Wednesday, August 8, 2012

SATE...BAKSO.....ENAK YA ?

Salam Ramadan 1433 H. Satu "perkara" yang amat menarik bila kita mengkaji berkaitan "kecemerlangan komunikasi" Presiden Barack Obama. Beliau menggunakan "BAHASA HIPNOTIK" yang dapat mempengaruhi "pemikiran & tindakan" pendengarnya. Bahasa Hipnotik yang dimaksudkan di dalam ilmu Sains Kecemerlangan Diri Manusia-Neuro Linguistic Programming (NLP) adalah "sekumpulan pola-pola bahasa yang amat memberi kesan keatas "minda" dan tingkah laku pendengar. Bahasa Hipnotik ini bersandarkan kepada Bapa Hipnoterapi Terkenal Dunia (Milton H.Erikson).

Kepakaran dan ketajaman Dr Erikson "menggunakan perkataan dan ayat-ayat hipnotik dalam amalan penyembuhan penyakit dan masalah yang dihadapi oleh kliennya dikatakan tiada tolok bandingnya dan menjadi satu lagenda". 

Bahasa Hipnotik merupakan " perkataan atau ayat-ayat yang tidak jelas maknanya. Ia mengandungi  unsur-unsur pengherotan, kekaburan dan kekeliruan yang disengajakan. Makna perkataan dan ayat diberikan sendiri oleh pendengarnya mengikut tafsiran masing-masing. Ia tidak SPESIFIK dan TIDAK PUNYAI KESERAGAMAN MAKSUD kepada setiap PENDENGAR."

Contoh : Saya katakan pada Ali dan Ahmad. "Apakah anda berdua SIHAT hari ini ?". Mereka mengatakan "Ya, saya sihat". Persoalannya , apakah "sihat" mereka sama maksudnya kepada mereka berdua. Sudah tentu berbeza kan ?  Jika kita lihat kembali "bahasa-bahasa Hipnotik" yang digunakan oleh Obama dalam video diatas amat mempengaruhi khalayak pendengar. Bila beliau katakan "INDONESIA BAGIAN DARI DIRI SAYA". Wow ! Bahasa yang digunakan sungguh mengujakan dan mempengaruhi khalayak pendengar.

Dibawah ini di "turun" kan CORAK-CORAK BAHASA HIPNOTIK yang boleh digunakan dalam komunikasi harian khususnya dalam ucapan mempengaruhi khalayak :-
1- Saya tertanya-tanya sekiranya.................
2-Mungkin anda boleh....................
3-Anda mungkin sudah tahu....................
4-Jangan.....terlalu cepat........
5- Bolehkah anda bayangkan........
6- Anda boleh....anda boleh bukan ?

Pastinya anda tertanya-tanya apakah kegunaan bahasa hipnotik ini kan ? Jika anda ingin mempelajarinya secara mendalam sememangnya anda boleh mula melakukannya melalui kelas-kelas pembelajaran NLP secara formal. Jika anda rasakan memasuki kelas-kelas NLP secara formal membantu anda agar boleh "melonjakkan" prestasi komunikasi anda secara BERLIPAT GANDA, ianya amat digalakkan. Satu PELABURAN jangka panjang buat diri anda. ANDA INGIN MENJADI "KOMUNIKATOR" hebat macam OBAMA atau seumpama dengannya ? Pastinya anda bertemu dengan "GURU" yang betul dan benar dalam membantu "mempertingkatkan" tahap KOMUNIKASI anda mulai sekarang !
Selamat Beramal ! 

No comments:

Post a Comment