Thursday, August 20, 2009

Perkhidmatan Terbaru Konsultan AMC



" PENCARIAN PASANGAN HIDUP BERLANDASKAN ISLAM "

Salam buat pengunjung blog saya. Ini adalah idea dan perkhidmatan terbaru dari pihak saya iaitu Pencarian Pasangan Hidup Berlandaskan Islam melalui cara Baitul Muslim.
So, para pengunjung sekalian nak tahu apa itu Baitul Muslim ?
Baitul Muslim adalah satu institusi pencarian pasangan atau jodoh bagi memudahkan urusan pemilihan pasangan yang baik untuk mendirikan rumah tangga. Pemilihan pasangan adalah penting kerana ia akan menentukan samada mahligai yang dibina akan bertahan dengan lebih lama atau sebaliknya.

Ingatlah firman Allah s.w.t yang bermaksud "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (antara suami-isteri)" [Surah Ar-Ruum: 21]

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, sehingga Adam a.s rindukan Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada cinta Allah yang Maha Agung, disitulah segala jawapannya.

So, kepada anda yang mengunjungi blog saya ini dan ingin mendapatkan khidmat konsultasi pencarian pasangan untuk dijadikan suri dihati, anda boleh melihat tatacara pendaftaran dan pelaksanaan padanan jodoh Baitul Muslim :-

1. Sentiasa memasang niat dan membetulkan niat untuk membina rumahtangga yang diredhai Allah. Buang jauh jauh sikap ego, prasangka dan prejudis. Kita sama sama memerlukan antara satu dengan yang lain. Sentiasa berdoa agar Allah memberikan anda pilihan terbaik disisi Allah.
2.Hanya individu yang serius dan merasa perlu untuk berumahtangga dalam masa terdekat ( dalam masa setahun) sahaja digalakkan mendaftar.
3. Isikan borang Baitul Muslim selengkap mungkin terutama kriteria pasangan yang menjadi idaman dan pilihan hati.
4. Hantarkan borang Biodata Baitul Muslim (disediakan) yang telah diisi lengkap kepada emel, abqarimanagementconsultant@yahoo.com
5. Bayaran perkhidmatan yang minimal akan dikenakan apabila nama dan biodata pasangan yang sepadan menurut kriteria pilihan telah ditemui. Anda akan diberi 2 nama dan biodata calon. Jika tiada yang sesuai, 2 lagi nama dan biodata akan diberi, sehinggalah berjumpa dengan pasangan idaman.
6. Apabila anda telah melihat biodata yang sesuai, kemudian berkenan sila hubungi pihak AMC.
7. Anda tidak dibenarkan menghubungi padanan pasangan anda sendiri.
8. Pihak konsultan akan mengadakan majlis pertemuan antara anda dan bakal pasangan anda dengan ditemani oleh pasangan suami isteri JK AMC. Satu taklimat ringkas mengenai Perkahwinan yang Islami (match making) dan majlis taaruf (suaikenal) pasangan akan diadakan.
9. Di majlis taaruf , setiap individu terlibat bebas bertanya sebarang soalan sehingga semua 'tandatanya' dan kemusykilan terjawab dan merasa puas dengan jawapan yang diberikan.
10. Selepas majlis pertemuan, pasangan diberi masa seminggu atau lebih untuk solat istikharah sebanyak 7 kali dalam membuat keputusan untuk menolak atau menerima cadangan 'padanan' pasangan yang diajukan oleh konsultan.
11. Keputusan samada 'ya' atau pun 'tidak' hendaklah diberitahu kepada JK AMC.
12. Jika jawapan kedua adalah positive, JK akan menasihatkan kedua dua belah pihak menyusun langkah seterusnya, i.e keluarga pihak lelaki menemui keluarga perempuan untuk urusan meminang dan seterusnya melangsungkan perkahwinan.
13. Sebelum majlis perkahwinan pasangan dikehendaki membuat bayaran perkhidmatan yang sewajarnya sebagai bayaran terakhir kepada pihak konsultan.
14. Jika jawapan negative, anda jangan mudah putus asa. Semua maklumat yang anda dapati mengenai pasangan padanan konsultan adalah amanah dan perlu dirahsiakan. Maruah saudara muslim perlu dijaga.
15. Ingatlah lelaki yang baik untuk wanita yang baik, lelaki yang keji untuk wanita yang keji.
________________________________________________________________________

BORANG BIODATA BAITUL MUSLIM KONSULTAN AMC

1. Nama :__________________________________(Gender):_______________

Nama Bapa :__________________________________

Nama Ibu :___________________________________

Asal / negeri kelahiran :_______________________

2. Ahli Pertubuhan Islam/Organisasi sukarelawan: JIM/ABIM/PAS/keadilan/Mercy
DLL ;__________________________

3. Status: Bujang/Janda/Duda/Ibu tunggal/Bapa tunggal

4. Umur (DOB) :_________________

5. Saiz fizikal : Tinggi __________. Berat:____________

6. Warna kulit: Putih / Sawo Matang/hitam manis/kuning langsat

7. Bangsa: Melayu/Cina/India/ DLL :__________________

8. Keturunan: Jawa/Bugis/Banjar/Minagkabau/Mendeling/dll…..

9.Hobi/minat:_________________________

10.Penglibatan dalam kerja kerja dakwah/Islam/sukarelawan semasa di sekolah :

a) Menengah :_______________________

b) IPT :____________________________

c) Kini :___________________________

11.Kelebihan/kekuatan diri :_____________________________

12.Kekurangan/kelemahan:________________________________

13. Pekerjaan :______________________ Pendapatan :_____________________

14. Nama Majikan/Syarikat:____________________________________

15. Cita-cita jangka panjang:_________________________________

16. Alamat rumah/pos:__________________________________________

17. No. Telefon:_____________________ Email :______________________

18.Pencapaian Akademik/latarbelakang pendidikan:

· Pendidikan sekolah rendah :__________________________

· Pendidikan menengah :________________________________

· IPT :______________________


19. Taraf kesihatan/Penyakit dihidapi sedari kecil:___________________

20. Bilangan adik beradik :____________ Status ekonomi keluarga: _________

21. Latar belakang keluarga;

a. Pekerjaan ibu bapa /taraf ekonomi keluarga :______________________

b. Keahlian & keterlibatan ibu bapa dalam dakwah :___________________

c. Pertubuhan dakwah/gerakan Islam/badan kebajikan yang ibu bapa terlibat :_________

d. Kerja kerja dakwah/Islami :____________________________

22 (i).Jika anda seorang perempuan:

a. Adakah anda bersedia untuk bersuamikan seorang lelaki yang lebih tua/muda, berpendapatan lebih rendah/tinggii dari anda ?_____________

b. Adakah anda bersedia mengamalkan poligami (menjadi isteri kedua…dan seterusnya) ?
________________

22(ii) Jika anda seorang lelaki yang telah berkahwin:

a. Adakah isteri pertama anda telah diberitahu dan memberikan persetujuan terhadap niat anda?____________________

b. Adakah anak-anak telah diberitahu mengenai niat anda?___________________

23. Ciri-ciri/kriteria-pasangan yang diingini: (dari segi umur, negeri asal, bangsa keturunan,warna kulit, dan lain lain keutamaan dan pilihan).
________________________________________
________________________________________
________________________________________

24. Nama kawan rapat yang boleh dirujuk atau dihubungi :____________

25. Masakan / makanan yang paling disukai:____________________________

26. Perkara yang paling dibenci:_______________________________________

27. Perkara yang disukai:______________________________________________

28. Sila sertakan gambar sekali (muka penuh dan seluruh anggota) - WAJIB

[Sila kemukakan maklumat tambahan selengkapnya jika soalan-soalan di atas tidak mencukupi]

PERHATIAN: SEMUA MAKLUMAT ADALAH CONFIDENTIAL
[HANTARKAN BORANG YANG TELAH DI ISI KEPADA: abqarimanagementconsultant@yahoo.com

Fee Konsultasi Perkhidmatan :-
1- Pendaftaran Baitul Muslim : RM 10.00
2- Perjumpaan /liqa' dengan pasangan (taaruf) : RM 50.00
3- Persetujuan keserasian dan urusan konsultasi
sebelum perkahwinan berlangsung : RM 50.00
_________
JUMLAH KESELURUHAN : RM 110.00
* PERCUMA! hadiah perkahwinan akan diberikan kepada pasangan masing-masing yang berjaya mendirikan rumahtangga melalui Baitul Muslim.

Monday, August 17, 2009

Ahlan Ya Sahlan Ya Ramadhan


Amalan Ramadhan
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com

Pesta beribadah telahpun bermula
Bersama tibanya Ramadhan yang mulia
Rahmat Allah melimpah untuk semua hambaNya
Nikmat Allah mengalir mencurah-curah
Meriahkan Ramadhan ini dengan beribadah
Tingkatkan amal dan mujahaddah
Banyakkanlah berzikir dan baca Al-Quran
Muhasabah dan sucikan hati..

Seluruh anggota kita semua ada peranannya
Perlu dijaga di setiap tindakan
Hati yang telah bersih dan berakhalak mulia
Di sisi Allah tinggi nilainya
Jagalah lidah dan tutur kata jangan sampai
Mengumpat dan berkata-kata dusta
Pelihara mata dan jagalah telinga
Agar berbuat yang diredhoi Allah
Langkahkan kaki menuju kebaikan jangan melangkah
Ke arah kejahatan dan maksiat
jika terhumban kekancah kehinaan
Di dunia lagi beroleh pembalasan
Puasa sekadar lapar dan dahaga........

Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur pada Allah s.w.t kerana berjaya mengakhiri program SPIES tahap 1 bagi siri ke-7 ini. Dan rasa syukur juga pada Allah kerana tak lama lagi akan masuk bulan Ramadhan. So, para trainer spies atau perunding pembangunan insan di Malaysia dapatlah menumpukan perhatian kepada amalan-amalan yang hebat dan cemerlang pada bulan Ramadhan. Biasalah, kehidupan sebagai trainer amat sibuk sekali dan bulan Ramadhanlah bulan yang para trainer dapat merehatkan diri dari hal ehwal dunia. Bulan Ramadhan juga para trainer dapat bersama dengan keluarga.

Bulan Ramadhan ni, para trainer diingatkan agar upgrade diri ke tahap yang lebih cemerlang dalam mengerjakan ibadah yang wajib dan sunat. Bulan Ramadhan inilah untuk para trainer topup amalan yang mungkin kita kurang lakukan pada bulan-bulan sebelumnya.

Kita lihat lirik lagu diatas dan kita perhatikan sedalam yang mungkin untuk ikhtibar diri.Macam-macam pesta yang hebat-hebat menunggu kita. Pesta Spiritual menjadi agenda utama bagi diri kita selaku trainer dalam bidang pelatihan sumber insan. Ini kerana kita selaku trainer tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan pada bulan inilah untuk kita tebus segala kesilapan yang telah kita lakukan selama beberapa bulan yang lepas. Amal ibadah kurang, topup lah pada bulan Ramadhan ini dengan melakukan pelbagai kebajikan.

Buat fasilitator yang bertungkus lumus menjayakan program pelatihan sumber insan yang dianjurkan oleh mana-mana perunding, diharap agar kalian istiqamah dalam perjuangan kalian pada bulan Ramadhan. Moga apa yang kalian sumbangkan dalam siri-siri pelatihan yang dijalankan bersama dengan para perunding mendapat ganjaran diakhirat kelak.

INGATLAH BAHAWA, BIAR MANUSIA TIDAK KENAL KITA DI DUNIA INI AKAN TETAPI ALLAH KENAL KITA DIAKHIRAT KELAK. SEKIRANYA ALLAH TIDAK KENAL KITA DIAKHIRAT SANA, MAKA MALANGLAH NASIB KITA DISANA............... WALLAHU 'ALAM.

Dari trainer yang kerdil
Mohd Mustaqiim b.Asmuji
AMC Consultant
merangkap Pengurus Smart Excel Consultant

Friday, August 14, 2009

Belajar Melatih Diri Untuk Sentiasa Bersangka Baik



Jumaat, 14/08/2009 :-
Masalah, stress, tekanan, pergolakan jiwa semuanya datang dari minda kita.
Lebih tepat lagi, ia datang dari minda separa sedar kita kerana semua emosi adalah dari minda separa sedar. Minda kita mempunyai kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan datang kepada kita.

