Monday, April 18, 2011
Pening dan Semakin Pening ?
MELAKA: Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan ‘parti pakaian seragam kolej.’
Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.
Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.
“Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik. ”Memang jelas parti dianjurkan itu sengaja mahu menarik pengunjung terutama membabitkan golongan pelajar untuk mereka berhibur.
"Apa yang saya tak puas hati mengapa mereka menggunakan perkataan kolej, seolah-olah sengaja mahu menarik golongan muda berkenaan untuk menyertai parti berkenaan,” katanya, di sini, semalam. (Keratan akhbar online, 19/04/2011)
Salam sukses untuk semua. Pagi ini saya tertanya-tanya "Apa yang terjadi ni ? Parti untuk siswa dan siswi kolej ? Apa yang best sangat pusat hiburan ni buat parti untuk kalangan pelajar kolej ? Parti siswi ? Pening dan semakin memeningkan. Pelajar kolej dipancing melalui hiburan di pusat-pusat hiburan seperti dalam keratan akhbar diatas. Nampak gaya tiada lagi unsur segan dan malu bagi segelintir masyarakat Malaysia diluar sana. Sanggup buat apa saja asalkan dapat duit. Adakah mereka yang melakukan perkara diatas tidak memikirkan masa depan golongan pelajar IPT ? Mahukah pelajar IPT dilihat sebagai golongan yang rendah moralnya dan boleh dijual beli melalui hiburan "SEKS" di pusat hiburan ? Inilah dia senario semasa yang semakin membimbangkan kita sebagai warga Malaysia. Bagaimana pula dengan warga pelajar bergelar SISWA & SISWI ? Adakah kalian sanggup mengadaikan nilai-nilai murni agama dan adat resam kalian hanya sekadar mendapatkan keseronokan hiburan ketika alam pembelajaran ? Bagaimana pula dengan MATLAMAT ANDA selaku PELAJAR IPT ? Bagaimana GAMBARAN WAJAH ANDA bila terlibat dengan DUNIA KESERONOKAN HIBURAN ini dan akhirnya IMPIAN YANG TAK TERCAPAI ? Bagaimana pula perasaan ANDA bila LIHAT IBU & AYAH anda mengetahui akan KEPINCAnGAN DIRI ANDA ketika berada di IPT ? Stop ! Stop ! & Stop !dan katakan YE untuk tidak terlibat dalam dunia keseronokan hiburan di pub club yang akhirnya menjahanamkan diri dan masa depan anda. ANDA PERLU JELASKAN MATLAMAT ANDA UNTUK APA ANDA BELAJAR & BUKAN JELASKAN MATLAMAT ANDA DALAM "BERHIBUR" DI PUSAT-PUSAT HIBURAN seperti diatas. Sekadar coretan yang menimbulkan PERSOALAN yang PERLU DIFIKIR oleh anda selaku WARGA PELAJAR IPT. Sehingga ketemu kembali. Salam kecemerlangan dan selamat beramal dengan amal yang menguntungkan diri anda dunia & akhirat.
Mufakkir'illahi,
MOHD MUSTAQIIM B.ASMUJI,
(Certified NLP Master Practitioner NFNLP-USA)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment