Monday, August 17, 2009

Ahlan Ya Sahlan Ya Ramadhan


Amalan Ramadhan
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com

Pesta beribadah telahpun bermula
Bersama tibanya Ramadhan yang mulia
Rahmat Allah melimpah untuk semua hambaNya
Nikmat Allah mengalir mencurah-curah
Meriahkan Ramadhan ini dengan beribadah
Tingkatkan amal dan mujahaddah
Banyakkanlah berzikir dan baca Al-Quran
Muhasabah dan sucikan hati..

Seluruh anggota kita semua ada peranannya
Perlu dijaga di setiap tindakan
Hati yang telah bersih dan berakhalak mulia
Di sisi Allah tinggi nilainya
Jagalah lidah dan tutur kata jangan sampai
Mengumpat dan berkata-kata dusta
Pelihara mata dan jagalah telinga
Agar berbuat yang diredhoi Allah
Langkahkan kaki menuju kebaikan jangan melangkah
Ke arah kejahatan dan maksiat
jika terhumban kekancah kehinaan
Di dunia lagi beroleh pembalasan
Puasa sekadar lapar dan dahaga........

Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur pada Allah s.w.t kerana berjaya mengakhiri program SPIES tahap 1 bagi siri ke-7 ini. Dan rasa syukur juga pada Allah kerana tak lama lagi akan masuk bulan Ramadhan. So, para trainer spies atau perunding pembangunan insan di Malaysia dapatlah menumpukan perhatian kepada amalan-amalan yang hebat dan cemerlang pada bulan Ramadhan. Biasalah, kehidupan sebagai trainer amat sibuk sekali dan bulan Ramadhanlah bulan yang para trainer dapat merehatkan diri dari hal ehwal dunia. Bulan Ramadhan juga para trainer dapat bersama dengan keluarga.

Bulan Ramadhan ni, para trainer diingatkan agar upgrade diri ke tahap yang lebih cemerlang dalam mengerjakan ibadah yang wajib dan sunat. Bulan Ramadhan inilah untuk para trainer topup amalan yang mungkin kita kurang lakukan pada bulan-bulan sebelumnya.

Kita lihat lirik lagu diatas dan kita perhatikan sedalam yang mungkin untuk ikhtibar diri.Macam-macam pesta yang hebat-hebat menunggu kita. Pesta Spiritual menjadi agenda utama bagi diri kita selaku trainer dalam bidang pelatihan sumber insan. Ini kerana kita selaku trainer tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan pada bulan inilah untuk kita tebus segala kesilapan yang telah kita lakukan selama beberapa bulan yang lepas. Amal ibadah kurang, topup lah pada bulan Ramadhan ini dengan melakukan pelbagai kebajikan.

Buat fasilitator yang bertungkus lumus menjayakan program pelatihan sumber insan yang dianjurkan oleh mana-mana perunding, diharap agar kalian istiqamah dalam perjuangan kalian pada bulan Ramadhan. Moga apa yang kalian sumbangkan dalam siri-siri pelatihan yang dijalankan bersama dengan para perunding mendapat ganjaran diakhirat kelak.

INGATLAH BAHAWA, BIAR MANUSIA TIDAK KENAL KITA DI DUNIA INI AKAN TETAPI ALLAH KENAL KITA DIAKHIRAT KELAK. SEKIRANYA ALLAH TIDAK KENAL KITA DIAKHIRAT SANA, MAKA MALANGLAH NASIB KITA DISANA............... WALLAHU 'ALAM.

Dari trainer yang kerdil
Mohd Mustaqiim b.Asmuji
AMC Consultant
merangkap Pengurus Smart Excel Consultant

No comments:

Post a Comment