Saturday, December 4, 2010

PROGRAM & KURSUS DI PUSAT LATIHAN SMART EXCEL CONSULTANT 2011



PROGRAM / BENGKEL / KURSUS 2011
( Persediaan MINDA , TUBUH & EMOSI kearah PENGHASILAN DIRI HEBAT, CERIA , CERGAS & CEMERLANG DI TEMPAT KERJA , DI SEKOLAH, INSTITUSI PENDIDIKAN & SAHSIAH DIRI )


" Mahukah anda diberikan peluang yang jelas di MINDA DAN, DAPAT anda DENGAR serta MERASAI NIKMAT meraih KEHEBATAN DIRI yang LUAR BIASA BILAMANA :-

1- PERNIAGAAN ANDA kembali bernafas dengan SEGERA dan MENCAPAI SASARAN sepertimana yang anda inginkan ?

2- PRESTASI DIRI dalam AKADEMIK & SAHSIAH anda yang merudum sebelum ini kembali MELONJAK LUAR daripada BIASA ? STRAIGHT A (UPSR,PMR,SPM,STPM, IPT)

3- Kemahiran KEIBUBAPAAN anda yang kurang profesional menjadi semakin profesional ?

4- Perancangan Strategik ORGANISASI anda mencapai SASARAN LEBIH daripada apa yang organisasi anda SASARKAN ? MORE and MORE !

5- JUALAN PRODUK SECARA BERTINGKAT (MLM) , INSURAN yang anda ceburi BERTAHAN LAMA dan MENJADIKANNYA SEBAGAI KERJAYA TETAP ANDA ?

6- KOMUNIKASI ANDA DIKHALAYAK RAMAI berjalan LANCAR ? Dll.

JAWAPANNYA TERLETAK DI TANGAN ANDA ! SMART EXCEL CONSULTANT DAPAT MENUNJUK CARA BAGAIMANA ANDA BERKEBOLEHAN BAGI MENCAPAI KEJAYAAN DIRI LUAR DARIPADA BIASA MELALUI TEKNOLOGI SAINS MINDA NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP). NLP ADALAH ALAT BERKUASA UNTUK MEMBANTU ANDA MENYELESAIKAN PELBAGAI MASALAH YANG ANDA HADAPI MELANGKAUI BATASAN DIRI ANDA KERANA IANYA ADALAH SATU KEAJAIBAN DAN SECARA MUDAH SERTA NATURALLYNYA SUDAH ADA DALAM DIRI ANDA. DAFTARLAH SEGERA !

HUBUNGI , EN MUSTAQIIM 019-2044036.


Wednesday, October 13, 2010

KELAS EKSKLUSIF "NLP FOR BUSINESS PERFORMANCE & MIND STRATEGY "



Kelas Eksklusif "NLP FOR BUSINESS PERFORMANCE & MIND STRATEGY "

Status Kelas : Psikologi Profesional Sepenuh Masa ( 3 hari ).

Dibawah kendalian : Smart Excel Consultant (Pusat Latihan Bahasa Saraf NLP)

Tarikh kelas : 19/11/2010 - 21/11/2010 (Ditangguhkan pada waktu yang bakal diberitahu kelak)

Jam kelas : 25 ours.

Penyertaan terhad : 10 orang sahaja.

Pendaftaran dibuka sekarang !

Hubungi : En Mustaqiim, 019-2044036 / pejabat : +603-61894034

Booking tempat : RM 299 sahaja.

* Baki yuran dijelaskan pada hari pembelajaran bermula.

Sasaran peserta :

1- Mereka yang berkeinginan untuk berniaga dan masih mencari kekuatan diri untuk terlibat secara serius dalam bidang perniagaan.

2- Mereka yang sedang menjalankan perniagaan samada berskala kecil atau besar dan ingin memantapkan perniagaannya dengan STRATEGI LUAR BIASA.

3- Mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang jualan seperti insuran, hartanah, MLM dan ingin menjadikan bidang yang diceburi sebagai perniagaan jangka panjang.

KURSUS SECARA TEORI & PRAKTIKAL !

" Adakah Anda Pernah Menghadiri Mana- Mana Seminar Yang Berunsur Motivasi, Kenali Potensi Diri, Tarikh Lahir, Minda Separa Sedar Dan Sebagainya ....Dan Perubahan Hidup Yang Anda Alami Hanya Sedikit Sahaja? "

" Adakah Anda Berada Dalam Dilema Samaada Ingin Berhenti Kerja Dan Menjalankan Perniagaan Sendiri Atau Ingin Bekerja Dan Dalam Masa Yang Sama Menjalankan Perniagaan Sendiri ? "

" Adakah Anda Mengalami Masalah Peribadi Yang Selama Ini Menghantui Diri Anda Dalam Dunia Perniagaan dan Jualan Anda ? "

" Adakah Anda Masih Mencari-Cari Jawapan Kepada Apa Yang Sebenarnya Anda Mahukan Dalam Hidup Anda Dan Bagaimanakah Cara Terbaik Untuk Anda Mendapatkan Apa Yang Ada Mahu ? "

" Adakah Anda Telah Memiliki Perniagaan Sendiri Dan Perniagaan Anda Tidak Memberi Pulangan Seperti Mana Yang Anda Mahukan ? "

" Adakah Anda Telah Kehilangan Wang Beribu-Ribu Ringgit Dalam Menjalankan Perniagaan Itu Dan Masih Tetap Melanggar Dinding Kerana Melakukan Perniagaan Yang Tidak Bersesuaian Dengan Kemahuan Anda? "

" Mahukan anda BELAJAR MENJADI USAHAWAN HEBAT dengan MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SAINS MINDA NLP dan KEPUTUSAN ANDA MENYERTAI PERNIAGAAN MEMBUAHKAN HASIL YANG MEMBANGGAKAN BUAT DIRI ANDA, ANAK, ISTERI dan KELUARGA ANDA ? "

Atau... " Adakah Anda Masih Tidak Menemui Sebarang Jawapan Kepada Semua Permasalahan Anda ? "

Jika Jawapan Anda Kepada Salah Satu Soalan Diatas Adalah YA, TAHNIAH! Kerana Anda Telah Berada Dalam Situasi Yang Tepat Pada Masa Yang Tepat Walaupun Anda Kini Semakin Dihimpit Bebanan Hati Dan Perasaan.

