Sunday, April 17, 2011
"Trauma & Terus Trauma ?"
"ALOR SETAR: Dua beradik perempuan berumur 13 dan 12 tahun bukan saja melalui detik mencemaskan apabila dilarikan seorang lelaki lebih 17 jam, malah seorang daripada mangsa dipercayai dirogol sebelum diselamatkan bapa mereka keesokan harinya. Sebelum kejadian culik itu, kedua-dua mangsa berjalan untuk pergi ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka di Kampung Perepet, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin apabila didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang menaiki sebuah Perodua Kancil berwarna perak. Lelaki itu menarik tangan kedua-dua mangsa masuk ke dalam keretanya dan melarikan mereka ke Yan untuk menemui rakan suspek.
Mangsa merayu suspek supaya menghantar mereka pulang, bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya suspek membawa mangsa meronda-ronda sekitar pantai di Kuala Sala dan Pendang.Difahamkan seorang daripada mangsa dirogol suspek ketika mereka berhenti tidur di dalam kereta di Tokai, Pendang." (Sedutan dari metro online,18/04/2011)"
Salam sejahtera buat semua warga Malaysia. Alhamdulillah, kerana kita masih bertemu dalam ruangan blog saya iaitu www.mus-mindasukses.blogspot.com. Semua coretan dalam blog ini adalah inspirasi penulis kepada warga Malaysia bagi mewujudkan kesedaran dikalangan warga Malaysia khususnya berkaitan isu-isu semasa.
Dapat anda bayangkan bagaimana seorang budak perempuan diculik oleh orang yang hilang akal budinya dan kemudian sanggup merogol budak yang diculik itu ? Bagaimana anda dapat dengar suara anak anda sendiri melaung-laung minta dilepaskan dari "neraka" penculikan dan anda mungkin dapat merasakan keadaan anak anda yang diculik dan dirogol oleh oranng yang tak berakal budi ? Allahu akhbar ! Ini yang berlaku pada kes diatas. Kes sebegini seolah-olah tiada hentinya. Sampai bila ianya akan terus membarah di dalam masyarakat kita di Malaysia ? Saya tertanya-tanya adakah kaedah yang berkesan melalui psikologi terkini bagi memberhentikan tingkahlaku negatif seseorang seperti penculik diatas ?
Dalam artikel kali ini, saya tak nak kupas berkaitan si penculik akan tetapi lebih tertumpu pada budak yang kena culik sekaligus dirogol oleh si penculik ? Dapat saya rasakan beberapa TRAUMA yang berlaku pada budak ini.
1- Trauma kena CULIK.
2- Trauma kena ROGOL.
Bayangkan kita duduk dan berada ditempat budak itu, sudah pasti kita dapat rasakan perasaan yang sama berlaku pada dirinya. Apa yang berlaku pada budak ini akan memberika kesan buruk pada BAYANGAN MINDANYA serta TINGKAHLAKUNYA. Budak ini mungkin akan mengalami fobia bila melihat lelaki disekelilingnya khususnya bila ada orang ajak dia menaiki kereta atau menumpang kereta seseorang. Bayangan mindanya akan tergambar kisah penculikan yang pernah berlaku sekaligus bayangan dirinya kena rogol jua tergambar dalam benak pemikirannya. Jika fobia atau trauma minda yang dialami oleh budak ini tidak diselesaikan melalui kaedah-kaedah terkini dalam psikologi, ianya akan membawa kepada gejala kemurungan, stress, tak suka pada diri sendiri dan berkemungkinan besar akan membawa kepada gejala bunuh diri. Disinilah terletaknya kepentingan ibu bapa dan masyarakat dalam memberikan sokongan jitu pada diri budak ini. Dalam NLP, ada beberapa kaedah yang dapat membantu individu seperti ini bagi menyelesaikan trauma yang dihadapinya iaitu melalui kaedah FAST FOBIA TEKNIK, SWISH PATTERN dll. Kaedah-kaedah ampuh sebegini telah teruji berkesan dan ianya dimodelkan melalui pengalaman pakar-pakar terapi dunia seperti Milton Erikson, Virginia Satir Dan Friz Perls dalam penyembuhan diri pesakit dll.
Maka diharap agar DOUBLE TRAUMA yang sebegini dapat diatasi dengan mudah melalui perjumpaan dengan pakar-pakar pembangunan prestasi diri NLP di Malaysia. Moga kita sebagai rakyat Malaysia sedar dan membuat satu langkah bagaimana untuk menghentikan gejala trauma yang menghantui ramai masyarakat Malaysia tak kira kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Wallahu' alam.
Mufakkir 'illahi,
MOHD MUSTAQIIM ASMUJI
(Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment