Wednesday, May 15, 2013

PROGRAM PENGAMALAN BERSIJIL CERTIFIED NLP FOR TEACHERS & EDUCATORS PRACTITIONER (ANLPM)


" Teachers / Educators all over the world have found NLP to be useful in many ways to motivate learners and get them curious to learn more. Using NLP, you can tailor your language to get the exact results that you want, understand and utilize different learning styles, create rapport quickly with groups of learners, and help students with learning problems. And of course, NLP is very valuable for you to manage your own state and goals in the classroom and beyond."

Mengapa GURU / PENDIDIK / USAHAWAN / IBU BAPA perlu memiliki ILMU NLP melalui PROGRAM PENGAMALAN ini ? 
Kerana ANDA adalah :-
1) Pakar dalam bidang PENDIDIKAN.
2) Guru yang BERHAK memiliki P&P secara LUAR BIASA.
3) Tenaga PENDIDIK yang BERPENGARUH pada MINDA, EMOSI & TINGKAHLAKU pelajarnya.
4) Pendidik yang BARU BERKHIDMAT dalam dunia PENDIDIKAN sekolah & ipt.
5) Guru yang BERTUAH memiliki ILMU NLP yang di APLIKASI di dalam DUNIA PENDIDIKAN MALAYSIA.

APA YANG ANDA INGINKAN MELALUI PEMBELAJARAN BERNILAI TINGGI INI ?

1- Komunikasi dengan PELAJAR berjalan dengan LANCAR.
2- Fahami STRATEGI POLA FIKIR pelajar untuk pengaruhi PRESTASI PEMBELAJARANNYA.
3- Teknik mengekalkan MOMENTUM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN di minda pelajar secara CEPAT, PANTAS dan BERKESAN.
4- Strategi P&P berkesan di dalam KELAS.

APA LAGI YANG ANDA PERLUKAN SELEPAS MEMILIKI CERTIFIED INI ?

1- War-warkan program pengamalan ini kepada rakan anda yang lain. JANGAN KEDEKUT UNTUK SEBARKAN ILMU INI. Pahala tetap kekal berpanjangan.

2- Berlatih terus selama 40 hari, baru anda dapat rasakan MANISNYA mengajar TANPA STRES.

3- Bersabar dengan RAGAM PELAJAR kerana anda telah mempelajari kaedah untuk KUASAI PELAJAR kurang dari 30 minit.

"JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA. NANTI LAMA-LAMA , PROGRAM INI TERLEPAS PADA ORANG LAIN !"

TAHNIAH KEPADA YANG SUDAH MENDAFTAR ! 
JUMPA KITA DI TEMPAT BELAJAR BERSAMA PAKAR NLP ANDA.

Kata Alumni Pengamalan Bersijil NLP For Teachers Practitioner :-
-Kaunselor, Kolej Professional Mara, Seri Iskandar, Perak-

-Teknik 4MAT untuk pengaruhi EMOSI pelajar saat BELAJAR-

-Kelas Perbincangan Ilmu Certified NLP For Teachers & Educators-ANLPM-

ANDA BOLEH MENGIKUTI PROGRAM PENGAMALAN INI SECARA PERSONAL mahupun BERKUMPULAN mulai SEKARANG !

DAFTAR SEKARANG ! 
HUBUNGI TALIAN HOTLINE :
019-2044036 (MR MUS)
019-3897580 (MR KHAERIL

Tuesday, May 14, 2013

SOALAN PENCETUS PERUBAHAN ? (Bahagian 2)




 SOALAN PENCETUS PERUBAHAN

Soalan1 :

Bagaimana kita harus menghadapi ketua yang kurang mengambil berat tentang pengagihan tugas di antara kakitangan-kakitangan iaitu tiada kesimbangan dengan jawatan yang disandang oleh kakitangan berkenaan? Ini menimbulkan ketidak puas hati di antara kakitangan. 

NLper Menjawab :

Buat tugasan yang diagihkan itu secara mudah. Buat dan lakukan tugasan itu dengan hati yang seronok. Sampaikan pesanan ringkas pada ketua anda yang anda boleh lakukan tugasan itu dengan cemerlang. Apakah anda inginkan pengagihan tugas antara kakitangan-kakitangan itu seimbang dengan jawatan yang disandangnya ? Jika anda katakan ya, maknanya anda seorang yang belum boleh melangkah jauh dalam dunia pekerjaan anda.

Dalam dunia kerja masa kini, seorang yang mempunyai pelbagai kemahiran amat diperlukan oleh sebuah organisasi untuk maju kehadapan. Dan fikirkan bila anda menjadi seorang yang punya pelbagai kemahiran & kebolehan, apa faedahnya untuk diri anda pada masa hadapan jika anda “terjebak” dalam dunia perniagaan ? Fikir-fikrkan & selamat beramal !

Soalan 2 :

Masalah dengan seorang penduduk kampung sewaktu mengadakan kerja amal (gotong-royong) di kawasan masjid. Kerap memuji diri sedangkan dia tidak membuat kerja yang di amanahkan.

NLper menjawab :


Anda buat kerja anda kerana Allah. Buat dengan sebaik mungkin. Buktikan bahawa mereka yang selalu puji diri sendiri itu tergolong dalam golongan “TIN KOSONG”. Buat apa anda nak terus bermasalah dengan orang sebegini. Yang sakit hati nanti anda. Tak pasal-pasal anda yang jatuh sakit kan ? Fikir-fikirkan & lakukannya secara mudah mulai sekarang !.

Soalan 3 :

Saya sudah bekerja selama 6 tahun, tiap kali kami menguatkuasakan undang-undang majlis perbandaran , kami anggota penguatkuasa akan digelar antu (hantu) atau asuk ….. (anjing) oleh orang awam. Sedangkan kami ini penguatkuasa cuba membetulkan keadaan yang tidak betul demi kepentingan orang awam. Dan ada juga dikalangan kakitangan itu sendiri melihat kami pada kedudukan paling rendah dalam organisasi .

Nlper menjawab :

Jika orang awam mengelar anda sebagai antu (hantu) atau asuk…. , mereka sebenarnya betul. Kerana apa ? kerana mereka ikut persepsi segelintir kakitangan organisasi anda yang melihat anda pada kedudukan paling rendah dalam organisasi. Mereka belajar secara tak langsung dari segelintir kakitangan anda. Persoalannya adalah , adakah anda lihat kerja anda selaku penguatkuasa itu ditahap PROFESIONAL. Orang lain tak mampu nak buat kerja anda. Hanya anda sahaja yang layak melakukan tugas penguatkuasaan itu. SYABAS kerana anda lakukan tugasan anda dengan cemerlang berbanding dengan “ CAWAN KOSONG” yang bocor dan tak berguna pada organisasi anda. 

Soalan 4 :

Hubungan dengan pegawai kanan bermasalah. Apa-apa hal atau isu negatif tentang dia yang didengari, dia menuduh saya menyebarkannya. Selain itu saya merasakan ketua kami sentiasa menyokong tindakannya walaupun salah. Ini menyebabkan saya tidak mempercayai sesiapa disana.

Nlper menjawab :

Sebenarnya, ini masalah HATI. HATI yang dah terlalu kotor akan sebabkan HUBUNGAN sesama MANUSIA jadi kurang elok. Bila kita sering keluarkan isu NEGATIF tentang siapa sahaja, aura negatif itu terus melekat di kepala dan hati kita. Maka tuhan bagi hubungan sesama kita rosak dan bermasalah. Sebab apa ? sebab kita banyak PRASANGKA NEGATIF pada orang lain. DIDIK BALIK HATI KENALI TUHAN, maka masalah diatas akan terurai satu persatu. Wallahu’alam.

Soalan 5 :

Bagaimana idea kita dihargai dan diterima pakai oleh ketua tertinggi. Dan bagaimana dapat naik pangkat dengan cepat ?

Nlper menjawab :

Pakai & hargai dahulu idea yang kita cetuskan baru ketua tertinggi anda akan lihat dan gunakan idea anda. Sebarkan salam, senyum dan sabar ketika bekerja. Ia akan mempercepatkan proses anda menarik getaran “kenaikan pangkat” anda. Gunakan corak bahasa yang betul ketika berkomunikasi secara mempengaruhi. Selamat beramal !
 

Soalan 6 :

Bagaimana NLP membantu saya dalam bidang keusahawanan?

Nlper menjawab :

 Antara teknik NLP yang boleh membantu anda dalam bidang keusahawanan adalah teknik Welformed Outcome (Mencipta MATLAMAT mantap di minda). Anda perlu melakarkan matlamat anda secara jelas seperti contoh “ Pada tahun 2013, saya lihat diri saya sebagai seorang usahawan berjaya dalam bidang perusahaan kereta import. Saya dengar nama saya disebut dikhalayak ramai sebagai seorang usahawan yang berjaya membuat jualan kereta tertinggi pada tahun itu. Saya rasakan mata, telinga dan perasaan saya amat teruja mendapat gelaran “USAHAWAN POWER !” dari Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia. Ketika itu saya berpakaian sut warna hitam dan bertali leher warna merah melangkah naik ke pentas bagi menerima anugerah “USAHAWAN POWER!” diiringi dengan tepukan gemuruh oleh para tetamu pada malam penuh gilang gemilang itu. Dengan izin Allah, saya boleh capai cita-cita saya sebagai usahawan berjaya dalam bidang perusahaan kereta import.” Terjemahkan kesemua ayat-ayat ini dalam bentuk lakaran atau gambar. Kemudian tampal ditempat yang mudah mata anda melihatnya. Ianya akan menjadi satu kuasa tarikan luar biasa pada diri anda. Wallahu’alam. 

