Thursday, October 29, 2009

Emosi dan Hukum Ketertarikan (LOA)


Khamis,29/10/2009 :Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?
Kali ini saya berkata mengenai kaitan emosi dengan Law Of Attraction. Jika Anda gagal mengawal emosi, maka Anda gagal mengawal minda dan seterusnya memanfaatkan LOA (saya singkatkan dari Law Of Attraction) ke jalan yang salah.

Jika Anda bermasalah dan selalu layan masalah tu, lebih banyak masalah yang akan timbul. Kerana, apa yang tergambar di dalam minda Anda hanyalah diri Anda dan bermasalah dan apa yang tersimpan dalam sukma rasa hati Anda hanyalah perasaan tak puas hati kerana Anda sering bermasalah.Tak lain tak bukan, masalah, masalah dan masalah.

Ada juga yang sampai ke tahap lebih ekstreme, menyalahkan Yang Maha Esa dan menyalahkan takdir kerana memberikan mereka masalah. Selain itu, ada juga yang berkata Tuhan tak memakbulkan doa mereka walaupun dah berda sebanyak yang mungkin.

Selagi Anda masih berada di dalam emosi negatif dan sentiasa memikirkan masalah, Anda takkan pernah keluar dari masalah. Mengapa? sebab Anda memilih untuk tidak mencari jalan penyelesaiannya.

Untuk mula berlatih mengawal emosi, ada banyak cara. Jika Anda ada cara tersendiri, kongsikan di ruang email abqarimanagementconsultant@yahoo.com

Bagi diri saya, untuk mengawal emosi kita perlu mengawal hati terlebih dahulu. Dulu saya juga seorang yang cepat marah, cepat tak puas hati dan cepat rasa tertekan bila masalah melanda. Masalah yang menjadikan saya amat tertekan adalah berkaitan kewangan. Wang tak cukup macamana nak beli barang keperluan harian ? Itu dulu, sekarang ni masalah ini telah dapat diselesaikan dengan cara TIDAK PERLU MEMIKIRKAN MASALAH YANG MELANDA, MALAH PERLU MEMIKIRKAN BAGAIMANA CARA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH KEWANGAN SAYA DAN AKHIRNYA SAYA DAPAT MENEMUKAN JALAN PENYELESAIANNYA.

Saya tundukkan amarah hati dengan menuliskan kesemua sikap yang saya nak kurangkan tu di atas kertas dan saya tengok tiap hari. Selain tu, saya amalkan zikir untuk mendidik hati. Sebagai tambahan, saya melakukan meditasi pendek dua kali sehari untuk mendapat ketenangan. Selain itu wajar berfikiran begini , iaitu REZEKI PERLU DICARI WALAU APA MASALAH YANG TERJADI PADA DIRI. ALLAH PEMBUKA REZEKI. ALLAH JUGALAH PEMBERI RAHMAT DAN RAHIMNYA PADA HAMBANYA YANG BENAR-BENAR IKHLAS MENCARI REZEKI KERANANYA.

Bila hati di latih untuk tenang, Anda akan bebas dari sikap negatif dan pemikiran negatif dan anda dapat mengawal emosi dengan lebih baik. Anda akan mampu mengawal rasa nak marah dan mampu bertenang walau macam mana tertekannya Anda dalam situasi meruncing.

Sebab itu ramai pakar pembangunan diri mencadangkan supaya Anda sentiasa bertenang setiap masa kerana minda lebih senang bekerja bila Anda sudah berada di dalam emosi yang tenang.

Apa pula kena mengena antara emosi dengan LOA? Emosi dan imaginasi merupakan elemen utama LOA untuk mempercepatkan apa yang Anda mahukan. Bahkan, LOA mudah menarik apa yang Anda inginkan bila Anda berada di dalam emosi gembira, ceria dan bertenaga.

Imaginasi Anda lebih ‘power’ jika digabungkan dengan elemen perasaan yang lahir dari emosi dalam hati Anda (apa jua emosi). Saya ambil contoh di atas tadi, iaitu diri Anda yang di landa masalah.

Selalunya, ramai orang bila di landa masalah akan cenderung untuk memikirkan masalah tu saja. Selain tu ditambah lagi dengan rasa tertekan, tak puas hati, geram dan sakit hati kerana masalah tu tak lagi selesai.

LOA bertindak serta merta dan takkan pernah 'lari timing' seperti juga hukum graviti. Jadi, bila Anda sudah selalu memikirkan masalah, LOA akan menarik lebih banyak masalah kepada diri Anda. Kesannya, Anda akan berjumpa dengan situasi-situasi buruk, orang-orang yang berperangai buruk dan benda-benda yang menyebabkan Anda lebih bermasalah jadinya.

Jadi, jangan pernah membiarkan diri Anda di kawal oleh masalah. Anda boleh mengakhiri masalah yang melanda jika Anda mencari jalan penyelesaian dan membayangkan yang masalah Anda itu sudah berakhir.

Lihat diri Anda di dalam gambaran mental sebagai orang yang bebas dari masalah dan hadirkan kegembiraan kerana masalah yang membebankan Anda sudah berakhir. Tidak kira cemana besarnya masalah Anda, ia tetap boleh di selesaikan jika Anda menumpui pada jalan penyelesaian.

Ada hikmah di sebalik setiap masalah yang melanda sebenarnya, jika Anda mengkaji dengan cukup mendalam dan mencari elemen-elemen positif di dalam masalah tu. Bila Anda bermasalah ada lagi orang yang lebih bermasalah dari Anda, cuma Anda saja yang tak tahu.

Tapi, bila Anda sudah bebas dari masalah, bersyukur dan panjatkan pujii-pujian kepada Yang Maha Esa kerana memberi Anda petunjuk (melalui idea, gerak hati dan cetusan ilham). Kita diberi masalah kerana Allah s.w.t. mahu mendengar suara kita memuji-muji namanya.

Akhir kata, emosi dan imaginasi boleh dipergunakan untuk apa saja tujuan. Ia bergantung pada Anda, mind setting Anda, attitude, skill dan pengetahuan Anda.

Minda dan imaginasi adalah kurniaaan Yang Maha Esa dan mempunyai kuasa tak terhingga. Ia boleh digunakan sama ada untuk mencipta kecemerlangan atau untuk memusnahkan kecemerlangan sedia ada.

Masukkan apa yang Anda mahu dalam imaginasi dan apa sematkan yang Anda nak jadi dalam hati, bayangkan selalu dan kemudian bersedia kerana ia boleh berlaku bila-bila masa. Satu lagi, Anda perlu konsisten melakukannya.
Lebih jelas Anda imaginasikannya, lebih senang untuk LOA menarik apa yang Anda mahukan.

Mufakkir ilayyih :
Mohd Mustaqiim Asmuji
Trainer AMC

No comments:

Post a Comment