Thursday, August 9, 2012

KUASA SUKSES DIRI (Bahagian1)

"Perangai kau ni teringat Aki satu cerita.", kata Aki pada Sarah. "Cerita apa Aki. Cepatlah, Sarah nak dengar ni.", kata Sarah pada atuknya Aki. Pada zaman dahulu ada seorang "penebang pokok" yang hidupnya dalam keadaan sederhana. Dia menjalani hidupnya biasa-biasa sahaja. Setiap hari pada jam 07.00 pagi dia keluar dari rumahnya dan pergi ke hutan seberang kampung untuk menebang pokok. Kawasan sekitar hutan itu penuh dengan pokok-pokok yang mempunyai nilai yang tinggi bila dijual. Lantaran itulah, si penebang pokok tu beria-ia untuk "mengaut" keuntungan berganda bila dia dapat menebang pokok dengan banyak. 

Dengan keadaan dirinya yang serba sederhana dan dalam pemikirannya adalah "Cukuplah jika aku dapat tebang pokok sebanyak 5 batang pokok, sudah memadai untuk aku menyara keperluan hidupku. Cukup juga untuk aku menyara keluarga yang berada di rumah", kata si penebang pokok itu dalam nada yang "cukup" dan "sederhana". 
Pada suatu hari datang seorang penebang pokok yang "baru", gagah perkasa dan dia melakukan kerja-kerja "tebang" pokok dengan begitu "ghairah" sekali hingga dia dapat menebang pokok sebanyak 10 batang pokok. Hasilnya dia memperoleh pendapatan pada hari pertama itu sebanyak RM 2,000 . Wow ! Apa lagi terperanjatlah si penebang pokok yang "sederhana" tu hingga dia kata pada dirinya, "Aku yang tiap-tiap hari mengerjakan pekerjaan ini pun tak dapat sampai RM 2,000. Hanya peroleh pendapatan RM RM 1,000 sahaja sehari. Macamana dia boleh dapat sampai RM 2,000 sehari . Aku pula tak boleh ?", rungut si penebang pokok tu. 

Saat dia merungut-rungut berkaitan hasil pendapatannya itu, Sang Penebang pokok yang baru datang di situ terdengar apa yang "dikatakan" oleh penebang pokok (senior) itu , lalu dia berkata , "Tuan, tuan sudah lama menebang pokok disini. Saya dapat lihat , dengar dan rasai cara kerja tuan. Cara tuan berfikir. Cara tuan bercakap dan cara tuan bertindak. Saya amat kagum dengan diri tuan yang gigih setiap hari menebang pokok di hutan ini. Cumanya, saya hairan "Kenapa tuan hanya asyik menebang pokok di hutan ini dengan skala kecil iaitu 5 pokok sehari. Bukankah ianya merugikan lantas memenatkan tubuh badan tuan dan hasilnya seperti biasa sahaja. Jika tuan "gandakan" cara, strategi yang "berbeza" pasti tuan akan memperoleh pendapatan sama macam saya. Mahukah tuan "mengubahnya" ?", tanya beliau kepada penebang pokok senior itu. 
"Sudah pasti. Macamana saya nak buat ?", tanya penebang pokok kepada si "pakar" penebang pokok. Maka, "pakar" penebang pokok itu "mengodam" habis-habisan "cara fikir" penebang pokok (seniorlah katakan) dan akhirnya mindanya "terbuka". Dia terkesima bila mendengar kata-kata ,"UBAH CARA ANDA BERFIKIR. MAKA HIDUP ANDA AKAN TURUT BERUBAH. REZEKI ANDA AKAN DATANG SECARA BERLIPAT KALI GANDA. ANDA perlu BELAJAR dengan ORANG yang SUKSES dalam bidang anda. BARU anda BOLEH BERJAYA. Anda "perlu" gunakan seluruh DERIA ANDA untuk BERPRESTASI TINGGI dan hubungkannya melalui SEMUA SISTEM SARAF OTAK ANDA. Pastinya anda akan beroleh KEJAYAAN ! Inilah KEHEBATAN yang ALLAH berikan pada anda!
Dua minggu kemudian, sang penebang pokok senior itu melakukan lonjakkan "perubahan minda" dan "kelakuan"nya dengan mempelajari "strategi-strategi" untuk memperoleh pendapatan RM 2,000 sepertimana rakannya itu. Alhamdulillah, hidupnya terus berubah dan dia dapati ada semacam bentuk "motivasi" yang luar biasa "terlekat" dalam sanubarinya. DIA MAMPU MENJADIKAN DIRINYA YANG TERBAIK secara berulang kaki. Dia mampu fahami "BAGAIMANA DIA UBAH CARA BERFIKIR, PERASAAN dan PERILAKUnya" hingga jadi sukses. Dan NLP menunjukkan cara bagaimana dia menggunakan segala kekuatan derianya (VAKOG) dan kekuatan bahasa serta tindakan untuk capai "sukses".  Maka, apa yang anda dapat faham, dengar dan rasai dari cerita ini. Ya, pastinya anda dapat rasakan bahawa " NLP adalah satu prinsip ilmu pengetahuan berkaitan BAGAIMANA MEMODEL STRATEGI KEHEBATAN DIRI SESEORANG dan KITA BOLEH GUNAKANNYA SECARA POWERFUL untuk diri kita kan ?. Sudah pasti kerana NLP boleh dianggap sebagai : -

"Belajar tentang kehebatan manusia"
"Kemampuan untuk menjadi yang terbaik sekerap mungkin."
"Pendakatan yang praktikal da kuar untuk melakukan perubahan diri peribadi"
"Teknologi baru untuk pencapaian diri secara sistematik"

Neuro : Sistem saraf mencerap maklumat melalui pancaindera (Lihat, Dengar, Bau, Rasa , Hidu)
Linguistik : Kemampuan kita gunakan bahasa dan bagaimana kata-kata atau frasa spesifik mencerminkan apa yang ada dalam pemikiran kita.
Programming : Signal yang beri isyarat pada fikiran, perasaan dan tindakan kita secara sistematik dan dikeluarkan melalui "tingkahlaku". 

LAKUKAN PERUBAHAN DIRI SECARA BERGANDA ! SELAMAT BERAMAL !

No comments:

Post a Comment