" Akak nak fikirkan cara mati macamana lebih baik !"
kata kak Azmah (bukan nama sebenar) melalui pesanan ringkas yang
dikirim kepada saya baru-baru ini.
Salam sukses, kaya dan berjaya. Hai, apa khabar anda semua. Pastinya kalian yang sedang membaca coretan ringkas dari pakar pembangunan diri kalian , tertunggu-tunggu apa yang saya ingin katakan pada isu kali ini. Anda pernah mendengar ayat seperti diatas ? Mahu MATI kerana FRUST dengan KEHIDUPAN ? Selalu PEDULIKAN ORANG lain hingga DIRI sendiri TERABAI ? Mahu MATI kerana TERKENANG KISAH LAMPAU samada DIROGOL, DI DERA MENTAL DAN FIZIKAL oleh orang tersayang ? atau mahu MATI kerana RISAU APA ORANG LAIN KATA pada diri anda ?
Saya mahu ucapkan TAHNIAH kepada mereka yang ada NIAT untuk MATI awal kerana FRUST dalam KEHIDUPAN yang dijalani sekarang. Kerana apa ? Kerana individu seperti ini telah HILANG NIKMAT SYUKUR pada Allah s..w.t. BERSYUKURLAH kerana anda yang membaca artikel ini MASIH LAGI HIDUP !
Kadar Stress Masyarakat Malaysia
Ramai kalangan kita diluar sana terHIMPIT dengan KESESAKAN HIDUP , MASALAH HUTANG, KEWANGAN, PERMASALAHAN TEMPAT KERJA dan KEKELUARGAAN. Sehinggakan ada kalangan mereka ambil jalan mudah untuk MENAMATKAN RIWAYAT DIRINYA dengan membunuh diri, minum racun , toreh tangan sendiri dengan pisau, kelar anak hingga terburai isi perut dan sebagainya. Namun, tiada apa-apa kesan pun kecuali bertambah sakit mental dan fizikal.
Hari ini , melalui pelbagai cara dan kaedah alternatif seperti terapi diri NLP, Hipnoterapi, Cognative Behavioral Therapy dan sebagainya dapat membantu anda untuk keluar daripada permasalahan hidup yang semakin mencabar. Akhirnya, anda dapati bahawa diri anda sendiri mengalami perubahan yang positif setelah menjalani rawatan sepertimana yang disebutkan sebentar tadi oleh penulis.
Penulis sering merawat kes-kes berkaitan psikomental dan emosi seperti kes akak diatas. Apa yang penulis lakukan adalah MENYAMBUT BAIK SARANAN AKAK yang nak bunuh diri itu dan insyallah, dalam kurang daripada 1 jam sahaja, klien seperti ini menukar MINDSETNYA yang nak bunuh diri kepada meneruskan kehidupan diri yang baru.
Bagi diri penulis dan juga sebagai pengamal NLP dan Juru Hipnotis, penulis melihat, mendengar dan merasai apa yang klien rasai namun apakah penting sebagai seorang individu yang masih waras pemikirannya perlu MENGENANG KEMBALI PERISTIWA HITAM yang terjadi pada dirinya, MEMIKIRKAN APA ORANG LAIN KATA hingga meranapkan keseluruhan hidupnya atau bagaimana ?
PERISTIWA HITAM SUDAH BERLALU.....BIARKAN IANYA BERLALU.....YANG ADA SEKARANG INI DAN AKAN DATANG ADALAH KEHIDUPAN BARU YANG PENUH MAKNA.
Apakah MAKNA 'HARI' ini pada diri KALIAN semua ? Kalian fikir-fikirkan dan selamat beramal !
From :
Mohd Mustaqiim Asmuji, C.NLP, CHT
(Kolumnis Majalah Solusi Telaga Biru)
(Master Trainer Smart Excel Consultant)
(Jurutera Minda NLP)
Emel : kurtman20@yahoo.com
No comments:
Post a Comment