NLP FOR BUSINESS PERFORMANCE & MIND STRATEGY memberikan jawapan pada diri anda ! Kursus Eksklusif yang dikendalikan oleh En Mohd Mustaqiim Asmuji, Pengamal Bertauliah NLP (NFNLP-USA) bakal membawa anda pada pembelajaran pantas BERNIAGA dengan STRATEGI LUAR BIASA :-

Hari : Jumaat ( 19/11/2010) (09.00 am - 12.30 pm)

Topik 1 : POTENSI DIRI & MINDA

Sub-topic :-


1.1 Sebab dan kesan perkataan keatas imej diri seorang usahawan.

1.2 Wilayah peta pemikiran seorang usahawan.

1.3 Kenali penapis fikiran seorang usahawan di minda separa sedar.

1.4 Kenali kekuatan daya sensori diri untuk kegunaan dalam perniagaan.

1.5 Mengenali kepercayaan dalaman diri untuk menjadi seorang usahawan hebat.

1.6 Kenali NILAI perniagaan anda ( Identify your business values)

1.7 Membuat PENILAIAN, PILIHAN dan KEPUTUSAN DIRI bagi melangkah ke alam perniagaan.

Corak NLP : Bulatan Kecemerlangan (Circle Of Excellence)

SESI PETANG ( 02.00 tgh – 05.00 ptg)

Topik 2 : Fokus kearah HASIL yang DIINGINI ( Focus on your outcomes )

Sub-topic :-


1.1 Pembinaan MATLAMAT MANTAP dengan WELL-FORMED Visions.

1.2 Bertindak kearah HASIL yang DIINGINI di minda separa sedar dan lakukan sekarang . (Don’t try....DO IT)

1.3 Komitmen diri dan TINDAKAN. ( Commit and take action )

1.4 Hapuskan TABIAT LAMA (teknik NLP) / Break old habits.

1.5 Menggunakan KEGAGALAN sebagai SATU MAKLUM BALAS ( Use failure as feedback)

1.6 Menggunakan KUASA SOALAN bagi mengorak langkah menjadi seorang usahawan. (Ask questions)

1.7 Fikiran SPESIFIK , HASILNYA LUAR DARIPADA BIASA.

Corak NLP : Visualisasi Kreatif

* Kerja kursus 1 : Peserta dikehendaki untuk membuat perancangan diri secara spesifik untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan melalui kaedah NLP dan dibentangkan pada hari ke-2.

Hari kedua : 20/11/2010 , SABTU ( 09.00 pagi – 01.00 tgh)

Topik 3 : Menjadi Komunikator Memukau Dalam Dunia Perniagaan Anda (Be an excellent communicator)

Sub-topic :-


1.1 Membinan RAPPORT MANTAP dan BERKESAN .

1.2 Memberikan PERHATIAN di MINDA SEPARA SEDAR pelanggan.

1.3 Kunci PERGERAKKAN ANAK MATA pelanggan. / watch the eyes.

1.4 Penggunaan Bahasa Minda & Predikat NLP ampuh dalam jualan.

1.5 Pewujudan KEADAAN POSITIF MINDA, TUBUH & EMOSI pelanggan ketika berhubung antara peniaga dengan pelanggan. / create a positive state.

Corak NLP : Menjana Perubahan Tingkahlaku Baru (New Generator Behavior)

SESI PETANG ( 02.00 tgh – 05.00 ptg )

Topik 4 : Membina ”PERSONAL MISSION STATEMENT dan POWER QUESTION ”

Sub-topic :


1.1 Bagaimana saya mahu diingati sebagai usahawan berjaya ?

1.2 Apakah perkara yang saya ingin lakukan dalam hidup sebagai seorang usahawan berjaya ?

1.3 Pernyataan Misi Hidup Seorang Usahawan Cemerlang

1.4 Membina ”Power Question” di Minda Separa Sedar Usahawan

1.5 Hirarki NILAI

1.6 Sistem Penilaian Utama Kejayaan Personal Mission Statement & Power Question Saya

* Kerja kursus 2 : Peserta dikehendaki untuk membuat iklan perniagaan yang berpengaruh dan dibentangkan dihadapan peserta lain pada hari ke-3. ( Q & A )

Hari ke-3 : 21/11/2010 (09.00 pagi – 01.00 tgh)

Topik 5 : Membina Rundingan Mantap dan Berkesan
Sub-topic :


1.1 Ujian kenal pasti gaya perundingan diri dengan klien.

1.2 Mengembangkan kemahiran berunding

1.3 Penggaruh Bahasa Komunikasi Bukan Lisan Teknik NLP

1.4 Perancangan Strategik Rundingan Berkesan

1.5 Menangani rundingan yang rumit

1.6 Perundingan dengan klien silang budaya

Corak NLP : Logical Level

SESI PETANG (02.00 ptg – 05.00 ptg )

Topik 6 : Tindakan Berkesan Menjadi Usahawan Hebat & Berpengaruh

Sub-topic :


1.1 Mengetahui keadaan klien anda

1.2 Melakar kegembiraan masa depan klien

1.3 Mengendalikan klien dengan kebersamaan penggunaan bahasa & perkataan

1.4 Mengintegrasi KEPUTUSAN ke SARAF OTOT. (Teori & Praktikal)

Corak NLP : Time Line / Garis Masa Depan Diri

CORAK PEMBELAJARAN :

1- Outcome base learning

2- Presentation

3- Group discussion

4- Kertas kerja individu

YURAN KELAS :

RM 799 ( Bahan pembelajaran , buku rujukan pembelajaran, sijil penyertaan dan tenaga pengajar )

* Makan dan minum,penginapan peserta atas tanggungan sendiri .

Friday, May 14, 2010

BENGKEL " PEMACUAN PSIKOLOGI DIRI" DENGAN NLP (NEURO LINGUISTIC PROGRAMING)



RINGKASAN BENGKEL

NLP adalah satu alat (tools) yang amat ampuh untuk anda memacu diri kearah kecemerlangan . Ya !, sudah pasti anda akan dapat melihat, mendengar dan merasa APAKAH YANG SEBENARANYA anda INGINKAN dari HATI anda !

Semua yang anda inginkan dari HATI anda akan dapati dengan menyertai Bengkel
" Pemacuan Psikologi Diri" Dengan Neuro Linguistic Programming (NLP).

APAKAH YANG ANDA PELAJARI BILA MENYERTAI BENGKEL INI ?

1-Apakah itu NLP ?

2- Bagaimana menggunakan NLP dalam dunia perniagaan, menjana keharmonian keluarga, suami isteri, anak-anak, rakan-rakan, agen insuran,guru, pensyarah, jurujual, pelajar, ahli sukan, dan sebagainya.

3- Pelajari bagaimana menggunakan kuasa disebalik "Pergerakkan Anak Mata" ketika berkomunikasi dan menjalinkan hubungan (rapport) dengan MESRA dan AMPUH.

4- Pelajari teknik bagaimana menggunakan BAHASA MINDA dengan betul secara BERPENGARUH, MEMUKAU dan sebagainya.

Maklumat bengkel

Tarikh & Masa : 04 hingga 05/06/2010 ( 09.00 am-06.00 pm)

Tempat :Hotel Residence, UNITEN Bangi, Selangor

Jurulatih :

En Mohd Mustaqiim Asmuji Certified NLP Practitioner (NFNLP-USA)
(Pengalaman selama 7 tahun dalam bidang latihan)

Mr. Khaeril Anuar Darus
Certified NLP Practitioner (NFNLP-USA)
Certified LAB Profile Practitioner (Canada)
(Pengalaman selama 9 tahun dalam bidang latihan)

Yuran kursus : RM 499 / person ( bahan latihan, makan minum & sijil)

Tarikh tutup penyertaan pada 28/05/2010 (Jumaat).

TERHAD KEPADA 15 ORANG SAHAJA.

Pembayaran boleh dibuat melalui no. akaun CIMB 12150000580104.

Penyertaan dibuka sekarang. Hubungi 019-2044036 (En Mohd Mustaqiim) dan 019-3897580 (Mr. Khaeril)

Wednesday, April 28, 2010

AWAN DANIA ; SATU PENGALAMAN INDAH DENGAN NLP ?


Mencapai Impian Bersama Dania

Oleh : Mohd Mustaqiim Asmuji
(NLP Practitioner (NFNLP-USA)

Satu perkara yang amat menyeronokkan semua orang apabila dapat menjawab soalan " What Do You Want ?" Soalan ni adalah soalan paling asas dalam kehidupan kita selaku seorang manusia.

Jika kita dapat jawab persoalan "What Do You Want ?", maka kita akan mudah menjawab persoalan
" Bagaimana anda ingin mencapai apa yang anda nak ? "

Inilah yang berlaku dalam cerita Awan Dania. Dania merupakan INSAN KERDIL & BRUTAL SECARA FIZIKALNYA akan tetapi memiliki SEMANGAT dan JIWA YANG BESAR. Dia tahu ape yang dia nak ?

Ya, sudah tentu kerana dari seorang insan yang bekerja di bahagian bagasi, akhirnya mencapai satu tahap yang amat mengkagumkan semua orang. Dia dapat menjadi FB dan juga ditawarkan sebagai In-House Trainer untuk Trainee FB Firefly.


Dania sewaktu masih menjadi insan kerdil di bahagian bagasi tempat dia bekerja.

Siapa sangka sekelip mata sahaja, Dania berupaya mencapai impiannya. Sebenarnya banyak teknik NLP yang digunakan oleh Dania hingga dia jadi MELETOP di tempat kerjanya. Antara teknik NLP yang digunakan oleh Dania untuk mencapai apa yang dia nak adalah :-

Model Well Formed Outcome.

Model (WFO) ini membolehkan Dania mengarahkan perhatiannya pada HASIL yang dia INGINKAN melalui DERIA ; LIHAT, DENGAN & RASA.

Terdapat soalan-soalan yang digunakan oleh Dania bagi membentuk dan mencapai MATLAMATNYA SECARA POSITIF untuk menjadi FB iaitu :-

1- Apakah yang DANIA mahu ?

Sewaktu ayahnya bertanya pada Dania, Betul ke Nia nak jadi FB dan terbang ke Angkasa ?
Nia menjawab , Ya ! Itu impian yang saya nak ayah. Nia nak terbang ke Angkasa.". Secara tanpa sedar, dia mengelurkan perkataan YA dan menjawap persoalan "Apa yang dia mahu ?"

2- Apakah yang DANIA ingin ubah ?

" Sewaktu dia diterima bekerja sebagai FB, banyak perubahan yang dilakukan olehnya dari aspek tingkahlaku, pergaulan dan sebagainya. Ini diterjemahkan melalui kekaguman Dania pada salah seorang tenaga pengajar beliau yang sentiasa menonjolkan perwatakan yang baik. Hingga Dania menjadikan tenaga pengajarnya itu sebagai ROLE MODEL. Dania mengambil corak tingkahlaku tenaga pengajarnya untuk dimodellingkan pada diri hingga berjaya. Teknik ini di dalam NLP disebut sebagai NEW GENERATOR BEHAVIOUR.

3- Apakah yang DANIA ingin lakukan ?

" Terima kasih En. kerana menerima saya untuk menjadi FB. Saya akan lakukan kerja ini dengan sebaik mungkin untuk diri saya dan juga syarikat ini"

Inilah kata-kata yang terkeluar dari mulut Dania, selepas dia ditemuduga oleh salah seorang penemuduga FB. Rupa-rupanya penemuduga itu adalah orang yang menegur dia ketika dia menunggu giliran untuk ditemuduga. Orang tua cakap pada dia " Jangan takut dik. Cuba tengok kat belakang adik, dekat kapal terbang tu ada tertulis " EVERYBODY CAN FLY". Ini adalah salah satu SEMANGAT yang menyebabkan Dania nak jadi FB dan mohon untuk jumpe orang yang boleh temuduga dia.


Transformasi Diri Dania Setelah Menjadi FB Yang Berkebolehan & Berketerampilan Di Syarikat Penerbangan FireFly

4- Apakah HASIL yang DANIA mahu capai ?

" Hasil usaha yang keras telah dilakukan oleh Dania untuk menjadi FB yang terbaik untuk syarikatnya. Hingga dia terpilih untuk menjadi Model Syarikat Penerbangan Firefly. Ini dibuktikan melalui temuduga yang dijalankan oleh Cik Safura bersama rakan-rakan supervisornya untuk pemilihan WAJAH BARU FIREFLY. ....Dan, tanpa diduga Dania terpilih menjadi IKON WAJAH BARU FIREFLY." Inilah HASIL (OUTCOME) yang Dania dapat daripada kesungguhan dia berkhidmat sebagai FB di syarikatnya."

5- Apakah MATLAMAT yang datang ke MINDA Dania ?

" Ya, ayah. Saya mahu jadi FB dan TERBANG KE ANGKASA". Secara tanpa sedar, Dania sudah menetapkan dan memutuskan apakah MATLAMAT yang ingin dia capai dalam hidup dia. Matlamat yang dia sebut itu dizahirkan secara SEDAR dan digerakkan melalui MINDA SEPARA SEDAR. Teknik VISUALISASI KREATIF juga digunakan oleh Dania saat dia menetapkan MATLAMATNYA untuk jadi FB dan terbang ke angkasa."


Mencipta dan menjual FANTASI dengan REALITI , Terbang Bersama IMPIAN HAKIKI !

Ke lima-lima soalan diatas adalah soalan asas dalam NLP untuk mereka mencapai apa yang mereka inginkan. Inilah yang Dania gunakan untuk mencapai impiannya KE AWAN DANIA. Walaupun Dania adalah insan yang penuh dengan gaya KINESTETIK, tidak ada yang mustahil untuk dia menzahirkan MATLAMATNYA dengan GAYA KINESTETIK YANG TERPIMPIN DAN TERKAWAL. Dia mampu menerima kritikan orang dan apa jua cabaran yang berlaku hanya dengan menggunakan TEKNIK ATAU MODEL WELL FORMED OUTCOME NLP.

Jadikan cerita AWAN DANIA sebagai pencetus SEMANGAT untuk MENCAPAI APA YANG KITA IMPIKAN ! Syabas dan tahniah pada DANIA dan Penonton Cerita Awan Dania kerana anda berjaya MEMBUAT PILIHAN DAN KEPUTUSAN TERBAIK PADA WAYANG MINDA ANDA. Wayang Minda Anda Hebat kerana anda menonton cerita AWAN DANIA yang sarat DENGAN WELL FORMED OUTCOME. Inilah PENGALAMAN INDAH AWAN DANIA DENGAN NLP !

Monday, April 26, 2010

KURSUS UNTUK JURUJUAL, USAHAWAN, AGEN TAKAFUL & MEREKA YANG TERLIBAT DALAM BIDANG PERNIAGAAN



KURSUS “KUASA MENJUAL ” DENGAN NLP


LATAR BELAKANG KURSUS

Pada mereka yang terlibat dalam bidang jualan cuba fikirkan"Apakah yang anda jual sebenarnya?"

Saham amanah (unit trusts). Kad kredit. Hartanah (real estate). Insuran. Produk kesihatan.
Produk kecantikan. Resort time sharing. ...... Jika itu jawapannya, fikirkan sekali lagi... Jika itu jawapannya mungkin ianya adalah satu sebab anda dapati susah untuk mendapat jualan.

Ambil produk kesihatan. Prospek kurang berminat dengan produk kesihatan. Prospek lebih tertarik dengan faedah atau manfaat (benefit) yang anda cuba terangkan mengenai produk tersebut. Walau bagaimanapun jika anda dapat faedah ini dalam bentuk yang lebih "impactful" prospek akan lebih tertarik, dan tentunya peluang jualan anda menjadi lebih tinggi.

Bagaimana? Jawapannya ialah menjual fantasi. Anda perlu mencipta satu "fantasi" yang amat menarik bagi produk tersebut iaitu fantasi yang ingin dimiliki oleh prospek itu. Prospek tentunya mahu sihat ..... prospek mahukan kehidupan yang tenang dan bahagia ...., prospek tidak
mahu menanggung kos perubatan yang lebih tinggi.

Mencipta fantasi dan menghubungkannya kepada pelanggan ialah kaedah jualan kepada minda separa sedar. Menyebut produk atau faedah secara direct adalah komunikasi minda sedar. Jualan yang efektif berlaku dalam MINDA SEPARA SEDAR.

Kaedah-kaedah ini dan banyak lagi diterangkan dalam kursus 2 hari "KUASA MENJUAL DENGAN NLP".

Anda tentunya tidak mahu ketinggalan jika anda benar-benar mahukan jualan anda meningkat BERLIPAT GANDA !

PERKARA MENARIK YANG ANDA AKAN PELAJARI :-


1- Apakah itu NLP ?

2- Bagaimana menggunakan NLP dalam meningkatkan prestasi diri dan jualan ?

3- Bagaimana mengenali prospek anda hanya dengan menggunakan LARAS BAHASA MINDA & KEKUNCI PERGERAKAN MATA ?

4- Corak Bahasa-bahasa NLP yang berpengaruh dalam jualan.

5- Teknik Membina Hubungan Mantap dan Berpengaruh ketika melakukan jualan .

6- Teknik Komunikasi Model NLP

7- Time Line yang berpengaruh pada minda perunding dan prospek.

8- Teknik menghadapi penolakan dengan gaya bahasa VAKOG

9- Memahami WAYANG MINDA MANUSIA ketika melakukan jualan

YURAN KURSUS 2 HARI :

RM 780 / PERSON & TERHAD KEPADA 20 ORANG SAHAJA !

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, hubungi :-

En Mohd Mustaqiim Asmuji 019-2044036 atau smskan nama anda , no. ic , alamat tempat tinggal & telefon untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.

* TARIKH KURSUS & TEMPAT AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN SETELAH PESERTA YANG INGIN MENGIKUTI KURSUS INI MENDAFTARKAN DIRI (MINIMUM 10 ORANG) BARU BOLEH START KURSUS.

Tuesday, February 16, 2010

THE POWER OF COLOUR

Oleh YEO LI SHIAN (KOSMO 17/02/2010)

Bagaimanakah warna mempengaruhi mood seseorang?


WARNA mampu memberi kekuatan tenaga, menenangkan dan mengubah tindak balas fizikal dan mental seseorang.

WARNA sememangnya sesuatu yang menarik. Ia ada di sekeliling kita dan bayangkan apakah makna hidup ini andainya persekitaran ini hanya berwarna hitam dan putih?

Berbanding penghuni-penghuni di planet lain, kita jauh lebih bertuah kerana warna hanya wujud dengan adanya cahaya. Dunia yang gelap-gelita tanpa cahaya dan warna sudah semestinya membosankan.

Dari aspek psikologi, warna merupakan satu medium yang cukup besar kuasanya dalam mempengaruhi mood seseorang. Para pengamal terapi alternatif percaya ini disebabkan warna mengandungi tenaga penyembuh.

Kehangatan atau kedinginan kepada sesuatu subjek boleh ditentukan oleh tahap getaran tenaga pada warna tertentu. Jika diaplikasikan secara betul, warna mampu memberi kekuatan tenaga, menenangkan dan mengubah tindak balas fizikal dan mental seseorang.

Menurut pakar psikik dan psikologi, warna digunakan dalam pelbagai aspek penyembuhan menerusi sejumlah kaedah berbeza. Ini termasuk meditasi dan hipnosis, pemakaian warna untuk memberi impak kepada mood, penggunaan warna dalam kediaman dan mengamalkan pengambilan makanan yang warnanya boleh memanfaatkan tahap kesihatan tubuh kita.

Pakar perunding psikologi dari Pusat Psikologi Malaysia, Dr. Edward Chan yang dihubungi KOSMO! berkata, kajian yang dijalankan di luar negara pernah menunjukkan warna mempengaruhi tahap IQ seseorang.

“Berdasarkan sebuah kajian, bilik darjah yang dicatkan dengan warna oren, merah mahupun kuning didapati meningkatkan tahap IQ dan merangsang pembelajaran pelajar.

“Sebaliknya, warna putih, hitam dan perang pula memberi kesan bertentangan. Biru merupakan warna dingin berupaya menenangkan kanak-kanak hiperaktif,” katanya.

Jelasnya, terapi warna telah lama dikaitkan dengan kesihatan manakala warna-warna makanan pula dengan nilai nutrisinya.

Satu kajian oleh Dana Kanser Sedunia dan Better Health Foundation juga menunjukkan makanan natural yang dibahagikan mengikut kumpulan boleh menggalakkan pemakanan lebih seimbang.

“Satu kempen Five a day, the Colour Way yang diadakan di negara luar menunjukkan makanan yang dikategorikan dapat memastikan kita memakan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari setiap kumpulan setiap hari,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai terapi warna dalam kehidupan harian, sila layari www.colourtherapyhealing.com

BELAJAR SENI HIPNOSIS

Sheila 'pukau' minda pesakit (KOSMO,16/02/2010)

Oleh DEWI ABDUL RAHMAN

Pakar hipnosis, Sheila Menon membantu menyelesaikan masalah fobia dan berat badan hanya dengan kawalan minda!



SEJURUS daun pintu dibuka, seorang wanita yang tampak elegan dalam persalinan berwarna merah jambu tersenyum manis.

“Saya Sheila. Teh atau kopi?” beliau menyapa krew Jurnal. Santunnya seperti memukau.

Dan sememangnya pemilik nama Sheila Menon, 50, ini ialah seorang pakar hipnosis. Hipnosis? Mungkin ramai yang kurang arif mengenai kerjaya wanita berwajah manis ini.

Sebenarnya ia bukan ilmu hitam atau pukau, sebaliknya hipnosis merupakan sejenis rawatan terapi.

Untuk itu, kata Sheila, setiap tetamu mesti dilayan dengan baik bagi memastikan mereka selesa dengan rawatan yang akan dilalui.

“Intonasi suara dan cara berkomunikasi sangat penting dalam rawatan hipnosis.

“Biasanya itulah yang akan saya lakukan sebelum memulakan proses rawatan iaitu menyediakan minuman terlebih dahulu supaya mereka berasa lega,” katanya yang merupakan Pengarah Urusan, Hipnosis Klinikal Kolej London (LCCH).

Beliau menjelaskan, hipnosis adalah satu proses terapi yang berguna dari segi perubatan, psikologi dan juga motivasi.

Dalam kata lain, ia merupakan sejenis rawatan yang boleh membantu individu bermasalah sama ada dari segi kesihatan mental ataupun fizikal.

“Terapi ini dapat membantu individu menangani masalah seperti merokok, stres, fobia, gemuruh, gagal dalam perhubungan malah masalah berat badan.

“Minda kita akan menggunakan sebanyak 90 peratus semasa proses hipnosis. Selebihnya pesakit itu akan berada dalam keadaan sedar kerana proses tersebut akan memanfaatkan kuasa minda yang banyak.

“Dengan kaedah ini, seseorang itu akan dapat pergi lebih jauh ke alam minda dan melihat perkara yang mereka inginkan,” kata Sheila yang sejak kecil lagi mengikut keluarga berpindah ke London dan mendapat pendidikan awal di situ.


Sheila melanjutkan pelajaran di Universiti Kirklees dalam bidang psikologi sebelum bertugas dalam banyak sektor perkhidmatan setelah tamat pengajian.

“Bapa saya pernah bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. Saya amat bertuah kerana didedahkan dengan dua budaya dan sistem pembelajaran iaitu Malaysia dan United Kingdom.

“Dulu ibu saya langsung tidak membenarkan saya menjadi ahli psikologi. Dia mahu saya jadi akauntan. Mujurlah bapa saya seorang yang sangat memahami dan banyak menyokong kerana yakin dengan bakat saya dalam bidang ini,” kenang wanita yang berasal dari Kelantan ini.

Mulut berbau

Ketika ditanya tentang pengalaman beliau mengendalikan pesakit, Sheila menjawab: “Banyak kes yang sudah saya kendalikan.

“Ada wanita yang datang kepada saya mengadu tentang kakinya yang patah dan berat badan berlebihan telah memberi kesan kepada kesihatannya.

“Jadi apa yang saya buat ialah membawanya ke dalam proses hipnosis dan mengaitkan fikirannya ke dalam minda positif.

“Ia membantu dia membayangkan dirinya ketika mempunyai saiz badan yang ideal dahulu.”

Tambahnya: “Saya minta dia fikirkan tentang corak pemakanan, senaman dan gaya hidup ketika dihipnosis.

“Tidak lama kemudian dia datang semula kepada saya dengan wajah gembira kerana dia berjaya mengurangkan beratnya sebanyak 12 kilogram.”

Satu lagi pengalaman yang meninggalkan kesan buat beliau ialah semasa merawat seorang pesakit wanita yang berasa rendah diri.

“Ada juga kes kurang keyakinan diri. Wanita itu mengaku dia mempunyai masalah mulut berbau. Disebabkan itu, dia tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Bila saya bawa dia pergi ke klinik untuk pemeriksaan, doktor memberitahu dia tiada masalah.

“Selepas itu, saya minta dia hembuskan nafas di depan muka saya.

“Saya kata kalau saya pengsan, memang betul mulutnya busuk. Kalau tidak, dia kena terima yang mulut dia tak berbau,” jelasnya.

Tekad dan semangat keyakinan yang cuba ditiup Sheila kepada diri pesakit tersebut berbaloi.

“Akhirnya, baru dia yakin terhadap dirinya. Malah dia sangat yakin bila bertemu orang ramai sekarang.

“Selain itu ada juga kes seperti takutkan lipas dan labah-labah, masalah hubungan dan tekanan akibat perceraian ibu bapa,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai prospek kerjaya sebagai seorang pakar hipnosis di Malaysia, Sheila berkata, ia adalah satu kerjaya yang sangat bagus dan semakin diterima di seluruh dunia.

“Ramai graduan yang telah tamat pengajian dalam bidang ini kini menjadi pakar hipnosis dan psikologi yang berjaya di kebanyakan sektor.

“Kami juga melihat peningkatan yang cukup memberangsangkan dalam kerjaya ini. Ia juga banyak membantu dalam sektor perubatan dan kesihatan.

“Malah pusat klinikal hipnosis yang telah banyak dibuka di seluruh negara menunjukkan penerimaan yang baik daripada masyarakat luar.

“Kami juga akan mengadakan sesi percubaan hipnosis secara percuma di LCCH Damansara pada 4 Januari ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk merasai sendiri, hubungi kami untuk sebarang pertanyaan,” ujarnya yang berpengalaman selama 19 tahun dalam bidang ini.

Bagi yang berminat untuk menyertai kursus yang ditawarkan sila hubungi LCCH di talian 03-7960 6439 atau layari laman web www.hypnosis-malaysia.com.

Monday, February 8, 2010

SEMINAR "SOLAT ; KEBAIKAN DARI PERSPEKTIF SAINS"

SEMINAR TERKINI !




Butiran Seminar adalah sepertimana berikut :-

Hari : Ahad
Tarikh : 21/02/2010
Masa : 08.00 pagi hingga 05.00 petang
Tempat : Dewan Cemerlang, Institut Tadbiran Awam (INTAN), Kluang Johor
Anjuran : PERKIM Kebangsaan, PERKIM Cawangan Kluang & Jabatan Mufti Negeri Johor

Untuk pendaftaran tempat , sila hubungi En Mohd Syafiq, Urusetia seminar 019-7776294

MESTI BACA RAHSIA DISEBALIK KEWAJIPAN SOLAT!


IBADAT solat difardukan ke atas setiap Muslim bagi menunjukkan kepatuhan penuh ikhlas seorang hamba terhadap pencipta-Nya Yang Maha Esa. Solat sebenarnya mempunyai seninya yang tersendiri di samping 1001 rahsia yang belum dirungkai sepenuhnya, kecuali kita mengetahuinya sebagai ibadat diwajibkan ke atas setiap umat Islam.

Rahsia ketenangan dapat dirasai apabila dapat mengerjakan solat dengan betul dan khusyuk. Solat yang ditunaikan dengan rasa khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan keredaan Allah SWT semata-mata, akan membuahkan kenikmatan dan rahmat yang memenuhi segala aspek kehidupan dunia dan akhirat.

Baru-baru ini Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dengan kerjasama Masjid Umar Al-Khattab telah menganjurkan seminar 'Solat dari Perspektif Sains' di Bukit Damansara pada 23 Januari lalu.

Program tersebut telah menghimpunkan seramai 200 orang hadirin yang terdiri daripada saudara Muslim, mualaf dan penduduk setempat.

Pengarah Program, Mohd. Mustaqiim Asmuji yang juga selaku Ketua Unit Dakwah Penyelidikan berkata, program tersebut telah memberi pengetahuan kepada peserta cara dan. kaedah menyempurnakan ibadah solat dengan pergerakan serta postur badan yang betul ketika bersolat.

"Ia ini juga mendedahkan peserta kepentingan penjagaan kesihatan, sekali gus menerangkan kebaikan solat dalam penjagaan kesihatan yang betul yang telah terbukti melalui alatan-alatan yang digunakan dalam kajian solat yang telah dijalankan.

"Pergerakan rukun dalam solat yang membabitkan angkat tangan ketika niat, takbirratullihram, sujud, rukuk, duduk iktidal sehingga memberi salam sebenarnya mempunyai rahsia tersendiri seperti satu senaman ringan.

"Program ini juga menyelidiki hikmah dan kesan terapeutik perubatan daripada pergerakan ibadat solat yang sempurna kepada kesihatan manusia. Solat sebagai suatu aktiviti fizikal unik yang ditunaikan secara berterusan memainkan peranan penting dalam memelihara keseinambungan sistem fisiologikal manusia yang meliputi kesihatan fizikal, mental, rohani dan emosi," kata Mustaqiim.

Selain itu tambahnya, para peserta juga diberi peluang untuk melakukan teknik-teknik pergerakan solat yang betul dalam 13 rukun yang dipimpin oleh penceramah undangan.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Wan Mansor Abdullah selaku Pengerusi Masjid Umar Al-Khattab.

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim telah menyampaikan empat modul kepada peserta antaranya adalah 'Komposisi Badan'. Komposisi badan ketika dalam keadaan rukuk, berdiri tegak, sujud, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat dan salam dapat menghasilkan keputusan rawatan pada otot, pelancaran aliran darah, membantu proses pengepaman jantung dan melancarkan aliran darah ke otak.

Solat umpama senaman ringan dan berpuasa juga umpama diet yang baik kerana aktiviti ini boleh meningkatkan kadar pembakaran badan dan menurunkan kolestrol badan serta dapat menghindar penyakit jantung dan kegemukan.

Modul 'Solat dari Perspektif Sains kepada Jantung' pula menekankan sujud kerana ia adalah postur yang terbaik untuk kesihatan jantung kerana keadaan ini adalah sesuai dengan tarikan graviti yang akan mengakibatkan lebih banyak darah mengalir ke otak dan menjadikan otak lebih sihat dan cergas.

Pergerakan solat juga disyorkan kepada pesakit kardiovaskular sebagai suatu senaman iaitu dengan bersolat selama 30 minit yang bersamaan 12 rakaat bagi setiap hari untuk mendapatkan kesan yang efektif.

Kajian telah membuktikan bahawa kadar denyutan jantung adalah paling rendah pada kedudukan sujud ini adalah kerana nada jantung yang nominal adalah baik untuk jantung dan nilai prognostik denyutan jantung dalam populasi yang sihat juga menjadi penentu kepada faktor risiko penyakit kardiovaskular.

Modul 'Terapi Sakit Pinggang' pula telah dibuktikan dengan melampirkan beberapa kajian analisis yang dapat memulihkan fungsi otot-otot dan merawat sakit pinggang dengan kaedah bersolat. Postur dan pergerakan solat boleh digunakan sebagai salah satu rawatan pemulihan alternatif untuk menyembuhkan atau mengurangkan sakit pinggang bukan sahaja kepada pesakit pinggang yang kronik tetapi juga disyorkan kepada wanita mengandung.

Keputusan analisis kajian telah menunjukkan peningkatan dan kesan positif kepada pesakit mati pucuk selepas melakukan solat dalam penerangan Modul 'Terapi Mati Pucuk'. Pergerakan solat juga melancarkan perjalanan darah di sekitar otot lantai pelvik untuk pemulihan ke atas pesakit.

Majlis diserikan lagi dengan majlis penutup dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan Pengarah Dakwah Perkim Kebangsaan, Abdul Hanif Harun.





Sunday, January 17, 2010

SEMINAR THE POWER & SCIENCE OF SALAT 2010



SEMINAR
“THE POWER AND SCIENCE OF SALAT”


Tarikh :

24 Januari 2010 (Ahad)

Tempat :

Dewan Serbaguna Aras Bawah Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Jalan Setiabudi, Bukit Damansara ,Kuala Lumpur

Masa :

08.30 pagi – 01.00 tengahari (1/2 hari)

* PENYERTAAN ADALAH PERCUMA !

Maklumat lanjut, layari laman web, www.perkim.net)

Friday, January 8, 2010

Bagaimana Bercinta Cara Islam ?


Jumaat,08/01/2010 :- Bagaimana Bercinta Cara Islam?
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.

Konsep Meminang


Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

"Jika tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya" -Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku "Tentang Cinta"

Monday, January 4, 2010

Isu Nama Allah Dalam Bahasa Dan Budaya Melayu....



