Tuesday, April 19, 2011
"Kelakuan" Pelajar Yang Merimaskan ?
"ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.
Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.(Sedutan akhbar online,20/4/2011)"
Selamat pagi dan salam sejahtera buat pengunjung blog saya. Pagi ini saya mengucap panjang bila melihat serta membaca muka depan akhbar online Malaysia bertajuk "4 Jahanam". Apa yang menyebabkan 4 jahanam ini berkelakuan sedemikian rupa ? Apa yang memungkinkan mereka bertindak sehingga mencabul rakan sekelas mereka ? Apa pentingnya pelajar lelaki ini melakukan perbuatan terkutuk itu pada rakan sekelasnya ? Apa faedah disebalik KELAKUAN mereka pada diri mereka ? Bagaimana pula dengan diri mereka bila diberkas oleh pihak polis dan dihumban masuk ke dalam lokap ? Bagaimana pula perasaan kedua orang tua mereka bila melihat KELAKUAN TAK SENONOH mereka yang dapat mencemarkan nama baik sekolah, diri dan keluarga mereka ? Dapatkah anda bayangkan bagaimana perasaan guru yang mengajar mereka bila melihat anak murid mereka berkelakuan sedemikian rupa ? Adakah PELAJAR 4 JAHANAM ini perlu di HUKUM atas perbuatan mereka atau bagaimana ?
Saya tertanya-tanya, bila seorang pelajar seperti diatas berkelakuan seperti itu tanpa menghiraukan orang sekeliling mereka apakah PELAJAR INI BERSALAH atau BAGAIMANA ? Salah tetap salah. Perilaku sebegini tidak patut dilakukan oleh mereka yang bergelar PELAJAR. Apa yang menyebabkan mereka berkelakuan sedemikian rupa ? Dalam NLP perkara pertama yang perlu diurus adalah KEADAAN DIRI iaitu KEADAAN EMOSI DIRI. Ianya adalah penting bagi menentukan hala tuju kita pada apa yang kita hendak lakukan. Keadaan Diri/Emosi ini dapat mempengaruhi BAYANGAN MINDA seseorang.
Apakah perkara yang mempengaruhi KEADAAN EMOSI seseorang ?
1- Corak pemakanan.
2- Pernafasan.
3- Persekitaran.
4- Bayangan minda.
5- Pengalaman-pengalaman lalu.
Bayangkan bagaimana pelajar dalam kes diatas berkelakuan sedemikian rupa, perlu ditanyakan beberapa persoalan bagaimana mereka bertingkahlaku seperti sedemikian .
Pertama , Adakah pemakanan mereka hari-harian disekolah atau luar sekolah diperolehi secara HALAL atau SEBALIKNYA ?
Kedua, Bagaimana dengan cara mereka bernafas ? Bila bernafas berbau rokok atau bagaimana ?
Ketiga, Bagaimana dengan persekitaran keluarga mereka ? Adik beradik mereka ? Ibu bapa , guru dan rakan mereka ? Adakah persekitaran yang mereka lalui dapat mempengaruhi tingkahlaku mereka ?
Keempat , Apakah bayangan minda mereka bila berkelakuan seperti diatas (mencabul, pegang peha dan buah dada sang pelajar perempuan tu ?) Apakah mereka pernah dan telah menonton video lucah hingga terbawa dalam BAYANGAN MINDA MEREKA ?
Kelima, Apakah ada pengalaman -pengalaman lalu dalam keluarga mereka hingga mereka berkelakuan seperti diatas ? Atau bagaimana ?
Kelima-lima persoalan diatas saya tinggalkan untuk difikirkan bersama oleh anda selaku pengunjung blog ini.
Apa yang penting adalah "KELAKUAN" PELAJAR DIATAS MEMANG "MERIMASKAN" dan MEREKA SEBENARNYA DAPAT MELAKUKAN PERUBAHAN TINGKAHLAKU MEREKA DENGAN BANTU ANDA SEMUA.
Wallahu'alam.
Mufakir 'illahi,
MOHD MUSTAQIIIM ASMUJI
(Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment