Ingin MENGELAK daripada 'SUKAR' MENGAJAR di SEKOLAH, IPT ?
KELUAR daripada P&P yang TIDAK BERMAYA ?
Ingin MEMBUANG EMOSI STRESS (NEGATIVE ENERGY) yang TERSANGKUT di KEPALA,
BAHU, TANGAN, PERUT dan KAKI anda ?
Ingin MEMBUANG KESAKITAN EMOSI anda disebabkan KETAKUTAN & FOBIA seperti
KEMALANGAN, FOBIA dengan SERANGGA seperti LIPAS dll ?
Ingin MENGELAK KESUKARAN ketika BERHUBUNG dengan PELANGGAN anda pada sesi JUALAN PRODUK / PERKHIDMATAN anda ?
Ingin MENGHAPUSKAN KETAKUTAN DIRI ketika melakukan PENGUCAPAN AWAM ?
Ingin PASANGAN dan ANAK-ANAK anda MENDENGAR dan TERLENTOK dengan KATA-KATA anda ?
TAHNIAHKAN DIRI ANDA !
PILIHAN dan KEPUTUSAN untuk anda menyertai MINIWORSHOP ini berada di TANGAN ANDA.
Jika anda selaku :-
(1) IBU BAPA
(2) USAHAWAN PELBAGAI BIDANG (INSURAN, MLM, JUALAN ATAS TALIAN)
(3) PENDIDIK DI TADIKA/TASKA/ IPT
(4) KAUNSELOR , PSIKOLOGI, AHLI TERAPI
(5) DOKTOR, JURURAWAT, AHLI FARMASI
(6) USTAZ, USTAZAH
(7) PELAJAR
dan INDIVIDU yang MERASAKAN KEPERLUAN MINIWORSHOP ini pada DIRINYA.
PENGAMBILAN PELAJAR BERMULA SEKARANG !
TEMPAT TERHAD !
DAFTAR SEKARANG !
HUBUNGI HOTLINE :-
019-2044036 (MR MUSTAQIIM)
019-3897580 (MR KHAERIL ANUAR)
PROGRAM CERTIFIED NLP FOR TEACHERS PRACTITIONER, ANLPM
Dr. Benfadzil, a business forensic and
clinical Psychologist is also a master certified trainer for Hypnosis
and Hypnotherapist. Dr. Benfadzil is a Certified Master TrainerREG# CMT-0928-09 in Hypnotherapy by IACT
PROGRAM PENGAMALAN BERTAULIAH DARI AKADEMI NLP MALAYSIA
" CERTIFIED NLP FOR TEACHERS & EDUCATORS PRACTITIONER-ANLPM"
Apakah anda menghadapi "CABARAN" seperti berikut :-
(1) Pelajar tak beri tumpuan semasa belajar dalam kelas ?
(2) Cara anda mengajar dalam kelas semakin hari semakin "kurang" daya "penarik" ?
(3) Prestasi pembelajaran anak anda semakin hari semakin 'membimbangkan' ?
(4) Kuasa penyampaian anda dikhalayak ramai semakin 'tumpul' dan kurang 'berkesan'?
(5) Seringkalli cara anda berfikir dengan anak / pelajar anda 'tak ngam' dan selalu bertembung?
Jawapan pada persoalan yang berlegar di kepala anda boleh diselesaikan melalui Program Bertaraf Antarabangsa ini mulai sekarang.
PROGRAM CERTIFIED NLP FOR TEACHERS & EDUCATORS MENEMUI ANDA DI JOHOIR BAHRU sepertimana dibawah :
TARIKH : 27-29/09/2013
MASA : 09.00AM - 05.00PM
TEMPAT :
TINGKAT 3, LOT NO. 7. PERBADANAN ISLAM JOHOR OFF JALAN
KEBUN TEH, JOHOR DARUL TAKZIM
TENAGA PENGAJAR :
MR KHAERIL ANUAR DARUS & MR MOHD MUSTAQIIM ASMUJI
(MASTER TRAINER SMART EXCEL CONSULTANT)
EVENT ORGANIZER :
D'HAYATI RESOURCES SDN BHD.
Jika anda seorang PENDIDIK, IBU BAPA, AHLI PIBG, USAHAWAN PELBAGAI INDUSTRI, PENGUSAHA TADIKA/TASKA, KAUNSELOR, AHLI PSIKOLOGI, TERAPIS, DOKTOR, PEGUAM dll yang mahu menambah NILAI DIRI untuk KERJAYA MASA HADAPAN, HADIRKAN DIRI ANDA di dalam BENGKEL BERPRESTASI TINGGI INI.
APAKAH YANG ANDA BAKAL PELAJARI ?
Belajar ........
(a) Bagaimana gunakan BAHASA DERIA yang "memukau" pendengar anda bila berada dikhalayak ramai.
(b) Bagaimana GAYA BERFIKIR pelajar /anak anda dapat mempengaruhi "prestasi pembelajarannya".
(c) Bagaimana mengesan GERAKAN MATA pelajar anda ketika "berkomunikasi" dengan anda ?
(d) Bagaimana meningkatkan FOKUS & DAYA KONSENTRASI pelajar secara BERLIPAT KALI GANDA. dll
Anda boleh KLIK ke LINK ini :-
Kepakaran Smart Excel Consultant
Teknik Memulakan Kelas Guna 4MAT
Tukar MINDSET dengan Terapi NLP
NLP ; The New Pedagogy Approach In School
DAFTAR SEGERA kerana TEMPAT TERHAD !
MULAKAN LANGKAH UNTUK MENJADI NLPER YANG BERKEPAKARAN DALAM BIDANG "TEACHING & LEARNING STYLE USING NLP".
" Akak nak fikirkan cara mati macamana lebih baik !"
kata kak Azmah (bukan nama sebenar) melalui pesanan ringkas yang
dikirim kepada saya baru-baru ini.
Salam sukses, kaya dan berjaya. Hai, apa khabar anda semua. Pastinya kalian yang sedang membaca coretan ringkas dari pakar pembangunan diri kalian , tertunggu-tunggu apa yang saya ingin katakan pada isu kali ini. Anda pernah mendengar ayat seperti diatas ? Mahu MATI kerana FRUST dengan KEHIDUPAN ? Selalu PEDULIKAN ORANG lain hingga DIRI sendiri TERABAI ? Mahu MATI kerana TERKENANG KISAH LAMPAU samada DIROGOL, DI DERA MENTAL DAN FIZIKAL oleh orang tersayang ? atau mahu MATI kerana RISAU APA ORANG LAIN KATA pada diri anda ?
Saya mahu ucapkan TAHNIAH kepada mereka yang ada NIAT untuk MATI awal kerana FRUST dalam KEHIDUPAN yang dijalani sekarang. Kerana apa ? Kerana individu seperti ini telah HILANG NIKMAT SYUKUR pada Allah s..w.t. BERSYUKURLAH kerana anda yang membaca artikel ini MASIH LAGI HIDUP !
Kadar Stress Masyarakat Malaysia
Ramai kalangan kita diluar sana terHIMPIT dengan KESESAKAN HIDUP , MASALAH HUTANG, KEWANGAN, PERMASALAHAN TEMPAT KERJA dan KEKELUARGAAN. Sehinggakan ada kalangan mereka ambil jalan mudah untuk MENAMATKAN RIWAYAT DIRINYA dengan membunuh diri, minum racun , toreh tangan sendiri dengan pisau, kelar anak hingga terburai isi perut dan sebagainya. Namun, tiada apa-apa kesan pun kecuali bertambah sakit mental dan fizikal.
Hari ini , melalui pelbagai cara dan kaedah alternatif seperti terapi diri NLP, Hipnoterapi, Cognative Behavioral Therapy dan sebagainya dapat membantu anda untuk keluar daripada permasalahan hidup yang semakin mencabar. Akhirnya, anda dapati bahawa diri anda sendiri mengalami perubahan yang positif setelah menjalani rawatan sepertimana yang disebutkan sebentar tadi oleh penulis.
Penulis sering merawat kes-kes berkaitan psikomental dan emosi seperti kes akak diatas. Apa yang penulis lakukan adalah MENYAMBUT BAIK SARANAN AKAK yang nak bunuh diri itu dan insyallah, dalam kurang daripada 1 jam sahaja, klien seperti ini menukar MINDSETNYA yang nak bunuh diri kepada meneruskan kehidupan diri yang baru.
Bagi diri penulis dan juga sebagai pengamal NLP dan Juru Hipnotis, penulis melihat, mendengar dan merasai apa yang klien rasai namun apakah penting sebagai seorang individu yang masih waras pemikirannya perlu MENGENANG KEMBALI PERISTIWA HITAM yang terjadi pada dirinya, MEMIKIRKAN APA ORANG LAIN KATA hingga meranapkan keseluruhan hidupnya atau bagaimana ?
PERISTIWA HITAM SUDAH BERLALU.....BIARKAN IANYA BERLALU.....YANG ADA SEKARANG INI DAN AKAN DATANG ADALAH KEHIDUPAN BARU YANG PENUH MAKNA.
Apakah MAKNA 'HARI' ini pada diri KALIAN semua ? Kalian fikir-fikirkan dan selamat beramal !
Suatu hari seorang pesakit yang menghidap 'sakit' kepala yang boleh disifatkan sebagai 'kronik' telah berjumpa dengan seorang 'perawat' bagi merawat kesakitan kepalanya yang telah dialami selama hampir 20 tahun. Beliau berjumpa dengan si perawat dan berkata :-
Pesakit : Wahai si perawat, aku dengar bahawa kamu boleh merawat orang yang mengalami kesakitan seperti barah otak, stress, kanser dan sebagainya. Lalu aku terdengar bahawa ramai orang yang datang pada kamu telah sembuh dari penyakit yang dialaminya. Aku juga perlukan bantuan dari kamu .
Perawat : Baiklah. Kamu lihat dibelakang tempat rawatan ini ada satu bukit kan ?
Pesakit : Ya, jadi kenapa ?
Perawat : Pada esok pagi lepas Subuh, kamu daki bukit itu hingga ke puncaknya. Pasti kamu akan menemui jawapan pada kesakitan yang kamu alami.
Lalu pesakit itu pun tertanya-tanya pada dirinya, "Apakah mungkin dengan mendaki bukit di belakang pusat rawatan ini, sakit kepala yang aku alami selama hampir 20 tahun, terhapus dan terus hilang ? Aku datang kesini nak dapatkan khidmat rawatannya, namun dia suruh aku buat 'perkara bodoh' macam ni. Bentak hati si pesakit.
Pada keesokan paginya, si pesakit memulakan perjalanannya mendaki bukit tersebut. Dia dapat melihat, merasai dan mendengar, suasana alam waktu pagi menyelinap masuk ke dalam tubuh badannya. Sapaan angin pada kulitnya membuatkan diri si pesakit sejuk, nyaman dan selesa. Tanpa dia sedari, akhirnya dirinya telah berada di kemuncak bukit tersebut. Yang menakjubkan berlaku pada dirinya adalah KESAKITAN KEPALANYA HILANG serta merta. Dia tertanya-tanya, "Apa yang berlaku pada diri saya ? Sakit kepala sudah hilang ?". Bagaimana boleh hilang ?
Pada keesokan paginya, si pesakit bertemu dengan perawat dan bertanya :-
Pesakit : Tuan, semalam saya sudah daki bukit dan yang menghairankan diri saya, macamana kesakitan kepala saya hilang secara tiba-tiba ?
Perawat : Bagus. Hanya orang yang benar-benar mempunyai SEMANGAT sahaja dapat mengHILANGKAN kesakitan yang ada pada dirinya. (Sambil perawat bercerita dan terus bercerita...Tiba-tiba si pesakit menangis....ada kala ketawa...kembali muram.....kembali ceria dan terus melihat dunia dalaman dirinya berbeza dari dahulu).
Pesakit : Tuan, sakit saya dah hilang. Apa yang tuan buat ? Macam tak rawat saya pun .
Perawat : Ia. Saya sudah merawat KESAKITAN EMOSI & MENTAL yang menghinggap KEPALA anda.
Pesakit : Bagaimana anda melakukannya ?
Perawat : Saya melakukannya berdasarkan pada ILMU KUASA BAHASA yang dapat menghancurkan segala kesakitan yang 'terhinggap' di tubuh badan anda.
KUASA BAHASA ? Apakah itu ilmu KUASA BAHASA ? Bagaimana kuasa bahasa boleh mengubah EMOSI, PEMIKIRAN dan TINGKAHLAKU anda dan orang sekeliling anda ?
Program Pengamalan Bersijil
(Certified Neuro Linguistic Psychology For Therapist Practitioner)
Sekumpulan wanita sedang mengikuti Program Pengamalan
Bersijil Certified NLP For Therapist Practitioner Batch 1
CERTIFIED NLP FOR THERAPIST PRACTITIONER menjawap persoalan diatas, bagaimana melalui KUASA BAHASA boleh mengubah PERASAAN dan TINGKAHLAKU DIRI / ORANG LAIN secara PANTAS, MUDAH dan BERKESAN. Ianya memberikan SATU DIMENSI BARU bagaimana menggunakan NLP dalam kerja-kerja memudahcara sesi KAUNSELING, RUNDINGCARA, PERHUBUNGAN, COACHING dan sebagainya. Kaedah NLP diperakui kePANTASAN nya sepertimana dibawah :
Richard Bandle- Co-Creator NLP
Jika ada yang mengatakan bahawa NLP tidak bermanfaat abad kini dalam bidang perawatan alternatif, FIKIRKAN SEKALI LAGI.
" Teachers / Educators all over the world have found NLP to be useful in many ways to motivate learners and get them curious to learn more. Using NLP, you can tailor your language to get the exact results that you want, understand and utilize different learning styles, create rapport quickly with groups of learners, and help students with learning problems. And of course, NLP is very valuable for you to manage your own state and goals in the classroom and beyond."
Mengapa GURU / PENDIDIK / USAHAWAN / IBU BAPA perlu memiliki ILMU NLP melalui PROGRAM PENGAMALAN ini ?
Kerana ANDA adalah :-
1) Pakar dalam bidang PENDIDIKAN.
2) Guru yang BERHAK memiliki P&P secara LUAR BIASA.
3) Tenaga PENDIDIK yang BERPENGARUH pada MINDA, EMOSI & TINGKAHLAKU pelajarnya.
4) Pendidik yang BARU BERKHIDMAT dalam dunia PENDIDIKAN sekolah & ipt.
5) Guru yang BERTUAH memiliki ILMU NLP yang di APLIKASI di dalam DUNIA PENDIDIKAN MALAYSIA.
APA YANG ANDA INGINKAN MELALUI PEMBELAJARAN BERNILAI TINGGI INI ?
1- Komunikasi dengan PELAJAR berjalan dengan LANCAR.
2- Fahami STRATEGI POLA FIKIR pelajar untuk pengaruhi PRESTASI PEMBELAJARANNYA.
3- Teknik mengekalkan MOMENTUM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN di minda pelajar secara CEPAT, PANTAS dan BERKESAN.
4- Strategi P&P berkesan di dalam KELAS.
APA LAGI YANG ANDA PERLUKAN SELEPAS MEMILIKI CERTIFIED INI ?
1- War-warkan program pengamalan ini kepada rakan anda yang lain. JANGAN KEDEKUT UNTUK SEBARKAN ILMU INI. Pahala tetap kekal berpanjangan.
2- Berlatih terus selama 40 hari, baru anda dapat rasakan MANISNYA mengajar TANPA STRES.
3- Bersabar dengan RAGAM PELAJAR kerana anda telah mempelajari kaedah untuk KUASAI PELAJAR kurang dari 30 minit.
"JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA. NANTI LAMA-LAMA , PROGRAM INI TERLEPAS PADA ORANG LAIN !"
TAHNIAH KEPADA YANG SUDAH MENDAFTAR !
JUMPA KITA DI TEMPAT BELAJAR BERSAMA PAKAR NLP ANDA.
