Tuesday, May 31, 2011
BENGKEL PENGEMBANGAN DIRI " NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)" JUN 2011
" MEMUGAR RAHSIA DIRI DAN KEKUATAN MINDA DIRI ANUGERAH TUHAN MENGGUNAKAN ILMU SAINS MINDA NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP) BERSAMA PAKAR NLP ANDA !"
Mendaftarlah sekarang ! Hubungi, En Mustaqiim, 019-2044036. (facebook ; mohdmustaqiim mohdmustaqiim)
Tuesday, May 10, 2011
Guru Oh Guru .......
"KUANTAN: Mungkin kerana kesunyian akibat berjauhan dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsunya lalu merogol pelajarnya sendiri berusia 15 tahun selepas mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mengulang kaji pelajaran.
Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu iaitu di kuarters sebuah sekolah menengah di Jerantut pada kira-kira jam 3.30 petang, Khamis lalu.
Menurut sumber, sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa dan mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mahu membantunya belajar dan tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prasangka." Katanya, mangsa pergi ke rumah gurunya itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan, namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya.
“Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipercayai gagal mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya.(Petikan akhbar online bertarikh 10/05/2011)
Salam cemerlang buat warga Malaysia. Hari ni saya nak post satu artikel yang mana saya rasakan ianya perlu dijadikan iktibar oleh warga pendidik. Walaupun agak sibuk dengan beberapa aktiviti penulisan buku berkaitan NLP, ianya tidak membataskan saya untuk menulis dalam blog ini. Geleng kepala saya bila lihat laporan diatas. Apa dah jadi dengan sikap guru ni ? Sepatutnya guru melindungi anak muridnya dan anggap anak muridnya sebagai anaknya sendiri. Bayangkan bagaimana perasaan sebilangan besar guru-guru yang berkhidmat dengan penuh dedikasi akhirnya tercalar dengan sikap segelintir guru seperti ini ? Mari kita buka minda kita dengan persoalan dibawah :-
1- Apakah perilaku guru ini dapat menjejaskan kredibiliti seorang guru ?
2- Apakah dengan menodai anak muridnya dia dapat membendung perasaan rindu pada isterinya yang jauh ?
3- Apakah tuntutan kerja yang memisahkan antara guru ini dapat dijadikan faktor gagalnya guru tersebut mengawal rindunya pada isteri dan dia rasa gersang ?
4- Disebalik tingkahlakunya (guru tersebut), adakah wajar sang isteri berada dekat dengan suaminya bagi membendung gejala ini tidak berulang lagi pada masa kini dan akan datang ?
5- Apakah kaedah yang terbaik bagi membendung gejala seperti ini agar tidak menular ke tempat lain ?
Wahai pembaca sekalian, fikirkan jawapan dari soalan yang saya kemukakan diatas. Anda akan dapat jawapannya bila anda sendiri menelitinya dengan MATA HATI anda. Kembalilah kepada syariat dan peraturan Allah s.w.t. Maka kejadian seperti ini tidak akan berulang kembali. Kesian pada segelintir guru sekarang.Nama saje seorang guru, tingkahlaku tidak menunjukkan seperti seorang guru. Jangan marah aaa....nanti cepat tua...huhuhu. Wallahu'alam.
Mufakir 'illahi,
(Mohd Mustaqiim Asmuji)
Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA
Subscribe to:
Posts (Atom)