Oleh YEO LI SHIAN (KOSMO 17/02/2010)
Bagaimanakah warna mempengaruhi mood seseorang?
WARNA mampu memberi kekuatan tenaga, menenangkan dan mengubah tindak balas fizikal dan mental seseorang.
WARNA sememangnya sesuatu yang menarik. Ia ada di sekeliling kita dan bayangkan apakah makna hidup ini andainya persekitaran ini hanya berwarna hitam dan putih?
Berbanding penghuni-penghuni di planet lain, kita jauh lebih bertuah kerana warna hanya wujud dengan adanya cahaya. Dunia yang gelap-gelita tanpa cahaya dan warna sudah semestinya membosankan.
Dari aspek psikologi, warna merupakan satu medium yang cukup besar kuasanya dalam mempengaruhi mood seseorang. Para pengamal terapi alternatif percaya ini disebabkan warna mengandungi tenaga penyembuh.
Kehangatan atau kedinginan kepada sesuatu subjek boleh ditentukan oleh tahap getaran tenaga pada warna tertentu. Jika diaplikasikan secara betul, warna mampu memberi kekuatan tenaga, menenangkan dan mengubah tindak balas fizikal dan mental seseorang.
Menurut pakar psikik dan psikologi, warna digunakan dalam pelbagai aspek penyembuhan menerusi sejumlah kaedah berbeza. Ini termasuk meditasi dan hipnosis, pemakaian warna untuk memberi impak kepada mood, penggunaan warna dalam kediaman dan mengamalkan pengambilan makanan yang warnanya boleh memanfaatkan tahap kesihatan tubuh kita.
Pakar perunding psikologi dari Pusat Psikologi Malaysia, Dr. Edward Chan yang dihubungi KOSMO! berkata, kajian yang dijalankan di luar negara pernah menunjukkan warna mempengaruhi tahap IQ seseorang.
“Berdasarkan sebuah kajian, bilik darjah yang dicatkan dengan warna oren, merah mahupun kuning didapati meningkatkan tahap IQ dan merangsang pembelajaran pelajar.
“Sebaliknya, warna putih, hitam dan perang pula memberi kesan bertentangan. Biru merupakan warna dingin berupaya menenangkan kanak-kanak hiperaktif,” katanya.
Jelasnya, terapi warna telah lama dikaitkan dengan kesihatan manakala warna-warna makanan pula dengan nilai nutrisinya.
Satu kajian oleh Dana Kanser Sedunia dan Better Health Foundation juga menunjukkan makanan natural yang dibahagikan mengikut kumpulan boleh menggalakkan pemakanan lebih seimbang.
“Satu kempen Five a day, the Colour Way yang diadakan di negara luar menunjukkan makanan yang dikategorikan dapat memastikan kita memakan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari setiap kumpulan setiap hari,” katanya.
Maklumat lanjut mengenai terapi warna dalam kehidupan harian, sila layari www.colourtherapyhealing.com
Tuesday, February 16, 2010
BELAJAR SENI HIPNOSIS
Sheila 'pukau' minda pesakit (KOSMO,16/02/2010)
Oleh DEWI ABDUL RAHMAN
Pakar hipnosis, Sheila Menon membantu menyelesaikan masalah fobia dan berat badan hanya dengan kawalan minda!
SEJURUS daun pintu dibuka, seorang wanita yang tampak elegan dalam persalinan berwarna merah jambu tersenyum manis.
“Saya Sheila. Teh atau kopi?” beliau menyapa krew Jurnal. Santunnya seperti memukau.
Dan sememangnya pemilik nama Sheila Menon, 50, ini ialah seorang pakar hipnosis. Hipnosis? Mungkin ramai yang kurang arif mengenai kerjaya wanita berwajah manis ini.
Sebenarnya ia bukan ilmu hitam atau pukau, sebaliknya hipnosis merupakan sejenis rawatan terapi.
Untuk itu, kata Sheila, setiap tetamu mesti dilayan dengan baik bagi memastikan mereka selesa dengan rawatan yang akan dilalui.
“Intonasi suara dan cara berkomunikasi sangat penting dalam rawatan hipnosis.
“Biasanya itulah yang akan saya lakukan sebelum memulakan proses rawatan iaitu menyediakan minuman terlebih dahulu supaya mereka berasa lega,” katanya yang merupakan Pengarah Urusan, Hipnosis Klinikal Kolej London (LCCH).
Beliau menjelaskan, hipnosis adalah satu proses terapi yang berguna dari segi perubatan, psikologi dan juga motivasi.
Dalam kata lain, ia merupakan sejenis rawatan yang boleh membantu individu bermasalah sama ada dari segi kesihatan mental ataupun fizikal.
“Terapi ini dapat membantu individu menangani masalah seperti merokok, stres, fobia, gemuruh, gagal dalam perhubungan malah masalah berat badan.
“Minda kita akan menggunakan sebanyak 90 peratus semasa proses hipnosis. Selebihnya pesakit itu akan berada dalam keadaan sedar kerana proses tersebut akan memanfaatkan kuasa minda yang banyak.
“Dengan kaedah ini, seseorang itu akan dapat pergi lebih jauh ke alam minda dan melihat perkara yang mereka inginkan,” kata Sheila yang sejak kecil lagi mengikut keluarga berpindah ke London dan mendapat pendidikan awal di situ.
Sheila melanjutkan pelajaran di Universiti Kirklees dalam bidang psikologi sebelum bertugas dalam banyak sektor perkhidmatan setelah tamat pengajian.
“Bapa saya pernah bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. Saya amat bertuah kerana didedahkan dengan dua budaya dan sistem pembelajaran iaitu Malaysia dan United Kingdom.
“Dulu ibu saya langsung tidak membenarkan saya menjadi ahli psikologi. Dia mahu saya jadi akauntan. Mujurlah bapa saya seorang yang sangat memahami dan banyak menyokong kerana yakin dengan bakat saya dalam bidang ini,” kenang wanita yang berasal dari Kelantan ini.
Mulut berbau
Ketika ditanya tentang pengalaman beliau mengendalikan pesakit, Sheila menjawab: “Banyak kes yang sudah saya kendalikan.
“Ada wanita yang datang kepada saya mengadu tentang kakinya yang patah dan berat badan berlebihan telah memberi kesan kepada kesihatannya.
“Jadi apa yang saya buat ialah membawanya ke dalam proses hipnosis dan mengaitkan fikirannya ke dalam minda positif.
“Ia membantu dia membayangkan dirinya ketika mempunyai saiz badan yang ideal dahulu.”
Tambahnya: “Saya minta dia fikirkan tentang corak pemakanan, senaman dan gaya hidup ketika dihipnosis.
“Tidak lama kemudian dia datang semula kepada saya dengan wajah gembira kerana dia berjaya mengurangkan beratnya sebanyak 12 kilogram.”
Satu lagi pengalaman yang meninggalkan kesan buat beliau ialah semasa merawat seorang pesakit wanita yang berasa rendah diri.
“Ada juga kes kurang keyakinan diri. Wanita itu mengaku dia mempunyai masalah mulut berbau. Disebabkan itu, dia tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.
“Bila saya bawa dia pergi ke klinik untuk pemeriksaan, doktor memberitahu dia tiada masalah.
“Selepas itu, saya minta dia hembuskan nafas di depan muka saya.
“Saya kata kalau saya pengsan, memang betul mulutnya busuk. Kalau tidak, dia kena terima yang mulut dia tak berbau,” jelasnya.
Tekad dan semangat keyakinan yang cuba ditiup Sheila kepada diri pesakit tersebut berbaloi.
“Akhirnya, baru dia yakin terhadap dirinya. Malah dia sangat yakin bila bertemu orang ramai sekarang.
“Selain itu ada juga kes seperti takutkan lipas dan labah-labah, masalah hubungan dan tekanan akibat perceraian ibu bapa,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai prospek kerjaya sebagai seorang pakar hipnosis di Malaysia, Sheila berkata, ia adalah satu kerjaya yang sangat bagus dan semakin diterima di seluruh dunia.
“Ramai graduan yang telah tamat pengajian dalam bidang ini kini menjadi pakar hipnosis dan psikologi yang berjaya di kebanyakan sektor.
“Kami juga melihat peningkatan yang cukup memberangsangkan dalam kerjaya ini. Ia juga banyak membantu dalam sektor perubatan dan kesihatan.
“Malah pusat klinikal hipnosis yang telah banyak dibuka di seluruh negara menunjukkan penerimaan yang baik daripada masyarakat luar.
“Kami juga akan mengadakan sesi percubaan hipnosis secara percuma di LCCH Damansara pada 4 Januari ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk merasai sendiri, hubungi kami untuk sebarang pertanyaan,” ujarnya yang berpengalaman selama 19 tahun dalam bidang ini.
Bagi yang berminat untuk menyertai kursus yang ditawarkan sila hubungi LCCH di talian 03-7960 6439 atau layari laman web www.hypnosis-malaysia.com.

Monday, February 8, 2010
SEMINAR "SOLAT ; KEBAIKAN DARI PERSPEKTIF SAINS"
SEMINAR TERKINI !
Butiran Seminar adalah sepertimana berikut :-
Hari : Ahad
Tarikh : 21/02/2010
Masa : 08.00 pagi hingga 05.00 petang
Tempat : Dewan Cemerlang, Institut Tadbiran Awam (INTAN), Kluang Johor
Anjuran : PERKIM Kebangsaan, PERKIM Cawangan Kluang & Jabatan Mufti Negeri Johor
Untuk pendaftaran tempat , sila hubungi En Mohd Syafiq, Urusetia seminar 019-7776294

MESTI BACA RAHSIA DISEBALIK KEWAJIPAN SOLAT!
