Thursday, April 14, 2011
Apa Nak Jadi Ni ?
"ALOR SETAR - “Saya tergamam melihat suami terbaring di atas tilam dan hampir keseluruhan badan terbakar, manakala dua anak lelaki turut terbakar dan berlari ke rumah nenek di sebelah rumah kami sewaktu pulang dari menghantar anak sekolah.”
Demikian luah Salmah Saad, 47, ibu kepada dua beradik berusia 12 dan 14 tahun, yang melecur teruk ketika cuba menyelamatkan bapa yang dipercayai membakar diri akibat kemurungan di rumah mereka di Kampung Ruat, Yan pagi semalam." (petikan dari akhbar online Sinar Harian, 14/4/2011)
Salam sejahtera kepada warga Malaysia. Anda bersama saya lagi bagi membicarakan topik "Apa Nak Jadi Ni ?". Kali ini setelah saya membaca muka hadapan sebuah akhbar online Malaysia, saya menggeleng-gelengkan kepala dan hati saya mengucap panjang terhadap apa yang berlaku. Semakin menjadi-jadi gejala sakit jiwa dan emosi melanda masyarakat kita di Malaysia. Saban hari bila saya melihat ada saja berita seperti bakar diri kerana tertekan, bunuh anak dan isteri sebab tak ada duit, pelajar bergaduh dengan guru, guru dibelasah oleh pelajar sampai mati, ibu bapa ditendang oleh anak sesuka hati dan sebagainya. Apa semua ni ? Adakah kita selaku masyarakat Malaysia kebanyakkan yang beragama Islam telah hilang NILAI-NILAI Murni yang ditanamkan oleh atuk nenek kita sewaktu kita kecil dahulu ? Ingat lagi pesanan orang tua kita...."Nak, bila bercakap dengan orang yang lebih tua, perlahankan sikit suara kamu tu ye"..."Nak kalau lalu depan orang tua, bongkokkan badan kamu ye tanda hormat orang tua."..."Nak...bila ada masalah serah pada Allah ye. Insyallah DIA yang selesaikan masalah kamu ye..." dll.
Realiti yang semakin membarah dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan agak-agaknya apa kesudahannya ya ? Saya tak mahu ulas panjang berkaitan isu diatas. Yang saya mahu beri dan kongsikan maklumat berkaitan isu diatas adalah melalui pendekatan NLP. Dalam NLP ada menyatakan berkaitan KEADAAN DIRI/STATE. Bila seseorang individu itu dapat mengawal keadaan dirinya dan diurus dengan baik, maka tidak akan berlaku tingkahlaku seperti yang terpapar didada akhbar seperti diatas.
Apa itu KEADAAN DIRI ?
Keadaan diri anda mempengaruhi sisteM mencapai kejayaan anda. Sekiranya anda tidak dapat fokus dengan apa yang di buat, cuba anda fikirkan samada anda berada dalam keadaan diri @ emosi yang terbaik ataupun tidak. Kadangkala, kita lari dan terpesong daripada fokus kerana terpengaruh dengan persekitaran seperti emosi, kawan-kawan, keadaan semasa, spekulasi, dan kurangnya sumber-sumber yang diperlukan.
Sekiranya anda dapat meningkatkan keadaan diri anda ke satu tahap yang maksima, anda akan mudah bergerak dan mencapai kejayaan yang dihajati.
Ketika Anda Mungkin Memilih Keadaan Diri Orang Seperti Diatas (Bakar Diri), apakah yang tergambar dalam bayangan minda anda ya ? Adakah anda dapat memikirkan dengan waras apakah pentingnya bakar diri anda dek kerana murung dan tak dapat kawal EMOSI DIRI. Bagaimana gambaran perasaan ahli keluarga anda bila anda BERKELAKUAN SEPERTI INI YA ? Mahukah anda selaku masyarakat Malaysia meneruskan tradisi BAKAR DIRI, MURUNG, STRES hingga orang lain jadi mangsa, bergaduh dengan rakan sekerja atau ahli keluarga kerana sesuatu perkara, pelajar dengan SIKAP TAK HORMAT IBU BAPA DAN BERGADUH SERTA PUKUL GURU atau bagaimana. Mohon hentikan gejala mental tak sihat ini dengan mengatakan YA pada teknik dibawah :-
1- Saya seorang yang boleh sabar, rileks dan tenang.
2- Saya percaya dan yakin saya boleh sabar, rileks dan tenang.
3- Saya putuskan saya sabar, rileks dan tenang.
4- Saya lihat, saya dengar dan saya rasa saya sabar, rileks dan tenang pada orang sekeliling saya.
5- Setiap hari saya sabar, rileks dan tenang pada orang sekeliling saya dan saya lakukanya mulai sekarang.
(Sumber teknik "Mind To Muscle" ini adalah daripada Dr Michael Hall, pakar NLP Luar Negara)
* Insyallah, kaedah NLP yang dinyatakan diatas dapat membantu anda menyingkirkan gejala mental masyarakat Malaysia masa kini dan akan datang.
Selamat beramal dari inspirator Smart Excel Consultant.
Mufakkir illahi....
MOHD MUSTAQIIM ASMUJI,
(Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA)
(Certified LAB Profile Practitioner SS.Canada)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment