Thursday, June 16, 2011

RAHSIA MUDAH MENJUAL -KAEDAH NLP ?

" RAHSIA MUDAH MENJUAL –KAEDAH NLP "
Oleh :
Mohd Mustaqiim bin Asmuji
Pengarah Urusan Smart Excel Consultant)
(Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA)

" Jual ! Jual ! Jual !. Mari sini adik kakak ! Harga runtuh punya ! Dapatkan segera selagi stok masih ada. ", ujar Mohammad kepada pelanggan yang lalu lalang di kedai kasutnya. Hari ini jualannya laris sekali. Kasut yang dibuat dengan rekaannya sendiri mendapat tempat dimata pelanggan. Saya tertanya-tanya apakah rahsia disebalik "larisnya' jualan kasut syarikat Mohammad ini. Setelah saya memerhati apakah faktor dan rahsia yang menyebabkan produk keluarannya itu laris macam goreng pisang adalah :-

Rahsia Pertama

Beliau amat mesra melayan pelanggannya. Setiap kali pelanggan melangkah masuk ke kedainya dia pasti bertanya , “Apa yang boleh saya bantu anda ?”. Selepas itu beliau memulakan perbualan ringan dengan pelanggannya hingga seolah-oleh pelanggan barunya itu sudah lama mengenali beliau. Dalam ilmu Neuro linguistic Programming kaedah ini dinamakan sebagai membina Rapport atau dalam bahasa paling mudah adalah membina hubungan. Building Rapport, suatu teknik yang anda perlu lakukan dengan cara mengatur suara & postur tubuh anda agar sama dengan pelanggan sehingga pelanggan dapat merasa selesa bila berkomunikasi dengan anda. Ianya juga mempercepatkan proses jualan anda terhadap klien. Kaedah ini bukan sekadar dapat digunakan dalam bidang perniagaan akan tetapi dapat digunakan juga dalam urusan kerja seharian khususnya berkaitan dengan aspek komunikasi sosial.

Gambarajah diatas menunjukkan bagaimana untuk menggunakan Rapport dalam komunikasi khususnya ketika membuat jualan.

Rahsia Kedua

Beliau amat peka dengan gaya bahasa yang digunakan oleh pelanggannya. Gaya bahasa yang dimaksudkan adalah bersifat deria iaitu Visual, Auditori dan Kinestetik atau dalam bahasa spesifiknya adalah Bahasa Deria NLP. Kaedah ini amat ampuh digunakan dalam jualan seperti yang digunakan oleh Mohammad. Bagaimana bahasa deria VAK ini dapat mempengaruhi pelanggan untuk membuat keputusan samada mahu membeli barang anda atau tidak ? Apakah yang bahasa deria ini dapat berikan pada anda dalam menyingkatkan pusingan jualan anda ? Apakah ianya memberikan manfaat pada diri dan pelanggan anda ? Apa yang pentingnya bila bahasa deria ini dapat diaplikasi dalam membuat jualan yang mempengaruhi minda pelanggan ? Bagaimana untuk gunakannya ? Adakah anda sudah bersedia untuk mengetahui rahsia penggunaan bahasa berasaskan deria ini dalam membuat jualan mempengaruhi klien anda ? Bagus. Mari kita lihat apa yang dilakukan oleh Mohammad dalam melakukan jualan mempengaruhi tak sampai 5 minit.

Mohammad : Apa yang boleh saya bantu anda ?
Ayu : Saya nak beli kasut yang kilang anda keluarkan tu. Kasut jenama Gorges. Saya LIHAT iklan kasut anda di majalah sukan keluaran bulan Mei lepas. Ianya amat CANTIK. Dah lama saya inginkannya. Saya DENGAR juga keistimewaan kasut Gorges ini dari kawan saya.
*Perhatikan bahasa deria yang digunakan oleh Ayu tatkala berkomunikasi dengam Mohammad. Bahasa deria yang beliau gunakan adalah LIHAT (VISUAL), CANTIK (VISUAL), DENGAR (AUDITORI).

Mohammad : Oh, kasut jenama Gorges tu ya. Mari saya LIHATKANNYA pada anda. Ianya amat CANTIK. Saya DENGAR juga keistimewaan kasut Gorges ini bila pelanggan saya sudah memilikinya. (Sambil Mohammad mengambil kasut Gorges ini dan memberikan pada pelanggannya). Sekarang ni, anda PAKAIKANNYA di kaki anda. Anda KELIHATAN CANTIK bila sudah MEMAKAINYA. Kemudian bila dah PAKAI, pergi LIHAT dicermin sana. Anda akan PUAS hati bila LIHAT kaki anda PAKAI kasut ini.
*Perhatikan bahasa deria apakah yang sedang digunakan oleh Mohammad dalam mempengaruhi minda pelanggannya untuk membeli dan memiliki kasut itU ? Biar anda berikan jawapannya sendiri.
1- Mari saya LIHATKANNYA pada anda . Jawapan anda :__________________________
2- Ianya amat CANTIK . Jawapan anda :_______________________
3- Saya DENGAR juga……….. . Jawapan anda ;______________________
4- Sekarang ini anda PAKAIKANNYA……. Jawapan anda :_________________________
5- Anda KELIHATAN CANTIK. Jawapan anda :______________________________
6-Bila sudah MEMAKAINYA. Jawapan anda ;_____________________________
7- Bila dah PAKAI. Jawapan anda :____________________________
8- Anda akan PUAS hati. Jawapan anda :________________________
9- LIHAT kaki anda PAKAI kasut itu . Jawapan anda :_____________________________

Ayu : Ok. Saya pakai sekarang. Wah, cantiknya. Saya beli yang ini ya.
Mohammad : Baiklah. Anda buat pembayarannya di kaunter sana ya. Terima kasih.
(Ayu pun terus pergi ke kaunter pembayaran dan melakukan transaksi pembelian kasut gorges itu. Dia keluar dari kedai kasut itu dengan wajah yang ceria dan seronok.)

Penggunaan bahasa Deria VAK NLP dapat mempercepatkan komunikasi jualan anda tak sampai 5 minit !

Wow ! Apa yang mempercepatkan proses penjualan kasut itu ya ? Rahsianya terletak pada bagaimana Mohammad menggunakan bahasa deria VAK dalam komunikasi mempengaruhi pelanggan saat melakukan jualannya. Jualan yang hebat adalah bermula dari MEMBINA IMEJ MENTAL pelanggan hingga pelanggan dapat mengambarkan apa yang dia inginkan di dalam GAMBARAN MINDANYA. Inilah rahsia disebalik penggunaan Bahasa Deria VAK dalam NLP. Bayangkan dengan mudahnya anda dapat dengar dan mengalami saat jualan anda meningkat melebihi 100% , bagaimana wajah anda waktu itu? Apa yang anda dapat dengar dari orang sekeliling anda bila mereka lihat perniagaan anda meningkat dalam masa singkat dan pantas ? Apakah perasaan yang timbul pada diri anda bila mengecap saat kecemerlangan dalam perniagaan yang anda jalankan ya ? Selamat beramal dengan 2 RAHSIA MUDAH MENJUAL MELALUI NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)

Penulis dapat dihubungi melalui talian 019-2044036 atau dialamat Pusat Latihan Smart Excel Consultant, No.2-1A, Jalan TIB 1/1 Blok C, Pusat Niaga Batu Caves, 68100, Gombak Selangor.

No comments:

Post a Comment