Tuesday, October 27, 2009

Shariah Compliance Officer ; Susah Nak Dapat Calon ?


Selasa,28/10/2009 : Semalam (27/10/2009) bertempat di Dewan auditorium Sirim, Shah Alam telah berlangsung Seminar berkaitan dengan MS 1900 :2005 Quality Management Systems Requirements from Islamic Perspective bermula jam 09.00 pagi hingga 01.00 tengahari.
Seminar ini berlangsung selama setengah hari dan para peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dan organisasi. Pembentangan berkaitan topik pengurusan kualiti melalui perspektif islam ini amat menarik minat saya. Pelbagai isu baru dalam pengurusan kualiti melalui perspektif Islam diungkai satu persatu oleh Cik Hanida Ghazali, selaku Trainer Sirim QAS International Sdn Bhd. Antara penekanan yang diberikan sewaktu beliau memberikan ceramahnya iaitu berkaitan dengan pengawasan syariah di dalam sesebuah organisasi. MS 1900 :2005 ini lebih menekankan kepada pengawasan syariah di dalam pengurusan kualiti yang mengandungi 5 asas penting ( Khamsah daruriah) iaitu :-
1- Mempertahankan agama.
2-Mempertahankan jiwa.
3- Mempertahankan intelektual.
4- Mempertahankan maruah diri.
5- Mempertahankan harta benda.
Secara keseluruhannya, MS1900 : 2005 base on MS ISO 9001:2000 , walaubagaimanapun ianya dicantikkan lagi dengan penambahan elemen-elemen Islam agar ianya berjalan seiring dengan kehendak organisasi pada masa kini. Maka pengawasan syariah amat dititik beratkan di dalam sesebuah organisasi seperti organisasi yang mengeluarkan makanan dan sudah pastilah unsur halal haram amat dititik beratkan di dalam pengeluaran sesuatu produk seperti makanan.
Justeru, apa yang menarik minat saya dalam perbincangan ketika menghadiri seminar ini adalah, isu kekurangan calon dari bidang syariah untuk mengisi jawatan Syariah Compliance Officer (Pegawai Pengawasan Syariah). Rata-rata wakil organisasi yang hadir mengutarakan soalan "SUSAH NAK DAPAT PEGAWAI PENGAWASAN SYARIAH DI ORGANISASI MEREKA".
Bila saya amati isu ini, sebenarnya tidak susah untuk mencari calon untuk mengisi jawatan ini dan bukan mudah juga untuk mendapatkannya. Walaubagaimanapun saya melihat, bahawa untuk mendapatkan graduan lulusan syariah untuk menawarkan diri sebagai calon Pegawai Pengawasan Syariah adalah memerlukan perancangan yang sistematik. Mungkin melalui cara pihak Sirim membuka ruang kepada mana-mana universiti yang mempunyai graduan atau bakal graduan semester akhir yang mengambil jurusan syariah, tak payah banyak just offer 20-30 orang sahaja untuk buat pilot projek. Dah dikumpulkan mereka, buat training khas untuk mereka selama 3 hari 2 malam dengan kerjasama konsultan bidang pembangunan sumber insan. Dalam training tu, pengisiannya adalah modul jatidiri,keyakinan diri,imej diri, kekuatan daya berfikir (kreatif dan kritis), problem solving, kemahiran komunikasi, pendedahan berkaitan dengan apa itu Shariah Compliance Officer , bidang tugas SCO, pendedahan berkaitan dengan apa itu Sistem pengurusan Kualiti melalui perspektif Islam, mengapa perlu graduan lulusan syariah untuk involve sebagai SCO dalam organisasi yang memerlukan Shariah Compliant, dan pada akhir training peserta yang berminat untuk menjadi calon SCO terus mendaftarkan diri kepada pihak SIRIM. (Sekurang-kurangnya ini adalah langkah pertama untuk Sirim memperoleh calon SCO)
Stage ke-2 pula, bila calon ini dah tahu kepentingan dan pendedahan mengapa dan kenapa mereka selaku graduan syariah perlu involve sebagai SCO, maka graduan yang berminat perlu mengikuti satu lagi training khas selama 5 hari yang dianjurkan oleh SIRIM. Kali ini trainingnya berbeza dengan training pertama iaitu pada training ke-2 ini lebih menjurus pada :-
1- The concept of shariah.
2- The objective of shariah.
3- The components of Fiqh.
4- The sources of shariah.
5- The five rulling of fiqh
6- The concept of Islamic Management.
Pada akhir training ke-2 ini, calon akan menduduki ujian samada bertulis atau lisan untuk memastikan agar calon SOC benar-benar menguasai ilmu dan kemahiran yang diberikan selama dalam kursus. Lepas tu barulah pihak SIRIM dapat menjalankan interview untuk memilih calon yang sesuai untuk jawatan SOC.
Ini adalah langkah pertama untuk pihak SIRIM mengeluarkan SOC untuk mana-mana organisasi yang memerlukan SOC.Maknanya SIRIM dah ada kumpulan graduan yang berkelayakan sebagai SOC untuk diberikan kepada organisasi yang memerlukan. Sekurang-kurangnya ianya adalah LANGKAH PERTAMA SIRIM dalam mencari dan meramaikan pegawai SOC.
Insyaallah, sekiranya diberikan peluang ini pada graduan lepasan syariah IPTA/S, mereka akan bersama untuk membantu SIRIM dan organisasi yang memerlukan khidmat SOC. YANG PENTING, BERIKAN PENDEDAHAN AWAL KEPADA MEREKA (LEPASAN GRADUAN) DALAM BIDANG INI, INSYALLAH MEREKA AKAN BERSAMA MEMBANTU KITA DAN TIADA LAGI PERKATAAN YANG BAKAL TERKELUAR DARI MULUT KITA " SUSAH NAK DAPAT CALON SOC". TQ.

Idea fakir illallah...
Mohd Mustaqiim Asmuji
Trainer AMC Consultant
019-2044036

No comments:

Post a Comment