Sunday, July 5, 2009

Program SPIES Remaja (Asas) Negeri Selangor


Apa Itu SPIES ?
Pembangunan Modal Insan adalah aspek paling penting di dalam membina kemajuan sesebuah negeri kerana individu-individu inilah yang akan menjadi batu asas kepada pembangunan sesebuah negeri. Individu yang berkualiti akan membentuk anggota masyarakat yang berkualiti dan seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah negeri yang bertamadun dan berdaya maju.

Negeri yang maju tetapi dihuni oleh anggota masyarakat yang lemah dari segi Spritual, Emosi, Intelektual, ‘Physical’ dan Sosial akan menyebabkan bangsa atau sesebuah negeri itu hancur dan mudah untuk dijajah. Oleh itu atas keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembinaan modal insan ini, maka pihak Kerajaan Negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah merangka Model Pembangunan Modal Insan yang dikenali sebagai SPIES dalam usaha holistik untuk membina masyarakat cemerlang dan sentiasa menjadi warga masyarakat penyumbang yang produktif kepada pembangunan negeri Selangor.

Visi
Masyarakat Cemerlang yang menjadi model manusia sejagat sebagai masyarakat yang sejahtera, produktif, efektif, maju dan berdaya saing; berlandaskan nilai-nilai spiritual dan moral yang murni.

Misi
1-Menyediakan program dan latihan yang mengintegrasikan nilai spiritual dan moral bagi melahirkan rakyat yang cemerlang secara holistik;
2-Membina masyarakat yang mempunyai kepedulian sosial dan mesra alam;
3-Melahirkan masyarakat bermaruah dan berkualiti tinggi

PARA REMAJA BERUMUR 13-17 TAHUN DIALU-ALUKAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM SPIES REMAJA ANJURAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR MELALUI LAMAN WEB, spies.selangor.gov.my atau boleh MENGHUBUNGI URUSETIA SPIES REMAJA SMART EXCEL , EN NORHAFIZ 019-3895202.

ANJURAN ; KERAJAAN NEGERI SELANGOR
DIKELOLAKAN OLEH ; SMART EXCEL CONSULTANT (PERUNDING BERSEKUTU NEGERI SELANGOR)


Gambar sekitar program SPIES Siri 1

-Penyerahan Sijil Penyertaan SPIES-

-Sesi menjamu selera-

-Sesi interaktif bersama pembimbing-

-Latihan dalam kumpulan bersama fasi-

No comments:

Post a Comment