Belajarlah Kerana Ia Amat Bermanfaat !

Bagaimana dengan pembacaan anda diatas ? Apakah minda anda sudah mula mengembara ke alam ‘perubahan set minda’ melalui soalan yang telah diajukan oleh rakan pembelajaran NLP anda ? Jika minda anda mula menunjukkan tanda-tanda perubahan, ini bermakna anda berupaya melaksanakan perubahan set minda dan tindakan secara mudah mulai sekarang.

Benarlah mafhum ayat Al-Quran yang bermaksud, “ Sesungguh Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib (keadaan diri) sesuatu kaum hingga kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka.”

Persoalannya, apakah kita sudah bersedia untuk mempelajari ilmu ini atau bagaimana? Apakah kita mahu terus ketinggalan dalam arus perkembangan potensi diri masa kini sedangkan anak-anak kita lebih advance dari ibu dan ayahnya tatkala mereka berkomunikasi. Dan ianya sekaligus mengingatkan saya pada sebuah pertanyaan anak saya kepada ibunya , “ Macamana umi boleh terfikir, yang umi boleh fikir nak beri nama Wadah ini adalah Nur’ain Awadah ?” Fikir-fikirkan dan selamat beramal !

Untuk anda yang telah membaca soalan-soalan pencetus perubahan ini, dan anda ingin mengajukan persoalan kepada NLper anda, sila emelkan ke alamat kurtman20@yahoo.com.

From : Mohd Mustaqiim Asmuji, Jurutera Minda NLP

SOALAN PENCETUS PERUBAHAN ? (Bahagian 1)



SOALAN PENCETUS PERUBAHAN ?
By :
Mohd Mustaqiim Asmuji, C.NLP.CHt
(Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA)
(Certified Hypnotherapist Practitioner , IACT-USA)
Tel : 019-2044036
Puan Suziana Marni, Kaunselor Sekolah SKTP, Johor
(Pelajar Kelas Personal Coaching NLP)

Salam kehebatan dan kejayaan dari saya untuk anda. Bagaimana dengan keadaan minda anda tatkala membaca petikan kata-kata diatas ? Apakah anda dapat merasakan bahawa ilmu yang Allah s.w.t anugerahkan ini mempunyai “nilai” yang “tinggi” pada kehidupan anda seperti yang terjadi kepada pelajar kelas NLP diatas ? Apakah anda pernah mendengar perkataan NLP (Neuro Linguistic Programming) ? Satu ilmu sains perkembangan potensi diri manusia yang agak kurang dikenali khususnya dalam masyarakat kita.

Sejak kebelakangan ini, ramai orang bertanya pada saya berkaitan ilmu NLP. Macam-macam tafsiran yang dibuat berkaitan dengan ilmu ini. Saya sudah menjalani pelatihan NLP ini sejak tahun 2009 hingga sekarang. Pelbagai reaksi dan maklumbalas saya dapat berkaitan NLP. Hinggakan ramai dikalangan mereka ada yang menyangka bahawa ilmu ini adalah ilmu “memukau” orang tatkala berkomunikasi. Ada juga yang beranggapan bahawa ilmu yang dipelajari ini adalah berkaitan “psikologi” diri manusia. Tak kurang lebih ada yang mengatakan, “Awak tak perlu belajar berkaitan ilmu ini. Ilmu ni tak boleh memberikan apa-apa manfaat pun pada diri awak dan orang sekeliling. Ada ke NLP dalam Islam ? Ada ke fatwa berkaitan mempelajari ilmu ini ?”

Dan mungkin anda adalah salah seorang yang mahu ajukan soalan pada saya juga kan ? Apa itu NLP? Kerana apa ianya dinamakan NLP ? Bagaimana ianya boleh timbul ? Siapa pengasas ilmu ini? Bila ianya tercipta ? Berkemungkinan besar, soalan-soalan ini timbul pada pemikiran anda kan ? Ok. Rilekskan diri anda dan mulai saat ini anda fokus terhadap apa yang dibaca dalam ruangan taakul kali ini. 
 
Bagaimana Ilmu Ini Tercetus ?

Richard Bandler, Tokoh Pembangun Ilmu NLP
 
NLP tercetus pada tahun 1970-an di Universiti Santa Cruz, California USA. Kerana apa ? Kerana seorang mahasiswa jurusan komputer bernama Richard Bandler berminat dengan kerja-kerja ahli terapi dan psikologi. Dia berminat mengetahui bagaimana seseorang itu boleh berjaya manakala seseorang yang lain pula tidak boleh berjaya.

