Thursday, April 28, 2011
TESTIMONI TERKINI PENGGUNA NLP (28/04/2011)
CORETAN PENGALAMAN & TESTIMONI KAUNSELOR SKTPI, JOHOR YANG TELAH MENGGUNAKAN NLP DALAM SESI KAUNSELING
Bismillahirrahmanirrahim
Setinggi kesyukuran ingin saya panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat dan peluang yang diberikan olehNya untuk saya mempelajari ilmu NLP ini.Sebelum ini,saya tidak memahami apa itu NLP dan bagaimana ia berfungsi. Pada saat itu,saya hanya ingin menambah nilai diri agar boleh maju ke hadapan.Malah,beberapa minggu sebelum menghadiri kursus ini,saya telah berhadapan dengan sebuah konflik yang meranapkan cara saya bekerja sebagai kaunselor sekolah rendah.Saya yang sebelumnya sangat positif telah rebah dek akibat satu situasi yang saya anggap sebagai merabakkan hati dan mematikan fikiran waras saya.Malah saya merasakan sudah penat dan letih apabila ada yang mempertikaikan, apa yang dilakukan oleh kaunselor tidak menampakkan hasil yang segera.
Segala 'kenikmatan' ilmu NLP mula saya rasai apabila En. Mustaqiim menggunakan kaedah visual squash di mana saya seolah-olah diformat semula menjadi seorang kaunselor yang baru,dalam dunia yang baru,sangat tenang dan bersemangat sewaktu kursus personal coaching NLP,JB.Saya bertambah yakin,tenang,teruja,seronok dan semangat untuk terus memegang unit kaunseling saya yang dijadikan benchmark negeri Johor. Ilmu Allah yang sangat praktikal ini dengan mudahnya saya aplikasikan dalam semua sesi kaunseling saya di sekolah.Sebelum ini saya hanya mampu menjalankan lebih kurang maksimum 3 atau 4 sesi sehari kerana akan rasa tertekan dan tidak fokus jika lebih dari itu.Bagi saya yang banyak menggunakan kaedah Rogers,ia menyebabkan saya tidak pernah puas dengan hasil sesi.
Setelah menghadiri kursus,saya dengan penuh teruja telah berjaya menjalankan 6 sesi tanpa henti dalam sehari,tanpa rasa terbeban malah dengan mudahnya saya merasa tenang,fokus dan lebih puas dengan respon klien saya.Klien saya juga mudah memenuhi sesi seterusnya tanpa dipanggil. Banyak perkara yang menakjubkan saya hari demi hari.Saya sedang menggunakan NLP bagi merawat seorang murid yang gagap teruk,sering dilabel bodoh,sering menjadi bahan tertawa,sehingga murid ini tiada keyakinan diri lantas kerap gagal dalam peperiksaan.Setelah hari ketiga,gagapnya hampir 90% hilang.Murid ini sendiri dapat merasakan perbezaan dirinya sejak hari pertama terapi dibuat.Kini,murid ini menjelaskan dia berasa lebih gembira,seronok dan yakin.Wajahnya sangat berseri.Subhanallah...sukar juga untuk meyakinkan orang lain tentang ini sehingga kita sendiri yang merasakannya. NLP ini saya praktikkan sepenuhnya untuk diri,suami dan anak saya.Saya dapat rasakan kehidupan keluarga kami lebih gembira,nikmat dan penuh keterujaan. Kalau dulunya saya menghadapi masalah nada suara ketika bertarannum,kini tanpa saya sedari,NLP memudahkan saya mengalunkan tarannum dan nyanyian dengan mudah dan betul.Saya lebih seronok dan gembira melakukannya.
Kawan2 ada yang menegur wajah saya semakin ceria dan berseri.Bagi saya, ia mungkin disebabkan tiada lagi dendam dan resah hati akibat terapi NLP yang saya jalani.
Dari hari ke hari,saya dapat lihat dan rasa betapa mudahnya saya mendekati,menyayangi dan membimbing murid saya.Mereka juga lebih seronok,gembira dan bersemangat.Ilmu ini saya sedang kongsikan dengan rakan guru yang lain.
Saya dengan penuh kepercayaan setelah saya merasakan,melihat dan mendengarkan sendiri kaedah-kaedah NLP ini,ia sepatutnya ditarbiyahkan kepada setiap individu agar dapat menurunkan jumlah gejala sosial,masalah mental, konflik dsbnya.Ia sangat memberi impak yang besar kepada agama,bangsa dan negara.Bagaimanakah gambaran masyarakat kita akan datang sedangkan di dada-dada akhbar,skrin-skrin TV makin hari semakin menonjolkan pelbagai isu dan masalah yang saya kira semakin menjijikan dan memberikan kesan negatif buat generasi akan datang?Apakah kita sebagai segelintir yang berpelajaran ini terus berdiam diri tanpa bertindak?Apa sumbangan kita kepada masyarakat?Pelbagai kaedah dalam NLP yang dianugerahkan oleh Allah ini pastinya dapat menjawab segala persoalan di atas.InsyaAllah..
Sekali lagi saya mengucapkan kesyukuran dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mentor saya En.Mustaqiim yang hingga kini sudi membimbing saya untuk mengukuhkan aplikasi NLP ini dalam kehidupan harian saya walaupun agak berjauhan.Semoga keikhlasan itu,hanya Allah jua yang membalasnya dan semoga harapan En.Mustaqiim untuk menyebarluaskan ilmu ini buat masyarakat Malaysia akan menjadi realiti.Rakyat Malaysia amat dahagakan santapan minda...teruskan perjuangan..
Coretan asli dari Ujie Suziana (facebook) bertarikh 28/04/2011 (Khamis) 019-2279371.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment