Tuesday, May 14, 2013

SOALAN PENCETUS PERUBAHAN ? (Bahagian 2)




 SOALAN PENCETUS PERUBAHAN

Soalan1 :

Bagaimana kita harus menghadapi ketua yang kurang mengambil berat tentang pengagihan tugas di antara kakitangan-kakitangan iaitu tiada kesimbangan dengan jawatan yang disandang oleh kakitangan berkenaan? Ini menimbulkan ketidak puas hati di antara kakitangan. 

NLper Menjawab :

Buat tugasan yang diagihkan itu secara mudah. Buat dan lakukan tugasan itu dengan hati yang seronok. Sampaikan pesanan ringkas pada ketua anda yang anda boleh lakukan tugasan itu dengan cemerlang. Apakah anda inginkan pengagihan tugas antara kakitangan-kakitangan itu seimbang dengan jawatan yang disandangnya ? Jika anda katakan ya, maknanya anda seorang yang belum boleh melangkah jauh dalam dunia pekerjaan anda.

Dalam dunia kerja masa kini, seorang yang mempunyai pelbagai kemahiran amat diperlukan oleh sebuah organisasi untuk maju kehadapan. Dan fikirkan bila anda menjadi seorang yang punya pelbagai kemahiran & kebolehan, apa faedahnya untuk diri anda pada masa hadapan jika anda “terjebak” dalam dunia perniagaan ? Fikir-fikrkan & selamat beramal !

Soalan 2 :

Masalah dengan seorang penduduk kampung sewaktu mengadakan kerja amal (gotong-royong) di kawasan masjid. Kerap memuji diri sedangkan dia tidak membuat kerja yang di amanahkan.

NLper menjawab :


Anda buat kerja anda kerana Allah. Buat dengan sebaik mungkin. Buktikan bahawa mereka yang selalu puji diri sendiri itu tergolong dalam golongan “TIN KOSONG”. Buat apa anda nak terus bermasalah dengan orang sebegini. Yang sakit hati nanti anda. Tak pasal-pasal anda yang jatuh sakit kan ? Fikir-fikirkan & lakukannya secara mudah mulai sekarang !.

Soalan 3 :

Saya sudah bekerja selama 6 tahun, tiap kali kami menguatkuasakan undang-undang majlis perbandaran , kami anggota penguatkuasa akan digelar antu (hantu) atau asuk ….. (anjing) oleh orang awam. Sedangkan kami ini penguatkuasa cuba membetulkan keadaan yang tidak betul demi kepentingan orang awam. Dan ada juga dikalangan kakitangan itu sendiri melihat kami pada kedudukan paling rendah dalam organisasi .

Nlper menjawab :

Jika orang awam mengelar anda sebagai antu (hantu) atau asuk…. , mereka sebenarnya betul. Kerana apa ? kerana mereka ikut persepsi segelintir kakitangan organisasi anda yang melihat anda pada kedudukan paling rendah dalam organisasi. Mereka belajar secara tak langsung dari segelintir kakitangan anda. Persoalannya adalah , adakah anda lihat kerja anda selaku penguatkuasa itu ditahap PROFESIONAL. Orang lain tak mampu nak buat kerja anda. Hanya anda sahaja yang layak melakukan tugas penguatkuasaan itu. SYABAS kerana anda lakukan tugasan anda dengan cemerlang berbanding dengan “ CAWAN KOSONG” yang bocor dan tak berguna pada organisasi anda. 

Soalan 4 :

Hubungan dengan pegawai kanan bermasalah. Apa-apa hal atau isu negatif tentang dia yang didengari, dia menuduh saya menyebarkannya. Selain itu saya merasakan ketua kami sentiasa menyokong tindakannya walaupun salah. Ini menyebabkan saya tidak mempercayai sesiapa disana.

