Sunday, August 12, 2012

KUASA SUKSES DIRI 2 (UBAH SUDUT PANDANG)

Hai ! Hai ! Hai ! Bagaimana dengan "minda" anda saat ini. Semoga sukses, kaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Amin. Saya ingin "berceloteh" pada ruangan kali ini untuk kuasa sukses diri bahagian ke-2. Apakah anda sudah membaca "kisah" berunsur NLP pada bahagian pertama tempoh hari ? Apakah "pengajaran" yang dapat anda "kutip" dari "celoteh" saya ya ? Bagaimana pula dengan "perubahan mindset" ada ketika membaca "coretan" saya tempoh hari ? Bagus. Pastinya anda tertanya-tanya, apakah pula kisah pada hari ini kan ?

Saya teringat satu "cerita" sewaktu kecil dahulu. Ketika mana  saya mendengar seorang "motivator" bercerita berkaitan kisah seorang budak perempuan "menukar" kesedihan neneknya menjadi "kegembiraan". Satu pagi  yang indah di sebuah rumah di tepi pinggiran kota, seorang budak perempuan duduk di anjung rumahnya dan dia sedang memerhati neneknya yang kurang "sihat" duduk di kerusi "malas" berhampiran dengan tingkap hadapan rumahnya.
Dia memerhatikan sahaja "gelagat" neneknya yang sedang "bersin" dan nafas neneknya mula tercungap-cungap. Ketika dia sedang "khusyuk" melihat , mendengar dan rasai apa yang neneknya "rasai", tiba-tiba bahunya di tepuk oleh ibunya seraya berkata, "Nina, apa yang kamu tengok tu ya ?". Nina menjawap,"Oh..Nina sedang memerhatikan nenek di tepi tingkat tu. Dia "bersin" dan nafasnya "tercungap-cungap". Ibu, macamana Nina boleh bantu "hilangkan" bersin nenek ya ?", tanya Nina pada ibunya.

Ibunya hanya tersenyum lantas berkata, "Cuba kamu pergi "berborak-borak" dengan nenek kamu. Mungkin kamu akan dapat "jawapannya", kata ibunya.  Nina pun pergi "berlari-lari" menemui neneknya itu. Dia pun mula "berborak-borak" dan bertanya pada neneknya, "Nenek. Macamana malam tadi nenek boleh tidur ke?", tanya Nina pada neneknya. Neneknya lantas memandang cucu kesayangannya itu sambil berkata, "Cu...malam tadi nenek tak dapat tidur nyenyak. Malam tadi hujan lebat. Dan badan nenek terasa "sejuk" hingga pagi ni bersin dan nafas nenek tercungap-cungap . Lelah nenek datang lagi cu.", kata neneknya sambil mengesat "air hingus" yang keluar daripada hidungnya. Setelah sekian lama berborak dengan neneknya , Nina cepat-cepat dapatkan ibunya dan dia cakap pada ibunya, "Bu, macamanna Nina boleh bantu "hilangkan" bersin dan lelah nenek . Bila borak dengan nenek, kesihatannya makin teruk.", kata Nina seolah-olah "putus" asa. "Macam ni. Kali ini kamu pergi balik berjumpa dengan nenek kamu dan tanyakan satu soalan "Macamana nenek jaga saya waktu kecil ya ?. Kamu tanya soalan tu ya.", kata ibunya dengan lembut. 
Lantas, Nina pun pergi berjumpa kembali dengan neneknya dan tanyakan soalan, "Macamana nenek jaga saya waktu kecil ya ?". Nenek tua itu menjawab, " Cu. Waktu kamu kecil nenek yang jaga kamu. Nenek masih ingat lagi waktu nenek bawa kamu berjalan-jalan di satu taman yang indah. Waktu tu musim "dingin" dan kamu berjalan-jalan di taman tu sambil menyanyi "sekuat hati" hingga ada seorang "orang" tua yang dengar kamu punya "suara" dan minta nenek berhentikan "suara" kamu yang "kurang merdu" tu. Maka kamu jawab balik pada orang tua tu bahawa "dia" cemburukan suara kamu yang memenga "sesap" dan "lunak". Hingga orang tua itu terdiam. Lantas kamu pergi meninggalkan tempat itu dengan rasa gembira sambil ditanga kanan kamu memegang "sebatang" ais krim. Kamu berlari-lari riang dan nenek rasa gembira sangat dapat cucu yang cerdik macam kamu.", kata neneknya panjang lebar sambil "beriya-ria" menceritakan kisah silamnya itu. 

Selepas Nina mendengar cerita dari neneknya itu, lantas Nina berjumpa kembali dengan ibunya seraya berkata, " Bu. Saya tak dapat jawapan lagi. Macamana nak buat nenek hilang bersin dan lelahnya tu ?", kata Nina dengan sedikit rasa nak "marah".  Baiklah Nina, kamu baru sahaja"merawat: bersin dan lelah nenek kamu. Apa kamu lihat , dengar dan rasai bila dia cakap pasal masa silam ketika dia jaga kamu dulu. Apakah kamu perhatikan ketika dia cerita kisah lucu tu, tubuh badannya mula segar. Hidungnya yang bersin tu, mula sembuh dan sesak nafas yang dialami oleh nenek kamu beransur-ansur "hilang" kan ? Kamu sudah "ubah" sudut pandang nenek kamu dan akhirnya dia kembali sihat kan ?", kata ibunya dengan lembut dan mesra sambil memeluk tubuh Nina.
"Betul bu. Saya nampak PERUBAHANNYA bila saya mula menyoal berkaitan " kisah silam" yang lucu. Dia gembira. Selesa, rileks dan saya perhatikan bahawa mindanya fokus terhadap "cerita" saya sewaktu kecil dahulu. Rupanya hanya dengan saya mengajukan "SOALAN" yang tepat maka saya akan dapat "JAWAPANNYA" dengan tepat juga. Terima kasih ibu. Sekurang-kurangnya saya berjaya jadi "doktor" peribadi pada "mental" nenek saya.,"ujar Nina pada maknya.

So, para pembaca sekalian, teknik apa yang diguna pakai oleh Nina untuk "tukar" "sudut pandang" neneknya itu ? Jom bermain kuiz dengan saya. Jika anda boleh jawap, maknanya anda insan "POWER".
A) Meta Model ?
B) Re framing ?
C) Milton Model ?
Fikir-fikirkan & selamat beramal !

No comments:

Post a Comment