Sunday, April 10, 2011

Memahami "Apakah Itu NLP ? "



Petikan Dari Hasil Artikel Penulis "Belajar NLP Dengan Mudah, Santai & Seronok"

......“ Ada caranya. Korang perlu tahu dahulu apakah itu NLP dan bagaimana NLP dapat Bantu kita dengan izin Tuhan bagi mencapai apa yang kita hajati secara mudah dan senang. First sekali berkaitan Neuro. Neuro ini dapat kita fahami sebagai proses berfikir, bagaimana kita menggunakan penglihatan, pendengaran, perasaan, rasa dan bauan untuk memahami apa yang berlaku di sekeliling kita.

Manakala , Linguistic (Bahasa) pula adalah bahasa yang kita gunakan bagi menyatakan, menerangkan, mengkategori dan menganalisa realiti yang kita hadapi. Hasilnya, ia akan mempengaruhi kita dan orang di sekeliling kita. Bahasa yang berbeza memberikan model pemikiran yang berbeza.

Dan..... Programming pula adalah corak pemikiran dan gaya kita melihat dan memberikan respon terhadap sesuatu perkara. Kita mentafsir dunia ini berdasarkan kepada pengalaman dan ilmu, bagi mencapai keperluan kita. Kita mencipta tingkahlaku dan strategi tertentu untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Kemudian kita menceritakan semula pengalaman itu, dan dapat mengulanginya semula. Boleh ko ceritakan pada aku bagaimana ko boleh cemerlang dalam UPSR ko dahulu ?, tanya Kasim pada Raju. .......

Oleh : Mohd Mustaqiim Asmuji
(Penulis Adalah Pengamal Bertauliah NLP NFNLP-USA)
Penulis dapat dihubungi melalui talian 019-2044036.

No comments:

Post a Comment