfiky
Doleh di dapati di Pustaka Gramedia Indonesia.
Guide To Trance-formation (Paul McKenna)
Boleh didapati di Kinokuniya KLCC.
SIAPA PERLU LAKUKAN "PENYELIDIKAN" INI ?
1- Pelajar dari peringkat ijazah sarjana muda , master dan phd dari mana-mana universiti tempatan.
* Bergantung kepada perbincangan dengan penyelia latihan ilmiah anda dan juga pakar dalam bidang NLP.
BILA "PENYELIDIKAN" INI BOLEH ANDA MULAKAN ?
Mulai SEKARANG ! itu pun jika anda "percaya" bahawa ilmu ini dapat berikan "manfaat" pada diri dan pembaca "kajian ilmiah" anda.
BAGAIMANA ANDA SEBAGAI "PENYELIDIK" BOLEH MELAKUKAN KAJIAN ILMIAH INI ?
Hubungi terus www.akademinlp.com untuk maklumat lanjut atau anda boleh melakukan kajian ilmiah ini dengan pihak kami (Smart Excel Consultant). Untuk temujanji & perbincangan penyelidikan, hubungi 019-2044036 (Mr Mustaqiim) & 019-3897580 (Mr Khaeril Anuar).
KLIK VIDEO INI !
No comments:
Post a Comment