Nlper menjawab :

Sebenarnya, ini masalah HATI. HATI yang dah terlalu kotor akan sebabkan HUBUNGAN sesama MANUSIA jadi kurang elok. Bila kita sering keluarkan isu NEGATIF tentang siapa sahaja, aura negatif itu terus melekat di kepala dan hati kita. Maka tuhan bagi hubungan sesama kita rosak dan bermasalah. Sebab apa ? sebab kita banyak PRASANGKA NEGATIF pada orang lain. DIDIK BALIK HATI KENALI TUHAN, maka masalah diatas akan terurai satu persatu. Wallahu’alam.

Soalan 5 :

Bagaimana idea kita dihargai dan diterima pakai oleh ketua tertinggi. Dan bagaimana dapat naik pangkat dengan cepat ?

Nlper menjawab :

Pakai & hargai dahulu idea yang kita cetuskan baru ketua tertinggi anda akan lihat dan gunakan idea anda. Sebarkan salam, senyum dan sabar ketika bekerja. Ia akan mempercepatkan proses anda menarik getaran “kenaikan pangkat” anda. Gunakan corak bahasa yang betul ketika berkomunikasi secara mempengaruhi. Selamat beramal !
 

Soalan 6 :

Bagaimana NLP membantu saya dalam bidang keusahawanan?

Nlper menjawab :

 Antara teknik NLP yang boleh membantu anda dalam bidang keusahawanan adalah teknik Welformed Outcome (Mencipta MATLAMAT mantap di minda). Anda perlu melakarkan matlamat anda secara jelas seperti contoh “ Pada tahun 2013, saya lihat diri saya sebagai seorang usahawan berjaya dalam bidang perusahaan kereta import. Saya dengar nama saya disebut dikhalayak ramai sebagai seorang usahawan yang berjaya membuat jualan kereta tertinggi pada tahun itu. Saya rasakan mata, telinga dan perasaan saya amat teruja mendapat gelaran “USAHAWAN POWER !” dari Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia. Ketika itu saya berpakaian sut warna hitam dan bertali leher warna merah melangkah naik ke pentas bagi menerima anugerah “USAHAWAN POWER!” diiringi dengan tepukan gemuruh oleh para tetamu pada malam penuh gilang gemilang itu. Dengan izin Allah, saya boleh capai cita-cita saya sebagai usahawan berjaya dalam bidang perusahaan kereta import.” Terjemahkan kesemua ayat-ayat ini dalam bentuk lakaran atau gambar. Kemudian tampal ditempat yang mudah mata anda melihatnya. Ianya akan menjadi satu kuasa tarikan luar biasa pada diri anda. Wallahu’alam. 

Belajarlah Kerana Ia Amat Bermanfaat !

Bagaimana dengan pembacaan anda diatas ? Apakah minda anda sudah mula mengembara ke alam ‘perubahan set minda’ melalui soalan yang telah diajukan oleh rakan pembelajaran NLP anda ? Jika minda anda mula menunjukkan tanda-tanda perubahan, ini bermakna anda berupaya melaksanakan perubahan set minda dan tindakan secara mudah mulai sekarang.

Benarlah mafhum ayat Al-Quran yang bermaksud, “ Sesungguh Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib (keadaan diri) sesuatu kaum hingga kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka.”

Persoalannya, apakah kita sudah bersedia untuk mempelajari ilmu ini atau bagaimana? Apakah kita mahu terus ketinggalan dalam arus perkembangan potensi diri masa kini sedangkan anak-anak kita lebih advance dari ibu dan ayahnya tatkala mereka berkomunikasi. Dan ianya sekaligus mengingatkan saya pada sebuah pertanyaan anak saya kepada ibunya , “ Macamana umi boleh terfikir, yang umi boleh fikir nak beri nama Wadah ini adalah Nur’ain Awadah ?” Fikir-fikirkan dan selamat beramal !

Untuk anda yang telah membaca soalan-soalan pencetus perubahan ini, dan anda ingin mengajukan persoalan kepada NLper anda, sila emelkan ke alamat kurtman20@yahoo.com.

From : Mohd Mustaqiim Asmuji, Jurutera Minda NLP

No comments:

Post a Comment