Maka, beliau memulakan kajian keatas tokoh komunikasi terhebat dunia dalam bidang terapi iaitu Fritz Pearls, pakar gelstalt therapy , Virgina Satir ahli terapi kekeluargaan dan Milton H. Erickson seorang pakar dalam bidang Hipnoterapi. 

Apa yang mengejutkan beliau adalah, bagaimana ahli-ahli terapi ini berjaya mengubah minda dan kelakuan seseorang hanya melalui “bahasanya” sahaja. Maka, dia memerhatikan bagaimana ketiga-tiga tokoh komunikasi ini menggunakan terapi mereka bagi mengubah minda dan kelakuan kliennya. Apa yang menakjubkan beliau adalah semacam ada “corak-corak” bahasa yang dapat mempengaruhi minda dan kelakuan klien mereka.

Beliau dapat merakamkan corak-corak bahasa yang digunakan oleh ahli terapi itu, maka dia memutuskan bahawa kajian ini perlu dibantu oleh seorang yang pakar dalam bidang “Linguistik”. Apa yang Richard Bandler lakukan ? Beliau berjumpa dengan seorang profesor dari Jabatan Linguistik iaitu Dr John Grinder. Richard Bandler menyerahkan beberapa pita rakaman ahli terapi tersohor itu untuk dibuat kajian oleh Dr John Grinder. Setelah dibuat kajian keatas pita rakaman tersebut, maka Dr John Grinder mendapati bahawa ada beberapa “corak-corak” bahasa yang amat mempengaruhi minda dan kelakuan seseorang.



                                                           Dr John Grinder, 
                                             Profesor Jabatan Linguistic Universiti Santa Cruz.


Apa lagi, mereka berdua memulakan proses “MODELLING” keatas klien mereka. Apa yang mengujakan adalah “kesan corak-corak bahasa” yang mereka berdua gunakan sama dengan hasil yang dibuat oleh pakar-pakar terapi yang mereka temui itu hingga mereka dapat membuat kesimpulan ini adalah sesuatu yang MAGIK. Mereka mula memodelkan kepada pelbagai bidang seperti sukan, pendidikan, psikologi dan sebagainya. Setelah mereka berdua berbincang lama berkaitan penemuan ini, maka mereka memutuskan untuk memberikan nama pada penemuan ini iaitu Neuro Linguistic Programming (NLP).
SIAPA YANG MENGENALKAN ISTILAH NLP ?

Istilah Neuro Linguistic Programming diperkenalkan oleh Alfred Habdank Skarbek Korzybaski. NLP adalah beberapa cabang disiplin ilmu seperti neurologi psikologi, linguistik, “cybernatics” dan teori sistem. Komponen pada istilah Neuro Linguistic Programming memerikan dengan baik apa yang merangkumi mengenai sains yang kurang dikenali ini.

Mungkin anda masih lagi tertanya-tanya, apakah sebenarnya NLP ini ? NLP adalah ilmu berkaitan seni kecemerlangan diri manusia yang berkait rapat dengan soal bagaimana manusia berfikir, merasai apa yang difikirkan dan seterusnya mencipta strategi tertentu bagi mencapai hasil yang luar biasa. 
Hingga sekarang, NLP telah memberikan manfaat pada ramai orang secara meluas untuk mencapai HASIL dan keunggulan DIRI dipelbagai bidang yang diceburi. Di luar negara mereka yang menggunakan NLP bagi mencapai kejayaan dalam hidup adalah Anthony Robbins, Michael Jordan, Tiger Wood, Andre Agassi, Bill Clinton, Lady Diana, Nelson Mandela,Barack Obama dan sebagainya. Manakala di Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad, telah menggunakan prinsip-prinsip NLP tatkala beliau menjadi pemimpin negara dan sebuah buku telah terbit mengupas berkaitan ’cara berfikir’ beliau. Buku ini diberi nama ”HOW TO THINK LIKE MAHATHIR USING NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)”. 

Maka , dalam perbincangan kali ini , saya ingin membawa pada anda bagaimana soalan-soalan yang sering diajukan oleh kebanyakkan mereka yang menghadiri siri pelatihan berdasarkan NLP dijawab melalui kaedah Neuro Linguistic Programming (NLP). Sudahkah anda bersedia untuk mengetahuinya ? Mari kita lihat, rasa dan dengar segala jawapan yang diberikan oleh Nlper anda berdasarkan persoalan-persoalan dari insan luar biasa. Segala jawapan yang diberikan adalah bersifat universal dan digarap melalui kaedah-kaedah ilmu sains psikologi NLP....bersambung pada bahagian ke-2