IBADAT solat difardukan ke atas setiap Muslim bagi menunjukkan kepatuhan penuh ikhlas seorang hamba terhadap pencipta-Nya Yang Maha Esa. Solat sebenarnya mempunyai seninya yang tersendiri di samping 1001 rahsia yang belum dirungkai sepenuhnya, kecuali kita mengetahuinya sebagai ibadat diwajibkan ke atas setiap umat Islam.
Rahsia ketenangan dapat dirasai apabila dapat mengerjakan solat dengan betul dan khusyuk. Solat yang ditunaikan dengan rasa khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan keredaan Allah SWT semata-mata, akan membuahkan kenikmatan dan rahmat yang memenuhi segala aspek kehidupan dunia dan akhirat.
Baru-baru ini Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dengan kerjasama Masjid Umar Al-Khattab telah menganjurkan seminar 'Solat dari Perspektif Sains' di Bukit Damansara pada 23 Januari lalu.
Program tersebut telah menghimpunkan seramai 200 orang hadirin yang terdiri daripada saudara Muslim, mualaf dan penduduk setempat.
Pengarah Program, Mohd. Mustaqiim Asmuji yang juga selaku Ketua Unit Dakwah Penyelidikan berkata, program tersebut telah memberi pengetahuan kepada peserta cara dan. kaedah menyempurnakan ibadah solat dengan pergerakan serta postur badan yang betul ketika bersolat.
"Ia ini juga mendedahkan peserta kepentingan penjagaan kesihatan, sekali gus menerangkan kebaikan solat dalam penjagaan kesihatan yang betul yang telah terbukti melalui alatan-alatan yang digunakan dalam kajian solat yang telah dijalankan.
"Pergerakan rukun dalam solat yang membabitkan angkat tangan ketika niat, takbirratullihram, sujud, rukuk, duduk iktidal sehingga memberi salam sebenarnya mempunyai rahsia tersendiri seperti satu senaman ringan.
"Program ini juga menyelidiki hikmah dan kesan terapeutik perubatan daripada pergerakan ibadat solat yang sempurna kepada kesihatan manusia. Solat sebagai suatu aktiviti fizikal unik yang ditunaikan secara berterusan memainkan peranan penting dalam memelihara keseinambungan sistem fisiologikal manusia yang meliputi kesihatan fizikal, mental, rohani dan emosi," kata Mustaqiim.
Selain itu tambahnya, para peserta juga diberi peluang untuk melakukan teknik-teknik pergerakan solat yang betul dalam 13 rukun yang dipimpin oleh penceramah undangan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Wan Mansor Abdullah selaku Pengerusi Masjid Umar Al-Khattab.
Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim telah menyampaikan empat modul kepada peserta antaranya adalah 'Komposisi Badan'. Komposisi badan ketika dalam keadaan rukuk, berdiri tegak, sujud, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat dan salam dapat menghasilkan keputusan rawatan pada otot, pelancaran aliran darah, membantu proses pengepaman jantung dan melancarkan aliran darah ke otak.
Solat umpama senaman ringan dan berpuasa juga umpama diet yang baik kerana aktiviti ini boleh meningkatkan kadar pembakaran badan dan menurunkan kolestrol badan serta dapat menghindar penyakit jantung dan kegemukan.
Modul 'Solat dari Perspektif Sains kepada Jantung' pula menekankan sujud kerana ia adalah postur yang terbaik untuk kesihatan jantung kerana keadaan ini adalah sesuai dengan tarikan graviti yang akan mengakibatkan lebih banyak darah mengalir ke otak dan menjadikan otak lebih sihat dan cergas.
Pergerakan solat juga disyorkan kepada pesakit kardiovaskular sebagai suatu senaman iaitu dengan bersolat selama 30 minit yang bersamaan 12 rakaat bagi setiap hari untuk mendapatkan kesan yang efektif.
Kajian telah membuktikan bahawa kadar denyutan jantung adalah paling rendah pada kedudukan sujud ini adalah kerana nada jantung yang nominal adalah baik untuk jantung dan nilai prognostik denyutan jantung dalam populasi yang sihat juga menjadi penentu kepada faktor risiko penyakit kardiovaskular.
Modul 'Terapi Sakit Pinggang' pula telah dibuktikan dengan melampirkan beberapa kajian analisis yang dapat memulihkan fungsi otot-otot dan merawat sakit pinggang dengan kaedah bersolat. Postur dan pergerakan solat boleh digunakan sebagai salah satu rawatan pemulihan alternatif untuk menyembuhkan atau mengurangkan sakit pinggang bukan sahaja kepada pesakit pinggang yang kronik tetapi juga disyorkan kepada wanita mengandung.
Keputusan analisis kajian telah menunjukkan peningkatan dan kesan positif kepada pesakit mati pucuk selepas melakukan solat dalam penerangan Modul 'Terapi Mati Pucuk'. Pergerakan solat juga melancarkan perjalanan darah di sekitar otot lantai pelvik untuk pemulihan ke atas pesakit.
Majlis diserikan lagi dengan majlis penutup dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan Pengarah Dakwah Perkim Kebangsaan, Abdul Hanif Harun.
Subscribe to:
Posts (Atom)