Sebabnya? Minda kita terbentuk menjadi negatif. Maka, ia menarik situasi-situasi negatif untuk dimunculkan dalam hidup kita. Kita berada dalam suasana negatif tanpa kita sedari kerana perbuatan-perbuatan negatif dah jadi satu kebiasaan pada kita.

Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya secara total, mengubahnya dengan penuh berkekalan, bukan sekadar sebulan dua sahaja. Jika minda kita ada kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan, minda juga boleh menarik kegembiraan, keceriaaan, kebahagiaan dan kedamaian untuk muncul dalam hidup kita.

Untuk itu, minda perlu dibentuk, diransang dan didorong menjadi positif.

Nak menjadi seorang yang cemerlang, anak cemerlang, ibu bapa cemerlang, terlebih dahulu kena ubah emosi menjadi cemerlang, menjadi warna positif kerana positif adalah sikap orang cemerlang. Silap ibu bapa adalah, mahu anak mereka cemerlang tapi tak menunjukkan sikap cemerlang di depan anak-anak.

Tak kira kita ni ibu bapa atau anak, sesuatu perlu dilakukan untuk kita merubah sikap. Positifkan diri supaya kita boleh mencapai kecemerlangan lalu membuat kita dikelilingi kegembiraan, kebahagiaan. Kesannya, dari situ kita boleh berumpa dengan pelbagai keajaiban. Kita akan berjumpa situasi-situasi menggembirakan, terjadi tanpa di sangka-sangka.

Jangan ambil remeh hal emosi, hal minda. Walaupun kedua-duanya hanya perkara kecil, tapi memberi kesan yang besar dalam hidup Anda. Belajar melatih diri untuk sentiasa bersangka baik, jujur dan mudah memberi maaf.

Bersangka baik sebaik yang mungkin, sekerap yang mungkin, selama yang mungkin.
BERSANGKA BAIKLAH DENGAN TUHAN, MAKA TUHAN AKAN BERSANGKA BAIK PADAMU.

Wednesday, August 12, 2009

Jemputlah Rezeki Anda Dengan Duha


Khamis , 13/08/2009 : Nak jadi kaya ke ? Nak hidup senang dan bahagia ?...akan tetapi ramai yang tertipu dengan mitos kekayaan dunia. Kaya wang tapi miskin jiwa.
Kaya wang melalui jalan yang salah dan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Apakah ada cara lain untuk menjadi kaya ? Menjadi bahagia dunia dan akhirat ? Apakah ada cara tersendiri untuk membuka pintu rezeki dengan berkat seluas-luasnya ?

Jawapannya pasti ada. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha memberikan anda seribu satu jawapan bagaimana untuk menjemput rezeki dengan ampuh. Ia membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah ruah melalui wahana solat Duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim. Ia menampilkan bukti-bukti yang menjelaskan bahawasanya melalui solat Duha yang istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang melimpah ruah dan diberkati. Rezeki bukan hanya sekadar wang tetapi rezeki juga boleh diberikan oleh Allah s.w.t melalui pelbagai cara. Bukan wang sahaja sebagai rezeki malahan pelbagai nikmat yang Allah s.w.t berikan pada kita juga dinamakan REZEKI. Ramai orang tersalah anggap bahawa rezeki hanyalah semata-mata wang sahaja. Yang lain bagaimana ? Adakah apa yang Allah kurniakan pada kita selain wang ringgit tidak dianggap sebagai REZEKI ?

Marilah menerokai kedahsyatan mukjizat-mukjizat ajaib yang ada di sebalik ibadat sunat ini kepada kekayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Miliki buku 'MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DUHA" anda pasti mampu dengan izin Allah untuk menjemput rezeki yang diberkahi dunia akhirat.

