Friday, November 27, 2009
Kursus Hipnosis
Salam damai buat orang Malaysia . Salam ukwah buat warga Brunei, Singapura dan salam RESPQ buat pengunjung blog. saya.
Dibawah ini adalah iklan terkini kursus berkaitan dengan HIPNOSIS. So, nak sertai lihat maklumat berkaitan kursus seperti dibawah :-
Kursus Hypnosis
Alamat Lokasi Kursus: Tingkat 1 , Teratak Singgah, Komplek Sukan Seri Siantan( Sebelah Kolam Renang ) Jalan Sungai Tua,Batu Caves.
Lokasi :KUALA LUMPUR
Pada: 19.12 2009 ( Sabtu )
Masa: 9.00am_5.00pm
Event Organizer Nor Akmaliza
016 2965644 & 012 9642466
Yuran Kursus Rm 350.00 .Sebarang pertanyaan sila hubungi aura_menjaro@yahoo.com
( sila buat Pendaftaran Kursus dahulu untuk pengesahan tempat terima kasih Dari Event Organizer )
Anjuran : Menjaro.
APA ITU HIPNOSIS ?
Sesuatu keadaan yang menyerupai tidur yang sengaja dilakukan kepada seseorang, dimana mereka memberi respon kepada setiap pertanyaan yang diajukan kepada mereka.
Makna lain yang diberikan oleh pakar Hypnosis kepada kondisi hypnosis.
1. Hypnosis merupakan satu kondisi di mana perhatian menjadi sangat fokus sehingga tahap sugestibiti meningkat dengan sangat tinggi.
2. Hypnosis merupakan sebuah seni komunikasi untuk mempengaruhi seseorang sehingga
mengubah tingkat kesedaranya, yang di capai dengan cara menurun gelombang otak.
3.Hypnosis adalah seni menjelajahi alam bawah sedar manusia.
4.Hypnosis adalah kondisi kesedaran yang meningkat. Hypnosis adalah satu kondisi fikiran yang di hasilkan oleh kuasa saranan.
Ada banyak pandangan yang salah dan mitos tentang hypnosis. Adakalanya hypnosis sering di kaitkan dengan dunia ghaib, mistik, pukau dan ilmu hitam. Sedangkan hypnosis adalah 100% ilmiah komunikasi verbal dan non verbal. Beberapa pandangan yang salah tentang hypnosis:
1. Hypnosis adalah bentuk penguasaan fikiran.
Pandangan ini merupakan pandangan yang salah dan keliru. Walaupun subjek telah memasuki kondisi trance yang dalam, masih tetap sedar dan dapat mengendalikan diri sepenuhnya. Semua bentuk hypnosis adalah self – Hypnosis. Jika saranan yang di beri bertentangan nilai moral seseorang, maka hypnosis tidak berperanan.Subjek boleh menolak dan hypnotis tidak akan berhasil untuk menghypnosis subjek.
2. Hypnosis merupakan amalan supranatural.
Hypnosis merupakan seni komunikasi antara hypnotis dan subjek. Kemahiran komunikasi ini di perlukan untuk membawa subjek menjelajah alam bawah sedar. Tidak ada sama sekali unsur mistik atau magic yang terlibat.
3. Hypnosis sama dengan tidur.
Kondisi trance bila dilihat dari gelombang otak, hampir sama dengan kondisi tidur. Perbezaan utama antara kondisi tidur dengan hypnosis adalah, saat tidur kita tidak sedar akan keadaan di sekeliling kita. Sedangkan pada saat trance, fikiran kita menjadi sangat sedar dan terfokus.
(Sumber "menjaro.blogspot.com)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment