Suatu hari seorang pesakit yang menghidap 'sakit' kepala yang boleh disifatkan sebagai 'kronik' telah berjumpa dengan seorang 'perawat' bagi merawat kesakitan kepalanya yang telah dialami selama hampir 20 tahun. Beliau berjumpa dengan si perawat dan berkata :-
Pesakit : Wahai si perawat, aku dengar bahawa kamu boleh merawat orang yang mengalami kesakitan seperti barah otak, stress, kanser dan sebagainya. Lalu aku terdengar bahawa ramai orang yang datang pada kamu telah sembuh dari penyakit yang dialaminya. Aku juga perlukan bantuan dari kamu .
Perawat : Baiklah. Kamu lihat dibelakang tempat rawatan ini ada satu bukit kan ?
Pesakit : Ya, jadi kenapa ?
Perawat : Pada esok pagi lepas Subuh, kamu daki bukit itu hingga ke puncaknya. Pasti kamu akan menemui jawapan pada kesakitan yang kamu alami.
Lalu pesakit itu pun tertanya-tanya pada dirinya, "Apakah mungkin dengan mendaki bukit di belakang pusat rawatan ini, sakit kepala yang aku alami selama hampir 20 tahun, terhapus dan terus hilang ? Aku datang kesini nak dapatkan khidmat rawatannya, namun dia suruh aku buat 'perkara bodoh' macam ni. Bentak hati si pesakit.
Pada keesokan paginya, si pesakit memulakan perjalanannya mendaki bukit tersebut. Dia dapat melihat, merasai dan mendengar, suasana alam waktu pagi menyelinap masuk ke dalam tubuh badannya. Sapaan angin pada kulitnya membuatkan diri si pesakit sejuk, nyaman dan selesa. Tanpa dia sedari, akhirnya dirinya telah berada di kemuncak bukit tersebut. Yang menakjubkan berlaku pada dirinya adalah KESAKITAN KEPALANYA HILANG serta merta. Dia tertanya-tanya, "Apa yang berlaku pada diri saya ? Sakit kepala sudah hilang ?". Bagaimana boleh hilang ?
Pada keesokan paginya, si pesakit bertemu dengan perawat dan bertanya :-
Pesakit : Tuan, semalam saya sudah daki bukit dan yang menghairankan diri saya, macamana kesakitan kepala saya hilang secara tiba-tiba ?
Perawat : Bagus. Hanya orang yang benar-benar mempunyai SEMANGAT sahaja dapat mengHILANGKAN kesakitan yang ada pada dirinya. (Sambil perawat bercerita dan terus bercerita...Tiba-tiba si pesakit menangis....ada kala ketawa...kembali muram.....kembali ceria dan terus melihat dunia dalaman dirinya berbeza dari dahulu).
Pesakit : Tuan, sakit saya dah hilang. Apa yang tuan buat ? Macam tak rawat saya pun .
Perawat : Ia. Saya sudah merawat KESAKITAN EMOSI & MENTAL yang menghinggap KEPALA anda.
Pesakit : Bagaimana anda melakukannya ?
Perawat : Saya melakukannya berdasarkan pada ILMU KUASA BAHASA yang dapat menghancurkan segala kesakitan yang 'terhinggap' di tubuh badan anda.
KUASA BAHASA ? Apakah itu ilmu KUASA BAHASA ? Bagaimana kuasa bahasa boleh mengubah EMOSI, PEMIKIRAN dan TINGKAHLAKU anda dan orang sekeliling anda ?
Program Pengamalan Bersijil
(Certified Neuro Linguistic Psychology For Therapist Practitioner)
Sekumpulan wanita sedang mengikuti Program Pengamalan
Bersijil Certified NLP For Therapist Practitioner Batch 1
CERTIFIED NLP FOR THERAPIST PRACTITIONER menjawap persoalan diatas, bagaimana melalui KUASA BAHASA boleh mengubah PERASAAN dan TINGKAHLAKU DIRI / ORANG LAIN secara PANTAS, MUDAH dan BERKESAN. Ianya memberikan SATU DIMENSI BARU bagaimana menggunakan NLP dalam kerja-kerja memudahcara sesi KAUNSELING, RUNDINGCARA, PERHUBUNGAN, COACHING dan sebagainya. Kaedah NLP diperakui kePANTASAN nya sepertimana dibawah :
Richard Bandle- Co-Creator NLP
Jika ada yang mengatakan bahawa NLP tidak bermanfaat abad kini dalam bidang perawatan alternatif, FIKIRKAN SEKALI LAGI.
Selamat beramal !
From : Mohd Mustaqiim Asmuji, C.NLP, CHT
No comments:
Post a Comment