Tuesday, April 12, 2011

Apa Sudah Jadi Dengan Masyarakat Malaysia ?



"KUALA LUMPUR: Berang kerana diminta membantu membuang sampah, seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal apabila bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh.

Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.(Sedutan harian metro online,13/04/2011)."


Salam kecemerlangan buat warga Malaysia. Allahu akhbar! Pagi ni saya tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan segelintir masyarakat Malaysia hari ni ? Bila saya melihat dan membaca akhbar harian metro online, terpapar didada akhbar berkaitan tajuk "MELUAT BINI DAH TUA". Apa semua ini ? Seorang suami yang sudah berkahwin dengan isterinya melebihi 26 tahun sanggup pukul dan paling tragis adalah kencing ke muka dan badan isteri. Apa sudah jadi dengan lelaki yang berstatus "Suami" ini ? Sanggup buat isteri sebegini rupa? Inilah fenomena masa kini masalah yang terjadi dikalangan masyarakat kita yang WAYANG MINDANYA tidak diurus dengan betul. Bertindak luar dari kawalan MINDA & EMOSINYA. Saya tak nak mengulas lanjut berkaitan hal ini, walaubagaimanapun saya ingin menyentuh isu diatas dari aspek Neuro LInguistic Programming (NLP). Bagaimana melalui NLP isu ini dapat dilihat dan dileraikan secara simple dan ianya tidak akan berulang kembali dalam masyarakat.

Pertama, NLP melihat dari aspek bagaimana seseorang idividu itu mencerap maklumat melalui 5 pancainderanya (Penglihatan -Visual), (Pendengaran-Auditori), (Sentuhan -Kinestetik), Bauan dan Rasa (Olfactory & Gestatory)dan diterjemahkan melalui KELAKUANNYA. Sila lihat gambarajah di bawah :-


GAMBARAJAH DIATAS MENERANGKAN BAGAIMANA SI SUAMI BERTINGKAHLAKU PADA ISTERINYA DALAM KES "MELUAT BINI SUDAH TUA".

Dalam kes diatas, bila kita memahami berkaitan bagaimana seseorang individu itu mencerap maklumat dimindanya melalui 5 deria anugerah Tuhan Yang Maha Hebat dan diselaraskan dengan penggunaan bahasa minda (VAK) yang betul, maka tidak akan terhasil tingkahlaku seperti dalam kes diatas. Bayangkan ketika kita dapat menggunakan bahasa minda yang baik tatkala berkomunikasi dengan lawan bicara, apakah situasi sebegini akan berlaku pada diri kita ? Fikir-fikirkan ye.....

Kedua, dengan Izin Allah, bagaimana kaedah NLP dapat membantu dalam mengurangkan kes-kes sebegini ? Secara mudah dan senangnya masyarakat Malaysia perlu memahami dan mempelajari beberapa kaedah NLP untuk perubahan sikap dan tingkahlakunya. Antara kaedahnya adalah :-

1- Membina Bayagan Mantap & Kreatif Di Minda (Visualisasi Kreatif).
2- Merawat Hati Yang Patah @ Remuk ( Broken Heart Technique).
3- Menyauh Sumber Diri Yang Baru (Anchoring Tehnique).
4- Menjana Sikap & Tingkahlaku Baru ( New Generator Behavior ).
5- Menjana Kehidupan Baru melalui Time Line Theraphy.
6- Mengikis Perasaan Trauma & Fobia (Fast Fobia Threatment)
7- Menangani konflik berpanjangan melalui kaedah Visual Squash dll.
* Senarai kaedah diatas adalah sebagai panduan praktikal dari aspek merubah tingkahlaku manusia/ Human Behavior (psikologi). Dan... panduan praktikal secara menyeluruh buat individu muslim sudah lama berada di dalam Al-Quran dan Hadis. Amalkan sahaja , insyallah Allah berikan jalan keluar bagi menyelesaikan masalah kehidupan yang anda hadapi. Wallahu'alam.

Untuk mendapatkan gambaran jelas berkaitan dengan penulisan dan isu ini,anda hubungi terus melalui talian 019-2044036 (En Mohd Mustaqiim)

Mufakir 'illahi,
(Mohd Mustaqiim bin Asmuji. CNLP)
(Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA)

No comments:

Post a Comment