Trainer Yang Dhaif
Mohd Mustaqiim Asmuji
Konsultan Utama AMC

Sunday, August 9, 2009

PMC Bentuk Bakat dan Potensi Diri Pelajar


Isnin, 10/08/2009 :
Baru-baru ini bertempat di Dewan Mini UiTM Merbok, Kedah telah berlangsung Program Pelatihan Minda Cemerlang yang dianjurkan oleh Peers Club dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Kerjaya UiTM.
Program ini menyaksikan penglibatan seramai 113 orang peserta daripada pelbagai fakulti pengajian. Peers Club dan Unit Kaunseling telah menjemput Sdr. Mohd Mustaqiim selaku Trainer AMC bagi melatih pelajar Uitm dalam bidang pengurusan bakat dan prestasi diri.

Pelatihan ini bermula pada jam 09.00 pagi dan tamat pada jam 04.30 petang yang menyaksikan pelbagai aktiviti dan slot telah diberikan kepada peserta.
Pada jam 09.00 pagi hingga 10.30 pagi, peserta telah mempelajari selok belok berkaitan dengan potensi diri dan aktiviti bagi slot ini diterjemahkan melalui lukisan potret diri dan senarai bakat serta kebolehan yang ada pada diri peserta. Memang fantastik !!! kerana ramai peserta mampu melukis potret mereka dengan cantik. Dan ianya menyerlahkan lagi bakat serta potensi diri peserta agar melihat jauh berkaitan kemampuan diri mereka sendiri.
Formula yang digunakan trainer pada slot ini adalah (AIDA) :
1-A : Attract your self
2-I : Intteract your self
3-D : Develop your potensi
4-A : Action

Sesi PMC ke-2 bermula pada jam 11.00 pagi hingga 01.00 tengahari. PMC ke-2 ini menyaksikan kehebatan penggunaan deria rasa (sensori) peserta. Kesemua peserta pelatihan PMC telah menjalani ujian kecenderungan diri berasaskan ketajaman deria masing-masing. PMC ke-2 ini lebih memfokuskan kepada penggunaan Strategi Minda Hebat dengan menggunakan teknik-teknik NLP. Peserta diajar bagaimana cara untuk menggunakan kekuatan Visual, Auditori, Kinestetik, Olfactory & Gastastory (VAKOG) dalam pengurusan bakat serta prestasi diri.Inilah kali pertama peserta mengenali daya kecenderungan diri mereka berasaskan kekuatan deria (sensori). Aktiviti yang telah dijalankan bagi slot ini adalah membina bangunan berasaskan 3 ciri berikut iaitu panjang,lebar dan tinggi. PMC ke-2 ini berakhir pada jam 01.00 tengahari.

Pelatihan kemuncak bagi mengurus spiritual,physical,intelektual,emotional,social telah dijalankan pada jam 02.30 petang hingga 04.30 petang. PMC ke-3 ini lebih menjuruskan kepada Strategi Jiwa Hebat dengan melihat secara keseluruhan sistem kecerdasan dalaman diri (kecerdasan spiritual). Peserta dilatih untuk mengenal kekuatan diri melalui kecerdasan Physical, Spiritual & Emotional (PSE) dengan berpaksikan kepada elemen SPIES. Aktiviti yang dijalankan pada peserta bagi meningkatkan ketahan jiwa mereka adalah terapi azan ditelinga kawan-kawan mereka, mai lah bantu gilap kasut saya dan awak, make happiness dan sebagainya. Rata-rata peserta dapat menjalankan aktiviti ini dengan penuh bersemangat dan harmoni.
Program pelatihan PMC ini tamat jam 04.30 petang.

Feedback yang pihak trainer dapat daripada peserta rata-ratanya memberitahu agar pihak Unit Kaunseling dan juga Peers Club menganjurkan lagi program seperti ini dengan lebih kerap. Mybe masa dipanjangkan kepada 3 hari 2 malam dengan kepelbagai aktiviti dan dicadangkan agar ianya dilaksanakan diluar kampus untuk memberikan satu pengalaman baru kepada pelajar.