Kata Alumni Pengamalan Bersijil NLP For Teachers Practitioner :-
-Kaunselor, Kolej Professional Mara, Seri Iskandar, Perak-
-Teknik 4MAT untuk pengaruhi EMOSI pelajar saat BELAJAR-
-Kelas Perbincangan Ilmu Certified NLP For Teachers & Educators-ANLPM-
ANDA BOLEH MENGIKUTI PROGRAM PENGAMALAN INI SECARA PERSONAL mahupun BERKUMPULAN mulai SEKARANG !
Bagaimana kita harus menghadapi ketua yang kurang mengambil berat tentang pengagihan tugas di antara kakitangan-kakitangan iaitu tiada kesimbangan dengan jawatan yang disandang oleh kakitangan berkenaan? Ini menimbulkan ketidak puas hati di antara kakitangan.
NLper Menjawab :
Buat tugasan yang diagihkan itu secara mudah. Buat dan lakukan tugasan itu dengan hati yang seronok. Sampaikan pesanan ringkas pada ketua anda yang anda boleh lakukan tugasan itu dengan cemerlang. Apakah anda inginkan pengagihan tugas antara kakitangan-kakitangan itu seimbang dengan jawatan yang disandangnya ? Jika anda katakan ya, maknanya anda seorang yang belum boleh melangkah jauh dalam dunia pekerjaan anda.
Dalam dunia kerja masa kini, seorang yang mempunyai pelbagai kemahiran amat diperlukan oleh sebuah organisasi untuk maju kehadapan. Dan fikirkan bila anda menjadi seorang yang punya pelbagai kemahiran & kebolehan, apa faedahnya untuk diri anda pada masa hadapan jika anda “terjebak” dalam dunia perniagaan ? Fikir-fikrkan & selamat beramal !
Soalan 2 :
Masalah dengan seorang penduduk kampung sewaktu mengadakan kerja amal (gotong-royong) di kawasan masjid. Kerap memuji diri sedangkan dia tidak membuat kerja yang di amanahkan. NLper menjawab :
Anda buat kerja anda kerana Allah. Buat dengan sebaik mungkin. Buktikan bahawa mereka yang selalu puji diri sendiri itu tergolong dalam golongan “TIN KOSONG”. Buat apa anda nak terus bermasalah dengan orang sebegini. Yang sakit hati nanti anda. Tak pasal-pasal anda yang jatuh sakit kan ? Fikir-fikirkan & lakukannya secara mudah mulai sekarang !.
Soalan 3 :
Saya sudah bekerja selama 6 tahun, tiap kali kami menguatkuasakan undang-undang majlis perbandaran , kami anggota penguatkuasa akan digelar antu (hantu) atau asuk ….. (anjing) oleh orang awam. Sedangkan kami ini penguatkuasa cuba membetulkan keadaan yang tidak betul demi kepentingan orang awam. Dan ada juga dikalangan kakitangan itu sendiri melihat kami pada kedudukan paling rendah dalam organisasi .
Nlper menjawab :
Jika orang awam mengelar anda sebagai antu (hantu) atau asuk…. , mereka sebenarnya betul. Kerana apa ? kerana mereka ikut persepsi segelintir kakitangan organisasi anda yang melihat anda pada kedudukan paling rendah dalam organisasi. Mereka belajar secara tak langsung dari segelintir kakitangan anda. Persoalannya adalah , adakah anda lihat kerja anda selaku penguatkuasa itu ditahap PROFESIONAL. Orang lain tak mampu nak buat kerja anda. Hanya anda sahaja yang layak melakukan tugas penguatkuasaan itu. SYABAS kerana anda lakukan tugasan anda dengan cemerlang berbanding dengan “ CAWAN KOSONG” yang bocor dan tak berguna pada organisasi anda.
Soalan 4 :
Hubungan dengan pegawai kanan bermasalah. Apa-apa hal atau isu negatif tentang dia yang didengari, dia menuduh saya menyebarkannya. Selain itu saya merasakan ketua kami sentiasa menyokong tindakannya walaupun salah. Ini menyebabkan saya tidak mempercayai sesiapa disana.