Selasa,05/01/2010 : Keputusan mahkamah membenarkan penerbitan mingguan Katolik Herald The Catholic Weekly menggunakan nama "Allah" telah menunjukkan satu kesan pertamanya yang jelas bertentangan dengan semangat yang telah kita rakyat Malaysia pertahankan selama ini, yakni amalan agama secara aman dan damai.

Walau apapun alasan yang diberikan untuk mewajarkan penggunaan nama Allah oleh Kristian Katolik itu, ada dua perkara yang paling mudah dapat diperhatikan akan menjadi kesan kepada masyarakat berbilang agama negara kita.

Pertama, rasa tidak senang sesama penganut Islam dengan bukan Islam yang terlibat dalam pertikaian ini dan kedua, penggunaan nama Allah bakal mendatangkan kekeliruan bagi banyak pihak kerana nama Allah telah sebati sebagai nama bagi Tuhan dalam bahasa Melayu, yang digunakan orang Melayu-Muslim yang menjadi majoriti negara ini, yang agama Islam menjadi satu-satunya agama yang disebut dalam perlembagaan.

Usaha pihak Katolik terbabit mahu menggunakan nama Allah mungkin tidak dapat diketahui sebabnya, tetapi yang penting ialah usaha ini telah membawa kesan yang tidak harmoni, apabila umat Muslim menunjukkan rasa marah mereka terhadap agenda pihak Katolik itu.

Memang nama Allah telah disebut oleh penganut agama lain, terutamanya agama samawi sejak lama dulu, tetapi dalam hal ini, isu ini hendaklah dilihat berdasarkan konteks bahasa, budaya dan realiti amalan keagamaan di negara Malaysia ini.

Isu ini tidak dapat dipisahkan daripada konteks bahasa dan budaya negara ini, dan apabila dikaji dengan mendalam, akan sampai kepada hubungan bahasa Melayu, tulisan jawi dan agama Islam yang sangat rapat dengan sejarah tanah ini.

Isu ini tidak dapat dipisahkan daripada peranan bahasa Melayu membina budaya dan peradaban berasaskan Islam di negara ini.

Isu ini terkait dengan jiwa bangsa Melayu dan hubungan rapatnya dengan Islam di negara ini. Hal yang sama berlaku dalam konteks bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah dengan agama Kristian.

Penggunaan nama Allah dan istilah-istilah agama Islam daripada bahasa Arab dan ada yang dimelayukan menjelaskan sejarah hubungan rapat bahasa Melayu dengan Islam.

Seperti disebut ramai pemimpin dan tokoh, penggunaan nama Allah oleh Kristian boleh mengelirukan kerana tidak ada jaminan apa yang akan mereka tulis dan terbitkan tidak akan sampai kepada orang Muslim.

Orang Muslim tertentu boleh keliru dengan penggunaan nama Allah itu dengan beranggapan Allah itu sama dengan yang dia sedia fahami. Ini sangat mudah difahami, kerana sebahagian besar kesannya nanti akan terkena pada orang awam, bukan orang elit termasuk ahli politik tertentu yang menyokong penggunaan nama Allah oleh Kristian itu.

Perdebatan mengenai isu ini berlaku di kalangan orang intelektual dan orang yang mahir dalam undang-undang, tetapi perlaksanaannya akan sampai kepada lebih ramai orang yang tidak tahu-menahu tentang persamaan dan perbezaan antara agama-agama samawi.

Bagi ramai orang Muslim, pemahaman mereka mudah, yakni Tuhan itu ialah Allah, al-Quran itu ialah kitab suci Islam, masjid ialah tempat ibadat orang Muslim, dan sebagainya.

Penggunaan istilah-istilah yang telah terbiasa dalam bahasa Melayu yang menjadi satu asas agama Islam di Malaysia untuk menyifatkan apa yang dirujuk agama lain akan mengelirukan.

Isu ini melibatkan kepentingan orang ramai, ketenteraman awam dan keharmonian hubungan antara agama di Malaysia ini. Kenapa orang yang mendakwa agama mereka, Jesus mereka membawa mesej kasih-sayang mahu meneruskan usaha yang bertentangan dengan mesej kasih-sayang Jesus itu?

Kenapa mereka beriya-iya mahu menggunakan nama Allah sedangkan nama Allah lebih dikaitkan dengan Islam? Ini memberi tanggapan yang mereka mempunyai niat menyebarkan agama mereka kepada orang Melayu.

Ini adalah kerana menjadi kebiasaan dalam usaha menyebarkan agama kepada pengikut agama lain, pada mula-mulanya penekanan diberi kepada persamaan agama yang mahu disampaikan itu dengan agama pendengarnya.

Persamaan-persamaanlah yang akan mendekatkan dua agama tersebut. Akhirnya, seseorang itu mudah menerima agama yang satu lagi itu, yang dilihat tidak ada bezanya dengan agamanya sendiri.

Dalam kes ini, orang Melayu Muslim terutamanya perlu sedar di sinilah pentingnya bahasa Melayu yang kita pegang, dan kenapa penting untuk kita memahami bahasa kita dengan lebih dalam dan menjadikannya bahasa yang utama dari segi kedudukan dan amalan di negara kita ini, menjadikannya bahasa yang bersatu dari sudut semangatnya dengan agama Islam.

Semua orang Muslim perlu bersatu hati dalam hal ini. Menyalahkan Umno semata-mata tanpa bertindak sewajarnya tidak akan membawa sebarang penyelesaian. Kita tidak perlu apologetik dan cuba mewajarkan tuntutan Kristian itu dengan hujah-hujah berlandaskan pluralisme, kerana tuntutan itu membawa implikasi besar yang tidak dapat ditangani dengan fahaman liberal.

Implikasi isu ini bersifat praktikal dan perlu ditangani sewajarnya. Isu ini melibatkan politik, agama, bahasa dan budaya sekaligus, dan memerlukan gabungan tenaga seluruh umat untuk menanganinya.

(Ihsan dari www.harakahdaily.net)