Dan satu lagi kejutan ...yang pihak trainer diberitahu oleh Kak Roza, Kaunselor Uitm adalah program yang telah dibuat di Kem acheh training center pada akhir tahun lepas (tak silap trainerlah) rata-rata keputusan CGPA pelajar yang rendah telah meningkat dengan mendadak. 80% pelajar yang CGPA rendah pada semester lepas telah meraih keputusan yang amat memberangsangkan. Ada yang dapat CGPAnya 1.4 melonjak kepada 2.8.Ini adalah satu keputusan yang menyerlah jauh dari yang biasa. Thanks a lot padaMu Allah kerana memlui bidang latihan seperti ini mampu memberikan pulangan yang terbaik pada diri peserta.

Saya selaku trainer yang kerdil ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pelajar Uitm Merbok kerana memberikan sepenuh kepercayaan untuk dilatih oleh pihak kami (AMC Enterpise). Moga sedikit amalan yang pihak kami jalankan ini mendapat rahmat dari Yang Maha Esa.

SEE YOU AT THE TOP !!!! BELAJAR SIKIT, FAHAMLAH BANYAK & TERUSLAH BERTINDAK!!!

Mohd Mustaqiim Asmuji
Konsultan Utama
AMC Enterprise

Sunday, August 2, 2009

Kem Remaja SPIES Satukan Pelbagai Bangsa


Isnin,03/08/2009; " Belajar Sikit, Faham Banyak dan Terus Bertindak". Tagline inilah yang digunakan ketika memberikan taklimat ringkas berkaitan kem remaja SPIES. Kem remaja SPIES yang dikendalikan oleh Smart Excel Consultant dibawah teraju utama En Mohd Mustaqiim Asmuji telah dilaksanakan dengan jayanya pada 01 hingga 02/08/2009 bertempat di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, Kuala Kubu Baru.

Kem remaja SPIES tahap 1 ini telah menghimpun peserta remaja seramai 100 orang dari Dun Templer dan Dun Rawang. Ianya menyaksikan keterlibatan remaja pelbagai bangsa dan budaya. Kem remaja SPIES ini dilaksanakan selama 2 hari 1 malam secara bermodul dan keterlibatan secara aktif dari peserta amat menggalakkan. Isi kandungan kem remaja SPIES yang dikelolakan oleh pihak perunding meliputi modul kenali potensi dan bakat diri, strategi minda hebat dengan NLP, cemerlang bersama 5K, sesi terapi tahajud sebagai penyembuh penyakit, sesi etika dan moral serta silang budaya non-mislim,sesi terapi diri bersamamu tuhan, LDK Graf Kehidupanku dan pelbagai lagi aktiviti menarik telah dijalankan oleh pihak perunding.

Rata-rata peserta menyatakan bahawa kem remaja SPIES seperti ini perlu diteruskan dengan dilakukan penambahbaikan pada setiap sesi dengan aktiviti yang lebih x-trem. Biasalah budak-budak remaja, mahukan cabaran yang lebih x-trem..... Apa yang penting bagi remaja adalah HAPPY, ENJOY DAN DAPAT BELAJAR DENGAN LEBIH CEPAT MELALUI AKTIVITI MENDENGAR, MELIHAT & MELAKUKAN DENGAN PANTAS DAN BERKESAN.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Fahnan, N, Hafiz, Hamka, Iskandar, Asyaari, Bella, Harja dan kesemua warga kerja Smart X-Cell Consultant kerana memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan kem remaja SPIES kali ke-5 ini. I LOV EU ALL...SEE YOU AT THE TOP!!!
Terima kasih jua diucapkan kepada En. Anwar, En Basri dan En Ahmad selaku pemantau kem remaja SPIES bagi Smart X-Cel Consultant. Hadirnya kalian sebagai pemantau bagi program ini, dapat memberikan impak yang baik untuk pihak kami selaku perunding melakukan penambahbaikan setiap perjalanan program dan juga pengisian kepada peserta.

HADIRNYA SPIES DALAM KEHIDUPAN PERUNDING DAN PESERTA AKAN MEMBAHAGIAKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR DAN SETERUSNYA MENGUKUHKAN LAGI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR AMAN, SEJAHTERA & BERKEBAJIKAN.

Gambar-Gambar Sekitar Kem Remaja SPIES Kali Ke-5

Aktiviti Berelemen FIZIKAL