Nlper menjawab :
Sebenarnya, ini masalah HATI. HATI yang dah terlalu kotor akan sebabkan HUBUNGAN sesama MANUSIA jadi kurang elok. Bila kita sering keluarkan isu NEGATIF tentang siapa sahaja, aura negatif itu terus melekat di kepala dan hati kita. Maka tuhan bagi hubungan sesama kita rosak dan bermasalah. Sebab apa ? sebab kita banyak PRASANGKA NEGATIF pada orang lain. DIDIK BALIK HATI KENALI TUHAN, maka masalah diatas akan terurai satu persatu. Wallahu’alam.
Soalan 5 :
Bagaimana idea kita dihargai dan diterima pakai oleh ketua tertinggi. Dan bagaimana dapat naik pangkat dengan cepat ?
Nlper menjawab :
Pakai & hargai dahulu idea yang kita cetuskan baru ketua tertinggi anda akan lihat dan gunakan idea anda. Sebarkan salam, senyum dan sabar ketika bekerja. Ia akan mempercepatkan proses anda menarik getaran “kenaikan pangkat” anda. Gunakan corak bahasa yang betul ketika berkomunikasi secara mempengaruhi. Selamat beramal !
Soalan 6 :
Bagaimana NLP membantu saya dalam bidang keusahawanan?
Nlper menjawab :
Antara teknik NLP yang boleh membantu anda dalam bidang keusahawanan adalah teknik Welformed Outcome (Mencipta MATLAMAT mantap di minda). Anda perlu melakarkan matlamat anda secara jelas seperti contoh “ Pada tahun 2013, saya lihat diri saya sebagai seorang usahawan berjaya dalam bidang perusahaan kereta import. Saya dengar nama saya disebut dikhalayak ramai sebagai seorang usahawan yang berjaya membuat jualan kereta tertinggi pada tahun itu. Saya rasakan mata, telinga dan perasaan saya amat teruja mendapat gelaran “USAHAWAN POWER !” dari Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia. Ketika itu saya berpakaian sut warna hitam dan bertali leher warna merah melangkah naik ke pentas bagi menerima anugerah “USAHAWAN POWER!” diiringi dengan tepukan gemuruh oleh para tetamu pada malam penuh gilang gemilang itu. Dengan izin Allah, saya boleh capai cita-cita saya sebagai usahawan berjaya dalam bidang perusahaan kereta import.” Terjemahkan kesemua ayat-ayat ini dalam bentuk lakaran atau gambar. Kemudian tampal ditempat yang mudah mata anda melihatnya. Ianya akan menjadi satu kuasa tarikan luar biasa pada diri anda. Wallahu’alam.
Belajarlah Kerana Ia Amat Bermanfaat !
Bagaimana dengan pembacaan anda diatas ? Apakah minda anda sudah mula mengembara ke alam ‘perubahan set minda’ melalui soalan yang telah diajukan oleh rakan pembelajaran NLP anda ? Jika minda anda mula menunjukkan tanda-tanda perubahan, ini bermakna anda berupaya melaksanakan perubahan set minda dan tindakan secara mudah mulai sekarang.
Benarlah mafhum ayat Al-Quran yang bermaksud, “ Sesungguh Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib (keadaan diri) sesuatu kaum hingga kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka.”
Persoalannya, apakah kita sudah bersedia untuk mempelajari ilmu ini atau bagaimana? Apakah kita mahu terus ketinggalan dalam arus perkembangan potensi diri masa kini sedangkan anak-anak kita lebih advance dari ibu dan ayahnya tatkala mereka berkomunikasi. Dan ianya sekaligus mengingatkan saya pada sebuah pertanyaan anak saya kepada ibunya , “ Macamana umi boleh terfikir, yang umi boleh fikir nak beri nama Wadah ini adalah Nur’ain Awadah ?” Fikir-fikirkan dan selamat beramal !
Untuk anda yang telah membaca soalan-soalan pencetus perubahan ini, dan anda ingin mengajukan persoalan kepada NLper anda, sila emelkan ke alamat kurtman20@yahoo.com.